Sejarah hitam tercatat dalam diari bola sepak Malaysia apabila skuad negara buat pertama kali tewas kepada Kemboja dengan jaringan 1-3 pada temasya Sukan SEA ke-30 menyebabkan skuad negara gagal ke separuh akhir.
Kekalahan skuad negara menyebabkan ramai rakyat Malaysia kecewa sehingga isteri penjaga gol skuad negara, Muhammad Haziq Nadzli iaitu pelakon Eyra Hazali menjadi mangsa buli siber.
Individu tersebut meninggalkan komen menghina dan memarahi penjaga gol yang dikatakan kurang cekap.
Komen tersebut dilihat seolah meletakkan kesalahan pada Haziq semata-mata di atas kekalahan peringkat kumpulan semasa menentang pasukan Kemboja.
Tindakan individu itu telah menerima kecaman daripada netizen yang mengatakan bahawa dia tidak sepatutnya mencampurkan kehidupan peribadi dengan prestasi semasa perlawanan.
Aduhai. Bagusnya Eyra kan. Mudah sahaja dia maafkan individu tersebut.
Apabila seseorang itu memiliki sifat pemaaf sebenarnya itu adalah tanda hatinya bersih dan tenang. Iman yang paling utama adalah sabar dan memaafkan.??? (Hadis riwayat Bukhari). - CARI |