CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6136|Reply: 49

Lampin dibuang atas kerusi kedai makan. Lagi baik kalau owner kedai dapat tular

[Copy link]
Post time 26-12-2019 08:11 PM | Show all posts |Read mode
'Orang tiada akal buang lampin atas kerusi kedai makan'
AIMAN SADIQ ABDULLAH | | 26 Disember 2019


Perkongsian Noor Akmar kini tular di media sosial

SHAH ALAM - Tindakan seorang pelanggan yang membuang lampin pakai buang bayi di sebuah restoran di sini, semalam mengundang kecaman warga maya dan dianggap tidak bertamadun.

Perkara itu dikongsi pemilik restoran tersebut, Noor Akmar melalui Facebook yang kecewa dengan tindakan pelanggannya meninggalkan lampin bayi tersebut atas kerusi kanak-kanak.

"Macam-macam ragam kan? Air milo tabur tumpah tidak mengapa kita mopkan. Nasi goreng sepah-sepah atas lantai pun tidak mengapa kita sapukan.

"Pampers? (lampin pakai buang bayi), berat pula itu kalau ditimbang pampersnya. Ini contoh pelanggan tidak selalunya betul," luah Noor Akmar di Facebook.

Sikap tidak bertanggungjawab tersebut dilihat sebagai satu pencemaran dan menjijikkan kerana kerusi itu disediakan untuk kemudahan pelanggan.

Perkongsian Noor Akmar kini tular di media sosial dan warganet kesal dengan tindakan individu yang meninggalkan lampin pakai buang tersebut.

"Tiada adab ke apa ini. Sepatutnya pampers perlu dibuang ke dalam tong sampah dan bukannya tinggalkan pampers di kerusi. Kalau rasa tiada tong sampah pun boleh bawa masuk ke kereta dulu buang kemudian," tulis Idham Ramdan di Facebook.

Faqiudin Yaakob pula menulis di ruangan komen, "Apa benda ini, alamak tak senonohnya. Ada orang bersikap macam ini ya. Ini membuktikan mentaliti orang seperti ini letaknya di kaki dan bukan otaknya."

Di samping itu, terdapat juga segelintir warganet yang berkongsi pengalaman mereka yang seakan-akan kejadian tersebut.

"Aku pernah kena masa Hari Raya Haji yang lepas. Memang penuh habis-habis kerja nak kemas tempat kerja. Sapu-sapu di tepi longkang jumpa pampers orang buang begitu sahaja. Dah jadi mak ayah budak pun masih tiada akal nak buang di tempat betul," kata Rahmaniah Abdul.

Fadzhil Mohamad menulis, "Hahahaha, malas nak cakap jenis bangsa seperti ini. Kalau bercakap kite balik salah. Silap-silap kita pula yang depa tular. Inilah mentaliti kelas bawahan."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2019 08:12 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis yg ko bersnak aku pun nak beranak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde cctv ke kedai ni?harapnya boleh ler detect.sapa y buat supaya pasni dia xkn dtg mkn lg n bt benda sama...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 10:25 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 26-12-2019 10:20 PM
Xde cctv ke kedai ni?harapnya boleh ler detect.sapa y buat supaya pasni dia xkn dtg mkn lg n bt bend ...

cam takde. sbb situ ala2 food court.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I bersangka baik jah..maybe niat nak buang tapi terleka rushing2 nak bayar makanan pun sodap.. lantas terlupa nak buang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2019 09:13 AM | Show all posts
Mizlyn replied at 26-12-2019 10:37 PM
I bersangka baik jah..maybe niat nak buang tapi terleka rushing2 nak bayar makanan pun sodap.. lanta ...

aku pun terfikir mende yg sama.. sbb kat meja makan kan.. kalau ikut logic dia nak buang sepah2, masa kat toilet dia boleh tinggalkan kan..zaman skrg semua nak viral..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Stok2 zaman BBNU dok rumah sewa sampai sampah sarap penuh dlm bilik kan. Janji muka flawless lepas filter n upload dkt medsoc. Dh kawen beranak perangai pemalas pengotor terpancar terik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mizlyn replied at 26-12-2019 10:37 PM
I bersangka baik jah..maybe niat nak buang tapi terleka rushing2 nak bayar makanan pun sodap.. lanta ...

Me too. Tp mcm mana dia tukar lampin tu? Dia baring kan ank dia ke dia pakai sambil berdiri?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dapat bayangkan makcik2 puaka yg buang lampin ni.. Euwwww sangat.. Jenis penting diri. Takde common sense langsung
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemalasnya. Tukar pampers kat meja makan. Gelilah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 10:30 AM | Show all posts
Aritu pegi klinik kesihatan untuk monthly check up.
Tak tahu la makhluk tak bertamadun mana.
Boleh plak selit pampers anak kat celah kerusi.

Jijik la haih perangai.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 27-12-2019 09:54 AM
Me too. Tp mcm mana dia tukar lampin tu? Dia baring kan ank dia ke dia pakai sambil berdiri?

Akk pernah mkn kat Mc D....bangsa rentung gi tukar diapers ank dia atas meja....ank dia berak ok...bkn kencing...selang sebuah meja je dgn akk & bau meloyakn....

So...tgalkn je lah....

Bodoh meenachi & laki dia....nk kata baru kuar estate, tgok pakaian mcm org keja good good je ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 10:55 AM | Show all posts
harap mandul terus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu lampin atas pinggan makan rumah kenduri kahwin
Nak sangka baik lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-12-2019 10:42 AM
Akk pernah mkn kat Mc D....bangsa rentung gi tukar diapers ank dia atas meja....ank dia berak ok.. ...

Don’t judge book by it’s cover sis. Pemakaian je up to date tp otak tertinggal kt estet.iols haritu ank kencing je pun, gigih dukung pergi tndas tukar lampin.., sbb nk cuci dgn air. Geli kalau xcuci. Rentung tu sah2 pkai wet tissue kn cuci berak ank
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pengotornye la. sengaja tnggal ke ttinggal ke prsoalannya salin pmpers ank kt meja mkn situ jgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 12:52 PM | Show all posts
rumah dorang ni kotor mcm mana laa agaknya?

pernah tertengok satu bilik ni dalam satu umah.

pampers anak dia hujung2 tilam je yang dihampar atas lantai.

alih2 laki dia yang kutip buang.

segan dah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2019 10:13 AM | Show all posts

Buang Lampin Atas Kerusi Meja Makan Restoran Shah Alam, " Otak Letak Mana?&

Tindakan seorang pelanggan membuang lampin pakai buang bayi di atas kerusi sebuah restoran di Shah Alam mengundang kecaman warganet yang dianggap tidak bertamadun.





Foto: Noor Akmar



Menerusi Facebook pemilik restoran tersebut, Noor Akmar berkata, beliau kecewa dengan tindakan pelanggannya yang meninggalkan lampin pakai buang bayi pada kerusi di meja makan.

"Macam-macam ragam kan? Air milo tabur tumpah tidak mengapa kita mopkan. Nasi goreng sepah-sepah atas lantai pun tidak mengapa kita sapukan.

"ampers? (lampin pakai buang bayi), berat pula itu kalau ditimbang pampersnya. Ini contoh pelanggan tidak selalunya betul," luah Noor Akmar di Facebook.







Perkongsian Noor Akmar itu kini tular di media sosial dan rata-rata warganet kesal dengan tindakan yang tidak bermoral itu.




Foto: Noor Akmar



Manusia spesies apa lah macam ni punya perangai? - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ni apa ni... kita bukan dekat tanah besar nan suci..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.058208 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list