CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4368|Reply: 43

[Tempatan] 6 lelaki tak solat Jumaat didenda, dipenjara sebulan

[Copy link]
Post time 2-12-2019 10:20 AM | Show all posts |Read mode
KUALA BERANG: Enam lelaki termasuk tiga bersaudara dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu di sini, hari ini kerana tidak solat Jumaat Ogos lalu.

Tertuduh termasuk Muhamad Hakimie Jamil, 17; Muhammad Hafiz Abdul Rahim, 17; Muhammad Aliff Fikri A Mazzani, 19; Muhamad Hafizi Abdul Razak, 22; Abdul Malek Mohd, 25 dan Khairul Azle Abdul Rasid, 35.

Mereka masing-masing mengaku salah atas pertuduhan dengan sengaja tidak menunaikan Solat Jumaat, yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Perbuatan terbabit didakwa dilakukan oleh semua tertuduh di Kawasan Perkelahan Air Terjun Sekayu, di sini antara jam 1 petang hingga 1.50 petang, pada 23 Ogos lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) pindaan 2016 kerana tidak menunaikan solat Jumaat, yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun jika bersabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 dan sebulan penjara terhadap Khairul Azle iaitu bapa kepada dua anak, yang sepatutnya menjadi contoh sebagai ketua keluarga.

Sementara itu, lima lagi tertuduh yang masih bujang dijatuhi hukuman denda RM2,400 dan sebulan penjara. Kesemua mereka turut berdepan hukuman tambahan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Nurul Taqwa Hasbul manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasar fakta, semua tertuduh ditangkap hasil operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di kawasan terbabit.

Operasi itu dilaksanakan dengan menempatkan anggota wanita terlebih dulu untuk membuat pemantauan di lokasi berkenaan sebelum penguat kuasa lelaki melakukan serbuan sebaik selesai solat Jumaat.

Sewaktu pemantauan dilakukan, ada antara tertuduh didapati sedang mandi dan bersantai bersama keluarga di kawasan terbabit sehingga meninggalkan solat Jumaat.

Difahamkan, kes berkenaan menjadi yang pertama di negara ini di mana hukuman denda dan penjara membabitkan kesalahan tidak solat Jumaat dikenakan.

https://www.bharian.com.my/berit ... a-dipenjara-sebulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2019 10:37 AM | Show all posts
diminta penduboq2 lgbt ambik iktibaq...jangan tau nak duit zakat ja...wakakakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bang, adik.. solat jumaat tu wajib melainkan korang dalam musafir, uzur, kurex yg macam ni pun tetap pergi solat jumaat dan tak mintak duit zakat macam yg dikata tu..

kerajaan terengganu ni pun, apa kata korang majukan negeri korang jugak sama level korang banteras org tak solat..

gila la smpai sebulan penjara, nanti orang yg nak masuk islam tak jadi sebab fikir agama islam ni kejap sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex: bang, adik.. solat jumaat tu wajib melainkan korang dalam musafir, uzur, kurex yg macam ni pun tetap pergi solat jumaat dan tak mintak duit zakat maca ...


Kejap tu bpe kejap.hahhaaa..

By the way salute utk jat yg buat penangkapan..kt area klcc ni bersepah org xsolat siap santai2 makan kt kedai mamak..jawi jais sume tidooooo...bila komen,dikatanya xcukup staff nk cegah maksiat.lameeee gils! pffttttt
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebodohan melampau gigih mau jadi unta padang pasir
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahaha padan muke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 2-12-2019 11:39 AM
bang, adik.. solat jumaat tu wajib melainkan korang dalam musafir, uzur, kurex yg macam ni pun tetap ...

No la kurek, so far aku tgok Malaysia antara negara yg sgt btoleransi ng muallaf..hukuman ni utk yg born muslim je. Byk athiest yg ckap agama apa yg jenis suka memaksa ni, well alah bisa tegal biasa..mula2 rsa tpaksa lama2 tbiasa. Lgpun kita tak welcome muallaf yg jdi muslim for the sake of marriage only same goes to born muslim, bukan sekadar agama keturunan je. Nak jdi muslim, jadi muslim betul2.
     Sbg pendidik aku rsa ni salah satu penerapan jati diri yg bagus utk remaja muslim. Ko tgok la hasil drp kempen ni in 10 years.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 12:44 PM | Show all posts
merasala masuk penjara..harap insof la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dah la xpegi boleh pulak dok tmpt yg terbuka..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 01:54 PM | Show all posts
Kalau buat kat KL/Selangor. Kena 7-8 lori tentera .
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 02:20 PM | Show all posts
Semoga lebih insoffff.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 02:45 PM | Show all posts
amek pengajaran yer mase dok dlm tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2019 02:59 PM | Show all posts
Gelap masa depan dunia & akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo KL Selangor, mau sesak penjara. Kena tambah penjara kabin pulak kat halaman penjara. Beribu mau kena tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 03:43 PM | Show all posts
tak perlu penjarakan la  smpai sebulan
cukup buat kerja kebajikan, mcm bekerja menguruskan mayat kat bilik mayat selama sebulan
uruskan dari mandi,kapan, smpai tanam

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 05:27 PM | Show all posts
ganjaran sorga lebih byk utk lelaki,  ada bini baru,  ada bidadari , ada laut arak ...  so uols jantan kene rajin sikit la yer ...weols kaum hawa boleh kasi alasan datang bulan ... aman sikit


dan kepada Cina India yg kawin ngan Melayu tapi tak minat Islam ...  sila move negara lain dgn pasangan Melayu ...  kecuali betul betul caya dan minat ttg gajaran bidadari dan laut arak, arak madu di sorga


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2019 07:02 PM | Show all posts
laa ingatkan student2 spm yg rogol budak prempuan 14 tahun tu yg kena hukum masuk penjara..

sorry my bad...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 02:54 AM | Show all posts

Bagus. Sokong 1000%!

Semoga negeri Trengganu berjaya menegakkan undang undang Islam.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat masuk penjara utk makan,berak dan tidur memang buang duit rakyat aje bagi kesalahan mcm ni. Melainkan ia turut disertakan dengan program kaunseling agama dan kerja khidmat masyarakat. Saya percaya program ini ada di penjara. Stigma masyarakat adalah penjara tempat menghukum semata-mata tetapi lupa bab program pemulihan dalam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 09:30 AM | Show all posts

bukan penjenayah pun kena penjara, bagaikan membunuh masa depan,

penjara ialah tempat penjenayah bahaya, kalau bukan penjenayah kenapa penjara ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064346 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list