CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9602|Reply: 35

5 Buah Kitab Sihir Yang Pernah Wujud Di Dunia

  [Copy link]
Post time 18-12-2019 02:44 PM | Show all posts |Read mode
assalammualaikum dan salam sejahtera..

1st time post dalam ni..hehe..selalu dalam bod misteri tu je la...nk try pot sebab dgr citer bnyk otai2 sejarah dalam ni...kalau x keberatan share2 la ilmu tu hehe..saya nk info je...

ada post dalam bod misteri pasal buku al bulhan,n salah masuk bod kot untuk post mcm tu ...so sy nak post kt sini pulak,tajuk sama je tp isi lain pulak..
...harap dia komen kt sini jgk share info..

info dr :#thepatriots


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2019 02:45 PM | Show all posts
Edited by nazrullah at 18-12-2019 01:47 PM

1- Kitab Galdrabok
Manuskrip ini menjadi kitab kuno yang ia dikenalpasti mula dicatatkan dan dikumpulkan sekitar tahun 1550 M-1650 M. Kitab ini kononnya berisikan 47 buah jenis mantera-mantera sihir yang dikumpulkan dari empat orang penyihir legenda Iceland. Beberapa pakar yang mengkaji buku ini menyimpulkan bahawasanya isi Kitab Galdrabok ini terdiri dari pelbagai macam mantera sihir seperti mantera yang memberikan kesan positif dalam penyembuhan tubuh badan manusia, namun di sebalik itu, mantera di dalam buku ini juga terisi dengan mantera yang diciptakan untuk tujuan kejahatan seperti membunuh.

Hanya tiga buah mantera sahaja yang dikenalpasti hanya digunakan oleh ahli sihir sebagai resipi untuk membuat potion atau untuk tujuan perubatan. Lapan buah mantera dalam buku ini pula digunakan untuk mendapatkan sebuah kekuatan yang mampu mengalahkan manusia atau musuhnya sehingga ianya dikategorikan sebagai mantera yang mematikan.

Buku ini diterbitkan kepada umum buat pertama kali pada tahun 1921 oleh Adolf Natanael Lindqvist dengan diterjemahkan ke dalam bahasa Sweden. Edisi pertama terjemahan bahasa Inggeris pula diterjemahkan oleh Stephen Flower pada tahun 1989. Pada tahun 1995, Stephen Flower mengeluarkan buku ini ke dalam edisi kedua dengan beberapa pembetulan tatabahasan disertai dengan nota.

Setiap mantera yang ada di dalam kitab ini berisikan perbagai bait-bait ayat sihir bangsa yang menetap di Iceland sejak zaman dahulu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2019 02:48 PM | Show all posts
2- The Black Pullet (La Poule Noire)
Kitab the Black Pullet ini menjadi kitab ilmu sihir yang cukup terkenal di kalangan bangsa Eropah kuno, khususnya di belahan negara Perancis. Dikisahkan, buku ini mula ditulis oleh salah seorang tentera dari pasukan Napoleon Bonaparte yang ketika itu sedang menakluki Mesir. Tentera ini tercedera dalam sebuah pertempuran lalu beliau diselamatkan oleh seorang lelaki misteri (berkemungkinan ahli sihir). Lelaki misteri ini mengajarkan beliau cara-cara untuk menghasilkan azimat atau tangkal dari bahan seperti sutera dan besi serta seni ilmu hitam Kabbalah melalui dari sebuah manuskrip sihir Mesir kuno yang diambil dari perpustakaan Alexandria ketika era Ptolemy I. Ilmu sihir lelaki misteri tersebut dicatatkan kembali oleh tentera ini dan dikumpulkan di dalam buku yang dikenali sebagai La Poule Noire.Mengikut pelbagai sumber, buku ini mengandungi sebanyak 22 cara untuk menghasilkan azimat ke dalam bentuk cincin ataupun tangkal yang masing-masing memberi keistimewaan kepada si pemakainya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2019 02:50 PM | Show all posts
3- Kitab Picatrix (Ghayat al-Hakim)
Picatrix yang kebanyakkannya menerangkan tentang ilmu astrologi, sebenarnya terkenal sebagai sebuah buku yang menjelaskan teori pembentukan alam semesta atau yang dikenal dengan teori kosmologi.Kitab yang aslinya dalam bahasa Arab dan bernama Ghayat al-Hakim ini ditulis pada pertengahan abad ke-11. Jika nama ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ianya berbunyi The Aim of the Sage atau The Goal of the Wise&. Buku ini awalnya diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol sebelum ianya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1256 Masihi oleh seseorang untuk dihadiahkan kepada Raja Alfonso the Wise dengan menyandang namasebagai buku Picatrix&.Buku ini mengumpulkan koleksi pelbagai manuskripkuno ilmu sihir yang digunakan secara meluas pada abad ke sembilan dankesepuluh sebelum Masihi. Pacitrix dibahagikan kepada empat buah bahagian besariaitu Book I, Book II, Book III dan Book IV, yang di mana setiap bahagiannyamempunyai pelbagai cabang ilmu sihir melalui 55 buah sihir astrologi, 22 buahkebaikan azimat, cara membuat potion cinta, mencari harta karun, menyuburkanhasil tanaman dan lain-lain lagi.Namun beberapa orang percaya jika bukuPicatrix adalah sebuah kitab ilmu sihir yang mengajar pembacanya untukmendapatkan kekuatan sihir dengan mengetahui melalui penyelarasan kitaranbulan, waktu, dan tata atur tertentu dari beberapa planet yang terdapat didalam sistem suria.
Salah satu ajaran ataupun ilmu sihir yang didapatidi dalam buku ini melalui terjemahan John Michael Greer adalah:
Ambil empat gram darah anjing hitam, dua gram darahbabi dan otaknya dan satu gram otak keldai. Campurkan kesemua bahan terbabitsehingga hancur. Jadikan ia sebagai minuman dan berikan minuman ini kepadamangsa. Mangsa yang meminum minuman ini akan membenci kau seumur hidup

