CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6501|Reply: 39

[Tempatan] Meniaga ayam RM1 boleh dapat income RM15,000.00 sebulan (titik perpuluhan betul)

[Copy link]
Post time 16-12-2019 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Jana pendapatan RM15,000 sebulan hanya dengan ayam RM1
December 16, 2019 7:30 AM

Gagal sekali tidak bermakna anda tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Ini kerana kegagalan itulah yang mengajar anda untuk menjadi lebih berjaya pada masa depan.

Sama seperti seorang peniaga ayam viral di Keramat yang mempunyai kisahnya tersendiri sebelum memperoleh pendapatan RM15,000 sebulan.

Menurut pemilik ayam viral, Mat Tohid Abdul Kadir, 38 dan isterinya Nur Razlin Ramli 33, mereka sentiasa memikirkan bisnes makan yang mampu dibeli orang ramai.

Ini kerana perniagaannya sebelum ini iaitu ayam golek tidak menjadi dan akhirnya tutup begitu sahaja.

“Memang orang nak makan ayam golek, tapi bukan nak makan banyak, dan sekarang orang susah nak keluarkan duit sehingga RM10.

“Dulu tak macam sekarang, ekonomi kita tak stabil. Dulu ramai makan gaji tetap tetapi sekarang ramai lagi yang menjual dari membeli,” katanya kepada FMT.

Belajar daripada pengalaman tersebut, Tohid mula memikirkan perniagaan lain yang lebih relevan selaras dengan ekonomi yang tidak stabil.

“Bila bercakap tentang RM1, orang mungkin tidak berkira untuk mengeluarkannya membeli makanan. Ambillah 4 atau 5 ketul, mereka masih merasakan yang ayam itu murah dan mampu milik,” katanya.

Sejak 2017 memulakan perniagaan, Tohid turut berkata terdapat cabaran yang perlu dilalui untuk membolehkan mereka bertahan sehingga kini.

“Di sini terdapat tiga perniagaan yang sama seperti kami, namun alhamdulillah pelanggan masih setia bersama kami.

“Setakat ini kami boleh menjual 70 ke 80 ekor sehari, ada pernah mencecah 100 ekor sehari, dan ia membolehkan kami peroleh pendapatan RM15,000 pada waktu itu,” ujarnya lagi.


Perisanya dipelbagaikan sebagai pilihan kepada pelanggan.

Bagaimanapun ia bergantung pada musim dan bukannya sentiasa mendapat keuntungan seperti yang difikirkan orang ramai.

“Orang dengar RM15,000 itu besar, tapi selepas menolak modal dengan harga ayam tidak menentu setiap hari, kami hanya mendapat untung bersih purata RM500 ke RM700 sehari, itu pun sebenarnya tidak tentu,” katanya lagi.

Memikirkan permasalahan kini yang memang ramai tiada pekerjaan, Tohid berkata masyarakat khususnya anak muda tidak boleh terlalu memilih pekerjaan dan harus mencari jalan untuk memperoleh pendapatan sebaiknya.

“Jangan rasa hina dan geli dengan kerja berniaga tepi jalan, kalau itu sahaja yang anda mampu, teruskan.
Di jual dengan harga berpatutan, bermula RM1 sehingga RM6 bagi yang berperisa.

“Itu lebih baik daripada anda langsung tiada wang di tangan,” ujarnya lagi.

Setakat ini perniagaan ayam viral mereka dibuka setiap Isnin sehingga Jumaat bermula 11 pagi sehingga petang.

Selain ayam RM1, pelbagai jenis ayam berperisa turut dijual, termasuklah ayam berkeju dan Spicy Korean Chicken.

Pada hari minggu mereka hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak yang selama ini masa tersebut “dicuri” ketika Tohid bekerja sebagai pemandu lori.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya lor
Ok juga tu
Ayam rm1 ni..bebudak naik beskal lajak boleh singgah beli seketul pastu sambung main
Sama juga mak pak pegi bawak anak anak ke taman mainan...balik anak nak ayam..beli je sorang seketul...senang..x bising

Iols ada juga beli tapi kat area puchong ni  je lah..
Senang..amek sorang dua ketul..makan..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 03:59 PM | Show all posts
Minggu sebelum gaji macam ni ramai yang mula cari makanan murah bila kewangan makin meruncing akibat lupa diri berjoli bila baru dapat gaji.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 04:01 PM | Show all posts
mmg meriah jual ayam singgit ni..tapi meniaga tu betul2 laa sikit jaga kebersihan...ni duk tala bg indon jual..pernah ada 1 tempat tu aku singgah laaa sekali tgk kaki ayam tu kuku pon tak potong wehhh..geli geleman tekak aku..tu belum lagi bulu2 ayam..euuwww..ntah basuh ntah idak laaa drg ni..benci betul aku kalau jenis meniaga mcm gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 04:05 PM | Show all posts
ell768 replied at 16-12-2019 08:01 AM
mmg meriah jual ayam singgit ni..tapi meniaga tu betul2 laa sikit jaga kebersihan...ni duk tala bg i ...

