Jangan mudah terpedaya dengan lelaki yang menyuruh anda melakukan perbuatan tidak senonoh, walaupun orang tersebut adalah seorang yang anda hormati kerana mungkin ada tipu muslihat di sebaliknya.
Kredit foto: Carian Google
Itulah pengajaran yang disampaikan oleh seorang pelajar di sebuah Universiti tempatan yang mendakwa pensyarah telah memanipulasinya untuk mengambil gambar dalam keadaan separuh bogel.
Gadis tersebut yang dirahsiakan namanya meluahkan kekesalannya di Facebook UTAR Confession. Menurutnya, pensyarah lelaki itu mendakwa sesi penggambaran adalah untuk tujuan profesional tetapi akhirnya berakhir dengan gambar separuh bogel.
Kredit foto: FB
'Mulanya berpakaian penuh tetapi saya rasa sangat bodoh kerana akhirnya terpedaya dengan muslihat pensyarah itu untuk bergambar hanya berseluar dalam'luah mahasiswa itu lagi.
Gadis itu kini meluahkan kebimbangannya yang gambar-gambar itu akan disebarkan dan sampai ke pengetahuan ibubapanya. Lebih membimbangkan, beliau bukanlah mangsa pensyarah itu yang pertama.
'Saya memberitahu kawan-kawan rapat mengenai kejadian itu dan terkejut apabila diberitahu beberapa orang gadis lain pernah menjadi mangsa yang sama' kata mahasiswa itu lagi.
Marah dan takut, beliau kini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar wanita di Facebook itu supaya tidak menjadi mangsa seperti dirinya.
Kredit foto: Carian Google
'Pensyarah tersebut kuat memujuk dan menghubungi mangsa melalui Facebook, WhatAps serta SMS dengan pujian kononnya kamu berbakat jadi model dan ditawarkan penggambaran profesional' terangnya.
Luahan gadis tersebut menjadi tular di kalangan pelajar UTAR dan ramai yang mendakwa pernah mendengar cerita yang sama sejak 2017 lagi.
Kredit foto: FB
Ada yang bersimpati tetapi ada juga yang mempersoalkan niat wanita itu bersetuju bergambar kemungkina hanya untuk mendapatkan gred yang bagus.
Namun ramai yang mendesak pengadu dan mangsa supaya mengemukakan bukti dan membuat laporan polis.
Kredit foto: FB
Semoga keadilan ditegakkan bagi gadis tersebut dan mangsa-mangsa lain.- CARI |