Belum reda dengan kontroversi rumah tangga pendakwah selebriti baru-baru ini, kali ini timbul pulak pengakuan hangat seorang wanita bergelar isteri kepada penceramah bebas hasil program realiti TV, yang didakwanya telah berlaku curang.
Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh isteri pendakwah tersebut yang digelar sebagai A.
Kredit foto : mStar online
Kredit foto: mStar online
Menerusi mStar online, wanita tersebut mendakwa telah mengalami tekanan jiwa kerana menanggung beban dan penderitaan sepanjang episod kecurangan tersebut. Sepanjang 4 tahun perkahwinan dengan ustaz selebriti tersebut, dia mengalami tekanan emosi yang hebat kerana suaminya itu 'kantoi' curang.
"Bukan niat untuk buka aib suami kepada khalayak, namun saya tidak mahu orang terpedaya dengan penampilan golongan seperti ini,"
"Suami sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya telah terbongkar apabila saya menemui rakaman video tersebut dalam telefon bimbitnya," Ujar wanita tersebut kepada mStar.
Kredit foto: mStar online
Mengejutkan, A telah mendedahkan ini bukan kali pertama suaminya melakukan perkara seumpama itu.
"Saya juga terjumpa beberapa keping gambar bekas teman wanita dia (suami) yang dikongsi melalui DM di instagram,"
Mengakui bukan kali pertama suaminya itu sering bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya itu, A tetap memaafkan suaminya itu kerana berharap suaminya itu akan berubah menjadi lebih baik. Namun, ternyata ianya hanyalah harapan semata-mata, kerana pendakwah itu tetap meneruskan perangai buruk tersebut walaupun telah dikurniakan cahaya mata.
Kredit foto: mStar online
Bukan itu sahaja, peserta program realiti TV yang berusia 29 tahun tersebut turut sering menghantar mesej di DM instagram kepada gadis-gadis muda secara rawak dengan niat untuk memulakan perbualan tidak senonoh.
A yang hadir ke pejabat mStar juga mendedahkan bahawa dia kini berhasrat untuk membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya.
mStar juga telah berjaya menghubungi pendakwah selebriti terbabit dan dia telah memohon agar isu itu tidak dipanjangkan. Dia juga enggan mengulas lanjut mengenai tuduhan isterinya itu.
Siapa pula pendakwah bebas hasil rancangan realiti TV ni? - CARI |