Siapa tidak mengenali selebriti kontroversi Haneesya Hanee? Dikenali sebagai model dan pelakon, Haneesya kini secara rasminya bergelar seorang penyanyi.
Bukan sahaja mempertaruhkan bakatnya dalam muzik rap, malah kemunculan pertama Haneesya ini juga merupakan single duet pertamanya berkolaborasi bersama band Bimasakti.
Haneesya mendapat dorongan dari ibunya dan anggota kumpulan Bimasakti dan akhirnya bersetuju berkolaborasi dalam single Mengejar Mimpi.
"Sebenarnya pada awalnya susah untuk saya buat keputusan namun selepas berbincang dengan ibu dan Bimasakti, saya terima pelawaan mereka" katanya memetik laporan murai.My.
Pada mulanya lagu dinyanyikan menerusi versi asal namun ianya digubah mengikut kesesuaian dan memberikan kepercayaan buat selebriti yang berusia 19 tahun ini.
"ada awalnya, mereka inginkan saya menyanyi dalam lagu itu tetapi kemudian dimaklumkan saya perlu menyanyikan rap. Saya sendiri tak pernah terfikir akan menjadi penyanyi rap.
"Saya banyak merujuk dan mengambil inspirasi dari Nicki Minaj, Cardi B dan Mimifly yang memang hebat dalam lagu rap," ujarnya.
Sebagai info, Bimasakti dianggotai oleh Hazrull Aliff (Vokal), Nurazimullah (gitar) dan Nur Ilham (dram).
Kredit foto: murai.My
Lagu Mengejar Mimpi dicipta oleh Harris Yusoff dan liriknya oleh gitaris Bimasakti, Jim. Lagu ini mengisahkan suka duka hidup seseorang disebabkan oleh gejala buli siber yang semakin meluas.
Post time 19-12-2019 01:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tqsm kerana lagu uolls berjaya mendodoikan I utk melolapkan mato dengan nyonyak ! Merdu hamat suaranya , jgn disimpan bakat sebegini memang layak di ketengahkan lagi hingga ke tengah2 landasan padang pasir pun takpo !
Post time 19-12-2019 01:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tak mampoo nak habiskan yachhh
suara laki tu apo gituuu? anak orka mana nak jadi retis tp tak melihat mirror mirror on the wall niiii rengsaaaaa. utk tak ot, hanee nyanyi tak sedap (nyanyi ke tuh), belakon pun fake sgt. konklusi, jadi model saja loeee