kannn..asal bisnes jenis laku keras je, terus nak jual..masa yg sama x jaga langsung kebersihan.....puikkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 04:26 PM | Show all posts
skrg dh byk jual ayam singgit tepi jalan..ada yg sdp ada yg tak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 04:27 PM | Show all posts
15 ribu tu sales, tolak modal ayam, minyak, tepung, duit minyak kereta, makan minum, sewa tapak, dapatla 7 ribu. Bahagi lak 2 orang punya kerja, dapatla 3.5k. Okla dari takde pape.

Ni cerita kawan aku yg meniaga ayam singgit. Jangan tengok berapa sales je, tengok profit tinggal lepas tolak kos sekali.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 04:27 PM | Show all posts
SWORKS27 replied at 16-12-2019 04:05 PM
kannn..asal bisnes jenis laku keras je, terus nak jual..masa yg sama x jaga langsung kebersihan... ...

betul jenis tamak haloba tu bukak meja banyak tempat ltk indon jaga...kebersihan x jaga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 04:47 PM | Show all posts
Teringat dulu2 ada golongan bangsawan yang berjaya membeli sekor ayam dgn harga seringgit. Maka berpusu2lah wartawan datang mengambil gambar & rakyat marhaen pun mencuba nasib tetapi hampa
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka makan ayam seringit.. Masak nasi beli ayam tu makan dgn kicap.. Fuhhh sedap
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:03 PM | Show all posts
ayam singgit spicy fuhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ell768 replied at 16-12-2019 04:01 PM
mmg meriah jual ayam singgit ni..tapi meniaga tu betul2 laa sikit jaga kebersihan...ni duk tala bg i ...


Ye lah tmpt i ni..ayam singgit indon jual..mungkin pekerja tp kotor ,kdg ayam yg smlm punye pon die2 campur sb kite bole beza rasa ayam goreng fresh dgn yg lama .pastu ada gak terkene ayam busuk..tlg la pantau pekerja msg..mg tak beli da ..fobia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:25 PM | Show all posts
kira sehari 500 ketul la ayam kena jual
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tajuk tu hah..income 15k sebulan..ye ke. lum tolak modal..expenses niaga tu.
kang tak psl2 income tax ke..Pbt ke..ssm dtg serbu...cek itu ini lesen takde apa. bungkus pulak biz tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
RM500 untung bersih sehari...perrrgh! Memang 15K tu untung bersih lah kan?

Ke reputs gagal matematik? {:thief
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali nampak peniaga, dengan lori baru turunkan 2-3 guni ayam potong hancur ni,takda basuh2 , dia celup tepung ready made, dia goreng , tabur tepi jalan tu.

Ketara gila tak basuh bila kita makan hanyir,ada bulu,ada selirat2 dalaman lemak bagai semua... janji habis... Padajal beli 10 ketul,tak sampai suku ayam pon.Ce beli ayam sekor,buat tepung sendiri,modal rm10 dapat sekor ayam size sedang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon mlm2 suka beli ayam singgit
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 16-12-2019 09:49 AM
tajuk tu hah..income 15k sebulan..ye ke. lum tolak modal..expenses niaga tu.
kang tak psl2 income  ...

Sales patutnye 15k.bkn income.aduiii..tt buka benang gimik sgtttt
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 16-12-2019 10:44 AM
RM500 untung bersih sehari...perrrgh! Memang 15K tu untung bersih lah kan?

Ke reputs gagal matema ...

Kan dia bukak 5hari je..so 500 x 20 hari je la...ape yg xreti kira plak..baca habis ke tak sebenarnye..lols
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
HazeLJoseph replied at 16-12-2019 10:52 AM
Banyak kali nampak peniaga, dengan lori baru turunkan 2-3 guni ayam potong hancur ni,takda basuh2 ,  ...

Penah beli sekali je..tapi mcm nak maki..sbb kecik n rse mahal la..ye la..wpon singgit..sorg mesti beli plg koman 2-3..pdhl klu beli proper tambah sikit je dh puas hati.bersih pun bersih..so mmg xbeli la yg kedai2 tepi jln ni..mostly sume kotor n rege stended mcm mkn kt kedai...

Bkn je ayam..cth lain mcm ckt.kat kedai jual rm6..lori tepi longkang pon jual rm6.baikla aku beli kt kedai.huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.528477 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list