Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis lagi dengan isu video bogel dan gambar tak senonoh artis-artis tempatan.
Senang cerita banyak betul 'bebird' berterbangan dan kebanyakannya melibatkan artis lelaki.
Baru-baru ini muncul pula video tak senonoh seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik.
Sumber Badrul Berbicara dari Astro Gempak menyatakan sampai kadang-kadang pelik adakah artis-artis ini tak percaya dengan bakat sendiri?
Kredit: Bila Badrul Berbicara, Astro Gempak
Dengan menyebarkan video tak senonoh ini adakah pengikut di Instagram akan meningkat?
Adakah dengan cara ini job lakonan akan semakin banyak?
Mungkin dalam fikiran mereka cara paling cepat naik dan popular adalah dengan menayangkan alat sulit!
Bila dah viral, konon-kononnya salahkan pihak lain pula.
Menurut sumber lagi, nama pelakon ini memang semakin disebut-sebut. Lakonan bagus, rupa pun elok.
Gambar Hiasan
Jadi kenapa nak buat video tak senonoh?
Mentang-mentanglah video artis yang tayang anu sebelum ini langsung tak menjejaskan karier mereka, maka ada pula yang nak ikut cara sebegitu?
Sudah hilang perasaan malu. Kesian pada keluarga.
Agaknya siapa pelakon lelaki yang dimaksudkannya ya? -CARI |