Banyak kemalangan berlaku saban hari disebabkan kecuaian manusia. Namun impak dari tragedi itu memusnahkan kenderaan hatta mengambil nyawa sekalipun.
Timbul persoalan apabila banyak kereta yang remuk itu kebanyakannya kereta buatan Malaysia bukannya kereta luar negara. Yang disebutkan pula ialah kualiti kereta dari Perodua sahaja. Mengapa?
Twitter
Ada wajarnya juga dakwaan tersebut kerana banyak kerosakan teruk berlaku pada kereta Myvi dan Axia. Malahan badan kereta itu sendiri agak 'lembut' hinggakan impak remuk tersebut sangat serius dan pastinya juga mengancam nyawa pemandu.
Berlaku pertelagahan dalam kalangan warganet mengenai situasi kereta Perodua ini sendiri. Sementelah kereta Myvi sendiri dikenali dengan kelajuan mengalahkan kereta-kereta yang lebih besar.
Bagaimanapun, ianya turut dipersetujui oleh warganet yang pernah mengalami tragedi ini.
Twitter
Antara sedar atau tidak, faktor kenderaan memang antara faktor kecederaan serius apabila berlaku kemalangan. Bagaimanapun, kecuaian manusia tetap berada di tempat teratas. Jadi, anda pakai kereta apa? - CARI
Post time 17-12-2019 05:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Logik bodoh. Bukan sebab tin milo ke apa..
1. Kereta paling ramai Rakyat Malaysia guna.
2. Power to weight ratio tinggi. Cc besar, body kecik.
3. Kebanyakkan yg bawak gila babi ni bbbu gila stereng baru dpt lesen. Kecuaian membawa padah.
Post time 17-12-2019 08:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah bawa keta cam bab* nak sondol kebun, mana tak accident. Aku pakai keta perodua jugak. Tapi as long as ko amalkn apa yg cikgu driving school ajar rasanya takde masalah kot