CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16043|Reply: 136

Asam Laksa Malaysia Buruan Food Vlogger Dunia, Kalahkan Tom Yam Dan Rendang

[Copy link]
Post time 16-12-2019 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Foto: CNN Travel



Tahniah asam laksa dari Malaysia!


Tahun 2019  sekali lagi membuat rakyat Malaysia berbangga apabila salah satu makanan tempatan diiktiraf oleh dunia. Jangan tak percaya, asam laksa atau dikenali laksa Penang masuk daftar CNN Travel sebagai 50 makanan terenak dunia.


Lebih mengujakan apabila asam laksa  berada di kedudukan kesepuluh terbaik iaitu tempat ketujuh. Mengalahkan rendang yang berada di tempat kesebelas. Semua maklum rendang Indonisia pernah berada di posisi juara dalam daftar 50 CNN Travel. Asam laksa juga meninggalkan Tom Yam Gong dari Thailand pada urutan kelapan dan Ketam bercili Singapura di tangga tiga puluh lima. Juara disandang oleh kari massaman dari Thailand.


Perpaduan antara isi ikan, asam, kesum, cili, petis, belacan, bawang, garam  menghasilkan kuah yang bercitarasa masam, masin, manis dan sedikit pedas.  Tambah 'terangkat' rasa dengan bahan sampingan seperti potongan nenas, hirisan bawang, bunga kantan, pudina dan salad.


Siapalah yang tak terpikat? Tak hairanlah kalau orang luar turut memuji kelazatan makanan yang satu ini.  Tak percaya, boleh lihat lima video di bawah ini.



1. Anthony Bourdain





Pemilik nama Anthony Michael Bourdain merupakan seorang selebriti chef, author dan travel documentarian yang sangat terkenal. Ketika hayat hidupnya, dia pernah ke Pulau Pinang untuk mencuba asam laksa.


Dalam video ini beliau memuji keenakan asam laksa, terutama rasa kuahnya. Membayangkan asam laska terjual di Amerika dan diterima di sana sudah membuat kembang kuncup hidung kita.


"Wow... Wow... that pretty osem."



2. Mark Wiens





Siapalah yang tak kenal dengan lelaki dari Thailand ini. Mark Wiens merupakan seorang guru Bahasa Inggeris sebelum menjadi fulltime travel eater.


Penggemar berat tempoyak, budu, durian dan cili ini tak pernah lupa membawa isteri dan anaknya apabila bertugas.
Seperti dijangkan makanan Asia yang pedas memang kena dengan tekak Mark Wiens. Macam biasa dia akan mempamirkan mimik muka kenikmatan apabila sesuatu makanan memenuhi piawaian seleranya.



3. Blimey





Pengalaman pertama Blimey mencuba asam laksa membuat mereka menolak makanan ini. Bukanlah asam laksa sebenar, melainkan mi segera berperisa asam laksa.


Namun ketika Yerim dan Dasol pergi ke pasar malam dan sekali lagi mencuba asam laksa, terus pandangan mereka berubah. Wajib tengok wajah terkejut mereka! Siap membandingkan rasa asam laksa sebenar dengan mi segera berperisa asam laksa.


Blimey ni dah macam duta kecil Malaysia. Sangat konsisten menghasilkan kontent berkaitan Malaysia. Tak hairanlah mereka mempunyai pengikut setia.



4. Mike Chen





Pada hirupan pertama,


"okay"


Pada hirupan kedua,


"Jelas saya melawak. Ini hebat," komen Mike Chen.


Food Vlogger kelahiran  Cina ni  membesar di Amerika. Keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai penganalisis kewangan berbaloi apabila enam saluran You Tube yang diusahakan diikuti melebihi lima million pengikut.


Sempat dia mencoret kata bahawa, hanya dengan memikirkan asam laksa sudah membuatkan dia mahu kembali ke Malaysia.



Ini hanyalah sebahagian video yang dapat ditonton di You Tube. Masih banyak lagi video-video yang memuji keenakan asam laksa dan makanan Malaysia yang lain. Makanan Malaysia dah semakin 'mendunia', sudah serasi dengan tekak pelancong asing. Tak hairanlah ada yang sanggup merentas beberapa negara hanya untuk merasa keaslian makanan kita.


Berbanggalah dengan masakan tempatan.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 11:03 AM | Show all posts
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat depan kedai / warung asam laksa cina, meruntun nafsu lapar meols
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:17 AM | Show all posts
Themilo replied at 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat dep ...

kannn...susah betul nak dapat yg sama dgn dg punya kalau buat sendiri.

kalau teringin sgt gi secret recipe je la..


