View: 12428|Reply: 78
|
"Saya Akan Pilih Rupa Paras Untuk Berlakon Dalam Drama Saya," Haji Zee
[Copy link]
|
|
Penerbit drama terkenal,Haji Zeel atau nama sebenarnya Fadzil Teh tetap dengan pendirian beliau yang mencari bakat baru dalam bidang lakonan dengan bersandarkan pada paras rupa sebelum dipilih untuk membintangi drama di bawah produksi milik beliau.
Zeel mengulas mengenai pendiriannya yang memang menjadi resam manusia untuk melihat sesuatu yang indah dan cantik, justeru ianya memang akan menjadi keutamaan untuk memancing penonton.
Kredit foto: Google Image
"Kalau nak ambil pelakon baru, kena cantik dan elok dalam TV. Bagi saya senang saja, orang cantik kena keluar TV, yang kurang tu elok jadi penonton di rumah sajalah," katanya ketika ditemui oleh mStar online.
"Rasanya kita semua nak tengok yang cantik dan elok untuk tatapan, siapalah yang nak tengok yang tak elok dekat TV kan? Jadi saya memang akan pilih rupa paras yang menarik untuk jadi pelako di bawah produksi kami," ujarnya lagi.
Menurutnya, pelakon baharu ini harus lah menambah ilmu lakonan seperti pergi kelas berlakon, jangan harap muka semata-mata, mantapkan lagi bakat yang ada," katanya kepada mStar.
Haji Zeel yang memiliki syarikat produksi, Zeel Production Sdn. Bhd. itu mengulas lanjut ketika diminta untuk memberi pendapat mengenai faktor pemilihan pelakon baharu di bawah produksinya.
Kredit foto: Google Image
Kredit foto: Google Image
Isu mengenai 'rupa paras dan bakat, manakah yang menjadi keutamaan?' ini telah dibahas dan telah mencetuskan sebuah kontroversi apabila Datuk A. Aida telah menyuarakan pandangan secara lantang kepada ramai iaitu mengenai isu rupa paras sangat penting untuk seseorang menjadi pelakon kerana perkara itu adalah realiti masa kini.
A.Aida sebelum ini telah bersuara mengenai isu tersebut dan berkata ianya tidak perlu dipertikaikan kerana industri lakonan pada era kini memerlukan pelakon utama yang memiliki rupa paras menarik kerana ianya adalah 'bisnes'.
Rupa paras dan bakat haruslah seiring, kalau tak artis hanya akan menjadi suam-suam kuku kelak. Apa pendapat anda? kongsikan kepada kami. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
orang cantik kena keluar TV, yang kurang tu elok jadi penonton di rumah sajalah
HAHAHAHAHAHAHAHA. |
|
|
|
|
|
|
|
realiti kehidupan.. pertama paras rupa. yang kedua bilangan pengikut media sosial. bakat belakang kira |
|
|
|
|
|
|
|
kemain mak hayam besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya akan pilih netflix daripada layan drama keluaran production anda... |
|
|
|
|
|
|
|
hj zil ni memang suka artis lelaki muda kot. sbb slalu tengok dia drop komen kt ig artis lelaki, menggeletis pula komen dia.sedap sedap apa tu cth mcm ig fattah, dan a few ig bdk bdk hero remaja. |
|
|
|
|
|
|
|
artis malaysia tak cantik pun. banyak yang makeover, repair sana sini. ada duit ko cantiklaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum nak bagi berlakon tu, mestilah kena bagi something dulu khennnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Dan hj zeel sendiri pun pilih untuk bekerja di belakang tabir. Walk the talk. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun nak tengok drama melayu ke korea ke tgk siapa pelakon dulu kalau rupa nanhado takde mood. Uols tak payah kecam Hj Zeel sbb pelakun kalau tak helok uols jugak kecam kata muka bibik la, skla nguapan la, takde aura laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bakat baru dlm citer yg terkini terbitan rentua Ni, rindu yg terlarang, cantik n berbakat, mcm watak Rania n teha.. tu baru la muda fresh tang tang
Kipidap... Selagi bkn ristena n adik dia heroin, oke jer |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sis.. Wajah2 persis cekodok basi ni elok duduk rumah saja |
|
|
|
|
|
|
|
betullah dari POV dia.. sbb yang jadi target penonton drama dia pun bukan golongan intellektual.. dia buat bisnes, seni lakonan blkg kira.. asal ada y stesen tv y sanggup membeli drama dia & y sanggup menonton.. dia dah lama dlm bidang ni.. itu formula perniagaan dia & terbukti berkesan. kalau x berkesan dia takkan pertahankan. pasal kemajuan industri seni dia peduli apa... |
|
|
|
|
|
|
|
yesza
jadilah drama2 sampah
|
|
|
|
|
|
|
|
hhhhhhhhhhhmmmmm.hat nie kena tanya NAZA 4!! |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 18-12-2019 03:58 PM
Setuju sis.. Wajah2 persis cekodok basi ni elok duduk rumah saja
Sebut cekodok basi jah iols trusss terrrimejin ruhainies. Napakah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada rupa paras pon kalau tak berbakat pon tak boleh gak ..mesti kena seiring la ..kalau dah tahu tak berbakat usaha la p belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 ajelah hj zil
asal ko bahagia udah |
|
|
|
|
|
|
|
I setuju. Nak yg lawa baru sedap mata memndang
Baru ni tgk liputan sukan sea kat astro arena ya ampun
Please la astro. Tolong la letak peggulas d vanue pun yg sedap mata memandang. Ni dgn hitam gelap bibir lebam gigi karat ko ambik jd pgulas. |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa pelakon melayu bangun tido pun make up tebal.. even nak meninggal pun make up... baik tgk korea.. natural je |
|
|
|
|
|
|
| |
|