Masih ingat lagi dengan lagu nasyid popular era 90-an, Sesungguhnya yang didendangkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu?
Jika pada Ramadan lalu lagu tersebut kembali popular setelah dinyanyikan semula oleh anggota Raihan duet bersama Alif Satar yang lebih dikenali sebagai Sesungguhnya 2019.
Setelah dinyanyikan semula oleh Alif Satar, lagu nasyid yang malar segar itu kembali popular dan berjaya menambat hati golongan pendengar baru yang tidak berkesempatan untuk mendengar versi asal lagu tersebut dendangan vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani suatu ketika dulu sesehinggakan video muzik rasmi lagu tersebut berjaya memperoleh jumlah tontonan sebanyak 18 juta di Youtube.
Memandangkan beberapa hari sahaja lagi tahun 2019 akan melabuhkan tirainya, lagu nasyid tersebut kini kembali dengan nafas baru yang dinamakan Sesungguhnya 2020. Apa yang lebih istimewa, Sesungguhnya 2020 kali ini dinyanyikan sendiri oleh vokalis asal kumpulan itu, Nazrey Johani berduet bersama penyanyi wanita kelahiran Indonesia, Dwi Dina.
Buat masa ini, masih tiada info mengenai latar belakang penyanyi wanita ini. Setakat ini, penyanyi wanita itu hanya berkongsi aktivitinya melalui laman instagramnya, @dinahijriana.
Dwi Dina Foto- Instagram @dinahijriana
Dwi dina bersama Nazrey Johani Foto- Instagram @dinahijriana
Sejak dimuat naik di laman Youtube pada Selasa lalu, video muzik lagu tersebut telah menerima hampir 100 ribu tontonan. Meskipun digarap dengan sedikit berbeza dengan versi asal, namun rata-rata memuji keindahan lagu ini apatah lagi dengan kelunakan suara dua penyanyi ini.
Menjengah ke ruangan komen video muzik lagu tersebut di Youtube, terdapat juga pesanan yang ditinggalkan oleh netizen untuk membantu Nazrey sama-sama berkongsi video ini supaya dapat membantunya menghulurkan bantuan buat pelajar tahfiz di Sabah.
Malah ada yang mengingatkan supaya tidak menekan butang skip ads sebagai tanda sokongan kepada usaha murni penyanyi tersebut dalam mengumpul dana bagi pelajar tahfiz.-CARI
x silap sebelum ni ade iman mutiara 2019. tp x brape famous maybe kurg promosi atau kalau duet dgn famous singer maybe efek cam sesungguhnya 2019. hrp pasni rakamkan semula lagu puji-pujian.
Post time 22-12-2019 09:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Attempt utk tembus indo market should dipuji.tp making the same song over and over again xkn bg big impact.esp when u have soooo many other good songs yg letops..raihan is a very big name..dah penetrate hingga ke UK..cara marketing yg ni sorry iols rse x a good move
Post time 22-12-2019 02:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Love part nazrey je..asal pompuan nih nyanyi cam acah nk slang...xkan jemu dgn suara nazrey,but this one still x dpt kalahkan the original sesungguhnya..
Post time 22-12-2019 02:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nazrey ni antara penyanyi yg wasted tahap gaban. Dah elok ada nama, ada bakat tapi pegi downgrade kan diri nyanyi kt pasar malam utk derma... kalau kau menten standard kau, payment nyanyian kau utk 1 show jah beribu2 lemon lg byak kau boleh sumbangkan pd sekolah2 tahfiz drpd menyanyi minta derma kt pasar... Lg sorg wasted Shahir...
Post time 30-12-2019 09:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
MeghanK replied at 22-12-2019 11:51 AM
iols rasa bukan nazrey yang tanak join tapi raihan yang tanak dia
Yup, raihan yang tak nak dia.. heols dah banyak kali bagi statement, heols okay je if raihan nak collab dengan dia. Tapi raihan memang senyap n tak sudi lagi dah. Nazrey pun pernah fan move on since Raihan tak sudi