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2019 02:52 PM | Show all posts
4- Kitab Abramelin
Kitab Abramelin atau yang lebih dikenal dengan nama‘The Book of Abramelin’ juga diyakini sebagai kitab yangmengajarkan tentang ilmu sihir. Kitab ini diawali dengan sebuah kisah yangmenceritakan seorang ahli sihir Mesir bernama Abra-Melin atau lebih dikenalisebagai Abramelin. Namanya menyamai dengan nama ahli sihir mitos Merlin.Abramelin digambarkan sebagai sosok yang zuhud,tidak terpengaruh kepada harta duniawi. Hanya hidup beribadah kepada Tuhannya.

Sekitar tahun 1362 M - 1458 M

Abramelin merupakan seorang ahli sihir semi-mitosyang terkenal mengajarkan ilmu sihir Kabbalah ke atas masyarakat Mesir dansegala mantera sihirnya ini dimuatkan ke dalam bukunya yang bertajuk The Bookof Abramelin. Abramelin dikenalpasti tinggal di padang pasir luar wilayahArachi (sebuah kota kuno Tamadun Mesir yang berhampiran dengan sungai Nil).Abramelin mempunyai seorang anak murid yang bernama Abraham the Worm dan beliaumemberikan dua buah manuskrip sihir iaitu Divine Science dan True Magic kepadaanak muridnya ini setelah Abraham mengikat janji setia untuk mengubah hidupnyakepada seorang yang warak dan menyembah ajaran Tuhan Abramelin The Way and Lawof the Lord. Dua buah manuskrip ini hanya diberikan kepada orang yangdipercayainya sahaja.
Si pengamal sihir ajaran Abramelin harus melakukansebuah ritual misteri seperti bertemu dengan malaikat penjaga untuk mendapatkanilmu sihir secara langsung dan kuat.

Buku ini dipercayai terisi dengan ajaran-ajaranuntuk mengawal kekuatan iblis dan membuatnya menuruti semua perintah ahlisihir, menemukan harta karun, terbang di langit, menjadi halimunan dankemampuan-kemampuan lainnya yang tidak dapat terjangkau dengan akal sihatmanusia.

Buku ini akhirnya diterjemahkan ke dalam bahasaInggeris oleh Samuel Liddell MacGregor Mathers di bawah tajuk The Book ofAbramelin the Mage pada tahun 1898 yang dibahagikan kepada tiga buah fasa iaituBook I mengandungi 12 tajuk, Book II pula mengandungi 20 tajuk dan terakhirBook III mengandungi 30 tajuk kesemuanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitab nusantara takda ke, elok la takda
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2019 02:53 PM | Show all posts
5-  KitabLuratus Honori (Liber Juratus)

Kitab yang ditulis oleh ahli sihir yang bernamaLiber Juratus Honorii ini diyakini sebagai buku petunjuk ilmu sihir yang palingdahsyat pada abad pertengahan. Kerana, segala isi di dalam buku ini menjelaskancara-cara untuk mendapatkan ilmu sihir yang mengerikan.
Menurut sumber, isi kitab yang juga dikenal dengannama The Sworm Book of Honorius ini mengajarkan cara menyeru iblis, malaikat,atau roh berdamping dengan ahli sihir untuk mendapatkan sebuah kemampuantertentu seperti meramal masa hadapan seperti tukang tilik (fortune teller).

Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris danLatin dengan pelbagai versi seperti:
a. The Sworn Book of Honorius: Liber Iuratus Honoriioleh Joseph H. Peterson.
b. The Sworn Book of Honourius the Magician olehDaniel Driscoll.
c. Liber Iuratus Honorii: A Critical Edition of theLatin Version of the Sworn Book of Honorius oleh Gosta Hedegård.
Sumber Rujukan:
1. ‘The Icelandic Magic: Analysis of Late-EighteenthCentury Icelandic Galdrabok’ oleh Christopher Smith.
2. The Black Pullet: Science of Talismanic Magic.New York, oleh Samuel Weise.
3. The Picatrix or Ghayat al Hikam: The PremierGrimoire of Astrological Magic oleh Muhammad Ali Ben Marcus.
4. Famous Witches Abramelin the Mage(15th Century) oleh Mastin L.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2019 02:54 PM | Show all posts
Kesimpulannnya saya post ni bukan nak blaja atau taksub dgn buku n ilmu sihir ni…Cuma nak bgtau sihir tu wujud,ilmu ghaib ni wujud beribu2 tahun dulu…kita sbgai umat islam panduan kita hanya 2 al-quran dan sunnah nabi…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Followwwww..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2019 02:56 PM | Show all posts
Catpaw replied at 18-12-2019 01:52 PM
Kitab nusantara takda ke, elok la takda

xde...ade ke info?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2019 02:57 PM | Show all posts

ada dimana2 haha...suruh citer hantu pon x abis lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 18-12-2019 02:56 PM
xde...ade ke info?

Tau yang ilmu tajul muluk tu je la... tapi tu ilmu baikkan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 18-12-2019 02:57 PM
ada dimana2 haha...suruh citer hantu pon x abis lagi

Aku kan suka melawat semua bod..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu melayu? Korang pi cari kat Ligor.. Siam ligor waris ilmu2 sihir melayu.. Kita bila islam masuk.. Perlahan2 kita buang satu persatu ilmu sihir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahaaaa @nazrullah dah buka thread kitab sihir lama lama kat sini. Ko copy paste balik jugak yg dari bod MPS tu kedalam ni pun baik juga. Nanti aku 100++++ kan kredit ko. Yeaayyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 20-12-2019 01:39 AM
Ahaaaa @nazrullah dah buka thread kitab sihir lama lama kat sini. Ko copy paste balik jugak yg dari  ...

Haha baik nau ko ni momod... Nnt aku copy paste je... Aku post ni cuma nak info je... Kata dlm ni bnyk pakar sejarah... Xde pon yg komen haha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mak aku ada satu buku. Tak tau la ye nak kata buku sihir ke tidak. Tapi buku tu ada koleksi-koleksi tangkal. Tangkal nak bagi meniaga laris, tangkal untuk orang nampak kita ni terus jatuh sayang, tangkal elak kencing malam. Tangkal ni dalam bentuk tulisan Jawi yang terdiri dari beberapa huruf, ditulis atas sehelai kertas, digulung dan dipakai di celahan lipatan kain atau letak dalam kocek.

Selain dari tu, ada jugak tips tips macam nak merosakkan rumah tangga orang, nak bagi orang benci, bergaduh, nak bagi orang sayang, nak murah rezeki, nak carik jodoh. Tips tips ni macam amalan mandi bunga, bukan sebarqng bunga pakai, ade yang kena carik pokok yang bergesel antara 2 dahan, bila bergesel ditiup angin akan keluarkan bunyi, bahagian kulit kayu yang bercantum tu diambil. Lebih kurang macam tu la. Ada yang pakai tulang kokang yang dikeringkan.

Ni mungkin ilmu putih hitam yang taktau mana asal usulnya tapi pada aku, sekadar tambahan pengetahuan aje la. Tak pernah aku amalkan. Tapi seronok membaca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 20-12-2019 11:36 PM
Dulu mak aku ada satu buku. Tak tau la ye nak kata buku sihir ke tidak. Tapi buku tu ada koleksi-kol ...

Ada lagi ke simpan buku tu? ke dah dimusnahkan. Seronok baca buku2 macam tu, tapi nak baca yang ilmu putih je la... ilmu hitam taknak la... takut makan diri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 21-12-2019 12:34 AM
Ada lagi ke simpan buku tu? ke dah dimusnahkan. Seronok baca buku2 macam tu, tapi nak baca yang il ...

Tak ada dah. Seni Perubatan Melayu tak silap tajuk buku tu. Memang memberi pengetahuan tambahan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 20-12-2019 09:38 PM
Haha baik nau ko ni momod... Nnt aku copy paste je... Aku post ni cuma nak info je... Kata dlm ni  ...

Aku bersemangat ni nak segala isi yang ko tempek dari bod hantu tu masuk ke sini. Jangan lup tau. Nanti aku bagi kredit banyak banyak. Tu je la yang aku mampuuuu. Huhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.384491 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list