Jarang seorang isteri mahu tinggal bersama mentuanya disebabkan pelbagai alasan. Namun tidak buat aktres jelita, Niena Baharun yang beruntung dapat tinggal bersama ibu dan bapa mertuanya yang tidak pernah membezakan layanan antara anak dengan menantu.
Pujiannya itu didedikasikan di laman Instagram lalu menjelaskan sepanjang tinggal di rumah mentua, segala-galanya dimanjakan dan tidak sekalipun berasa terasing.
Kredit foto:ig
Maklumlah ramai pengikutnya bertanyakan perasaanya tinggal bersama mentua.
"Bagi Niena, kalau kita masuk rumah orang, kita kenalah pandai bawa diri, ambil hati mertua dan sesuaikan diri dengan keluarga baru."
Kredit foto:ig
Malahan Niena sempat berkongsi tip bahawa jika suami buat hal, mertua ada sekali untuk dijadikan tempat rujukan.
Kredit foto:ig
Beruntungnya Niena, tak semua orang yang bertuah mendapat ibu bapa mentua yang baik begini. Apa pun, yang baik jadikan teladan ya. - CARI |