Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad dijemput dalam majlis anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang melancarkan kempen Year End Zakat (YEZ) baru-baru ini.
Dalam temu bual mStar bersama Nabil, dia tidak menafikan bahawa salah satu rahsia dia berjaya dalam bidang seni hari ini adalah disebabkan dirinya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar zakat.
Foto: Instagram Nabil Ahmad
Dia juga mengatakan, ramai rakan artis bertanya tentang kunci kejayaannya serta menjadikan dirinya sebagai contoh untuk mereka menunaikan tuntutan rukun islam tersebut.
Menurutnya, bukan kerja yang bersungguh-sungguh sahaja menjadi titik tolak kejayaan seseorang, namun perlu dilihat dalam sudut kehidupan yang lain juga dan salah satunya adalah dengan membayar zakat.
Nabil juga berasa tenang dengan hidupnya dan mahu merasa ganjaran pada hari akhirat nanti.
Dia juga menyeru agar masyarakat Islam mendapat kesedaran tentang faedah membayar zakat bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak. Menunaikan zakat tidak akan mengurangkan sedikitpun harta seseorang.
Walaupun Nabil sering dikecam netizen disebabkan keterlanjuran berkata, namun perkara yang baik patut dijadikan teladan.
Semoga hidup Nabil sentiasa diberkati dan dilindungi Allah. Semoga rakan artis lain juga dapat mencontohi Nabil. - CARI
|