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:18 AM | Show all posts
kucingitam replied at 16-12-2019 03:17 AM
kannn...susah betul nak dapat yg sama dgn dg punya kalau buat sendiri.

kalau teringin sgt gi se ...

d'laksa pun sedap. dah ada halal cert.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:20 AM | Show all posts
guna kuah ikan manyong lagi sedap......
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:21 AM | Show all posts
mmg mat saleh suka makanan Malaysia.. katanyer lebih berperisa compare dgn makanan bangsa kaki claim tu. ni member mat saleh i yg bgtau. kalo tgk kt QV Square Melbourne tu,  beratur panjang ummah mat saleh ni nak makan kt PapaRich. Tapi aku rasa mereka lagi prefer curry laksa, bukan asam laksa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat dep ...

Entah2 letak lard tak hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Laksa Utara area airport Langkawi ,  nyum nyum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 16-12-2019 03:16 PM
Themilo replied at 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat dep ...


Sebab kuahnya pekat (tanda bahan cukup), rasa cukup and Cina ni biasanya don't compromise on quality walau gerai tepi jalan ja pon.

Contohnya, akak pernah beli apam balik nipis (yang crunchy tuh) kat Pineng tu, ada sorang nonya dan anak dia jual. Akak ekceli tatau apam tu sedap but curious karna tengok ramai beratur. Mau sejam lebih baris, baru akak dapat apam akak (sebab ada orang order 100 keping apam seblom akak, pehtu native Pineng yang tinggal area sana order 20 keping, 50 keping. Hoh). Bila merasa, uish, berbaloi. Bahan cukop simple. Santan, gula, telur, tepung. Basic jah. But yang buat deyol menang, santan deyol guna tu, fresh. Rasa sangat kat kuih tu. Ibarat makan kuih kapit yang dimasak fresh. Sedap betol. Akak sorang bedal sampai 3 keping. Takda akak jumpa tempat lain buat apam gituh. Deyol masak pon tak guna loyang apam but kuali kecik jah.

Pehtu dekat nonya tu hada aunties grumpy jual jus sedap singgit. Pure jus, dengan air gula. Harga singgit. Sedap gila oi. Tu belum masuk kuih muih nonya jual.

Rindu Pineng. Tapi if dapat gi sana nanti pon dah takleh makan gerai acik2 pemakan babi dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:34 AM | Show all posts
laksa kaksue perlis sedap
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:38 AM | Show all posts
laksa yg jual kt aeon tu pon sedap
ckup rasa masam style penang laksa buatan cina
itu muslim punya..puashati menghirup tanpa rasa was2
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebangga pulau turtle ni..
mana dia pi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:52 PM | Show all posts
Themilo replied at 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat dep ...

letak darah babi


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 12:58 PM | Show all posts
Kalau sipenjual jaga quality dan kesegaran bahan yang digunakan pasti ia akan rasa sedap pelanggan pun pasti akan ulang datang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 01:02 PM | Show all posts
rendang dengan negara indonesia mana yang wujud dulu? wakakakakakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 01:02 PM | Show all posts
teringin masak sdri la..lagi sedap kot...tp x leh makan dah...terus attack tpt czer...biso bonarrrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 01:16 PM | Show all posts
najib888 replied at 16-12-2019 11:39 AM
Kebangga pulau turtle ni..
mana dia pi?

sedang usung sepanduk bantah tulisan jawi

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 16-12-2019 11:38 AM
laksa yg jual kt aeon tu pon sedap
ckup rasa masam style penang laksa buatan cina
itu muslim punya ...

Yg tu kalau masuk Aeon mesti satu floor bau laksa tu tiba2 rasa lapar.. Nasi lemak rendang pun meols suka
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 01:29 PM | Show all posts

aku dh lama saspek..bos aku rajin beli laksa penang feveret heols kt kedai cina..aku amik je dia beli..tapi buang tong sampah kadang bgi kt cina lalu lalang tu.

saja je nk pedajai aku la tu..dia ingt kita tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 01:33 PM | Show all posts
i_is_kennot replied at 16-12-2019 01:20 PM
Yg tu kalau masuk Aeon mesti satu floor bau laksa tu tiba2 rasa lapar.. Nasi lemak rendang pun meo ...

kan..bau dia kuat betul. akak suka fishball laksa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.346054 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list