Maya Karin memang pejuang alam sekitar. Jadi, apa sahaja masalah pencemaran alam atau berkenaan haiwan akan menjadi keutamaanya. Terbaharu Maya mengulang kicau video seorang remaja perempuan membuang barang ke sungai.
Twitter
"Dah fedup dengan boyfriend, kenapa tak jual ja?" mendapat perhatian warganet.
Lalu berbondong-bondong komen yang menyatakan kekesalan mengenai perangai remaja tersebut. Sudahlah, rim yang dibuang itu berharga, di buang ke dalam sungai pula tu akan menyebabkan ekosistem sungai terjejas!
Tidak hairanlah kempen kesedaran yang dijalankan oleh banyak badan bukan kerajaan (NGO) masih belum berjaya sepenuhnya kerana mentaliti 'patah hati' begini.
Berkenaan sungai, Maya turut menegaskan bahawa penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.
Ig
Oleh itu, dia turut memuat naik gambar ketika berlakon menjadi duyung bersama Saiful Apek dalam filem duyung. Filem yang menyelitkan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada semua pihak.
Ig
Baguslah begitu, kita ada selebriti yang akan sentiasa mengingatkan mengenai betapa pentingnya alam sekitar kepada kita semua. Terima kasih Maya Karin. - CARI |