Pelakon cantik Emma Maembong menyifatkan perjalanannya sepanjang 2019 yang dilingkari pelbagai kontroversi adalah proses mematangkan diri.
Kredit Foto - Berita Harian
"Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua itu saya anggap sebagai proses pembelajaran dan paling penting, saya terus memandang hari depan.
"Dalam meniti hidup, pasti akan ada titik hitam yang kita lalui, namun ia tidak pernah membuatkan saya berhenti daripada berusaha menjadi insan lebih baik," ujarnya memetik laporan Berita Harian.
Kredit Foto - Instagram Emma Maembong
Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail berkata, dia juga tidak kesal apabila masih solo selepas beberapa episod percintaan kecundang di tengah jalan.
Berikutan itu, Emma berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.
“Saya tidak memilih dalam berkawan, cuma ketika ini, saya dahulukan fokus untuk mencari rezeki. Saya belum puas berlakon dan berharap dapat menambah ilmu untuk memperbaiki diri dalam bidang ini,” katanya.
Orang cantik lazimnya senang mendapat pasangan. Kalau macam Emma ni, sekali petik 10 yang datang berbaris. - CARI
|