Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan situasi bank di Malaysia hari ini yang 'banyak songeh' untuk meluluskan permohonan pembukaan akaun peribadi pengguna dek kerana lambakan scammer yang semakin berleluasa.
Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman
Pengguna Facebook Muhammad Syazwan Othman terkilan apabila permohonannya untuk membuka akaun peribadi berdepan banyak halangan daripada pegawai sebuah bank.
Katanya, pegawai itu berkeras memintanya membuka akaun semasa memandangkan Muhammad Syazwan menjalankan perniagaan rokok elekronik.
Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman
Lelaki itu bagaimanapun berang apabila haknya untuk membuka akaun simpanan peribadi seolah-olah dinafikan, sebaliknya dia dipaksa untuk membuka akaun semasa.
Hanya selepas meminta untuk bertemu dengan pengurus bank berkenaan, barulah urusannya selesai. Malah, dakwanya ia hanya memakan masa dua minit sahaja.
Ramai yang setuju dengan perkongsian Muhammad Syazwan itu dan mendakwa pihak bank hari ini terlalu teliti dan cerewet dalam meluluskan permohonan akaun bank hingga menyusahkan orang ramai.
Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman
Namun, Syazwan menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan syarat ketat yang dikenakan, sebaliknya dia kecewa apabila dipaksa melakukan sesuatu; buka akaun semasa.
Berikutan itu, seorang pengguna yang mendakwa pernah bekerja sebagai pegawai bank tampil menjelaskan sebab pihak bank bertindak demikian.
Elak penipuan scammer
Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman
Bagaimanapun, seorang suri rumah kemudian mempersoalkan bagaimana golongan tidak bekerja mahu menyimpan duit yang diterimanya.
Simpan duit bawah tilam
Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman
Tak dinafikan semua bank ada prosedur cerewet. Tapi macam mana kalau berdepan dengan pegawai yang tidak mesra ditambah pula dengan sikap sinis? - CARI |