Kanak-kanak sering dijangkiti penyakit cacing hingga ia membimbangkan semua ibu bapa. Orang dewasa juga tidak terkecuali daripada jangkitan cacing atau kecacingan.
Gambar Hiasan Ihsan Google
Ia merupakan suatu masalah yang biasa berlaku, tetapi sering terlepas pandang. Antara cacing yang biasa menjangkiti manusia adalah seperti Cacing gelang, cacing pita, cacing cambuk, cacing benang dan cacing kerawit.
Perkongsian Dr Faruq Zulkaflidi Facebook mengenai seorang pesakitnya iaitu orang asli berusia 4 tahun yang mengalami masalah kecacingan sehingga cacing keluar dari mulut dan hidungnya agak mengejutkan.
Cacing keluar 3 hingga 4 ekor apabila anak kecil ini batuk.
Semasa sedang mendapatkan rawatan, cacing bersaiz lebih kurang 5 atau 6 sentimeter keluar dari mulut dan juga hidungnya...
Lihat cacing yang berjaya dikeluarkan ketika menjalani rawatan.
Geli, kan? Rupa-rupanya, anak kecil ini tidak pernah diberi ubat cacing sejak kecil dan kurang menjaga kebersihan diri.
Pesakit kemudiannya diberi rawatan Deworming (Pembasmian cacing) atau ubat cacing termasuk rawatan untuk masalah pnenumonia yang turut dihadapinya akibat masalah kecacingan itu.
Imej Google Cacing Ascaris Lumbricoides
Kecacingan, kita semua berisiko untuk mendapatnya. Orang dewasa dan anak kecil yang berusia lebih dari setahun wajib mengambil dos ubat cacing seperti disarankan doktor (setiap enam bulan sekali) atau sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.
Semoga bermanfaat. - CARI
Kredit: Roof Of Science |