"Duit takpe boleh cari, kalau anak jatuh sakit, dia punya risau tak boleh beli ubat."
Itu penjelasan pelakon Mawar Rashid yang telah berangkat ke London bersama suaminya, pelakon Raf Yaakob semalam.
Sedihnya, Mawar terpaksa meninggalkan anaknya, Raden Muhammad Rafael yang baru berusia sembilan bulan atas faktor kesihatan.
Ig
"Mommy baru habis shooting semalam. Harini terus pergi London tinggalkan Rafael. See you on 28th sayang. Ticket Rafael dah beli, tapi kitorang risau bawak Rafael sebab masih baby lagi."
Ig
Menurut Mawar lagi, anaknya baru sahaja keluar dari wad hospital kerana influenza. Jadi, untuk mengelakkan perkara buruk terjadi, seeloknya Rafael tidak dibawa ke khalayak ramai.
Ig
"Buat masa sekarang kitorang elak dulu. Kesian kat Rafael kalau pape jadi. Gonna miss you sayang.. Duduk baik-baik sama Abai(nenek) ya."
Ig
Jadi, sebelum dihentam kerana tidak membawa anak ke London, nampaknya Mawar telah bersiap sedia memberitahu ianya kerana masalah kesihatan anaknya. Jadi awas ya, bawang rangers sekalian. - CARI
|