CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2178|Reply: 6

Betul Ke Makan Cili Baik Untuk Jantung Dan Strok?

[Copy link]
Post time 30-12-2019 10:27 AM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto: Pixels



Selama bertahun-tahun, cili telah dipuji untuk sifat terapeutiknya dan kini para penyelidik mendapati bahawa makan cili secara kerap boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung dan strok.


Di Itali, satu kajian membandingkan risiko kematian di kalangan 23,000 orang yang mengambil cili dan tidak mengambil cili dalam hidangan telah dilakukan.


Selama lapan tahun penyelidikan dijalankan terhadap status kesihatan dan kebiasaan makanan peserta menunjukkan 40 peratus penurunan risiko kematian akibat serangan jantung bagi peserta yang mengambil cili sekurang-kurangnya empat kali seminggu, menurut ulasan CNN Health.


Difahamkan, penyelidikan menggunakan data dari kajian Moli-Sani yang mempunyai sekitar 25,000 peserta di wilayah Molise di selatan Itali.





Kredit Foto: Unsplash




Licia Iacoviello, pengarah jabatan epidemiologi dan pencegahan di Neuromed dan seorang profesor di Universiti Insubria di Varese menjelaskan bahawa kelebihan cili telah disahkan melalui budaya makanan Itali.


Pasukan ini juga merancang untuk mengkaji mekanisme biokimia yang menjadikan cili baik untuk kesihatan manusia.


Tak hairanlah, kerana capsaicin yang terkandung dalam cili dikatakan efektif untuk melawan inflamasi yang membawa risiko penyakit jantung. Capsaicin juga membuatkan darah  berjalan lancar dan kerak lemak pada pembuluh darah tidak akan terbentuk. Cili mampu mengurangkan terjadinya penggumpalan darah jika diambil secara rutin.


Pakar-pakar memuji kajian yang dilakukan dengan beberapa batasan.

"Hubungan jenis ini menunjukkan bahawa cili mungkin hanya penanda untuk beberapa faktor pemakanan atau gaya hidup lain yang tidak diambil kira, tetapi untuk menjadi adil, ketidakpastian seperti ini biasanya terdapat dalam kajian epidemiologi, dan pengarang mengakui ini," kata Ian Johnson, penyelidik pemakanan di Quadram Institute Bioscience di Norwich, England.





Kredit Foto: Pixels





Manakala, Duane Mellor, ahli diet Sekolah Perubatan Aston di UK berkata, penemuan itu "menarik" tetapi "tidak menunjukkan kaitan sebab" antara penggunaan cabai dan manfaat kesihatan. Dia berkata, kesan positif penggunaan cili yang dilihat dalam kajian ini boleh dikaitkan dengan bagaimana lada digunakan dalam diet keseluruhan.


Nampaknya, penyelidikan ni akan diteruskan dengan lebih mendalam. Semoga berhasil.


Kalau nak ikutkan, dah banyak kebaikan cili yang kita dengar dan percaya. Malah, produk berasaskan cili juga telah berada di pasaran. Cuma nak pesan, dalam apa keadaan sekalipun bersederhana adalah pilihan yang terbaik. Jangan nanti bertambah pula penyakit lain. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
No wonder jantung aku sihat.. Aku makan cabai hari2
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Metabolism booster cili ni.. Bagus.. Tapi orang tak tahan pedas jangan over consumption pulak.. Bocor usus nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2019 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlebih cili pun tak elok jugak,  penyakit lain pulak timbul
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 03:10 AM | Show all posts
Tanpa cili hidup ai x bermakna..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:34 PM | Show all posts
Kalau terlalu banyak pun boleh memudaratkan takut akhirnya kena ulser sebab terlalu suka makan makanan yang pedas2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling x kuat pedas.. Kalo msk gulai lomak cili padi tu aku kira x 5 paling banyak 7 paling banyak.. Tp kalo blk kg mak aku.. X yah kira2 la mrh di mak saudara.. Segenggam dua blander buat gulai lomak cili padi.. Lps tu aku la yg naya nye.. Perut x tahan x tido mlm la keluar msk toilet..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.076214 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list