CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Noraniza_Iblis

Tiada bacaan Doa Qunut di negeri Perlis

  [Copy link]
Post time 27-2-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa sunat plak ek??sdgkn kalau trlupe kena wat sujud sahwi...hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2020 10:33 AM | Show all posts
Xim replied at 27-2-2020 01:52 PM
Kenapa sunat plak ek??sdgkn kalau trlupe kena wat sujud sahwi...hmm



Sunat muakkad (yang dituntut) mengikut mazhab Shafi'i, dan jikalau dari segi hukum sunat muakkad ni di bawah sikit dari wajib. Kalau tertinggal yang sunat muakkad (macam Qunut), disunatkan buat sujud sahwi (bukan diwajibkan).

Bagi Mazhab Hanafi, solat witir itu wajib, dan mengikut pandangan Hanafiyyah, wajib itu di atas sikit dari sunat muakkad, akan tetapi di bawah dari yang fardhu. Pandangan Shafi'iyyah pula wajib dan fardhu tu dikira sama.

Bila masuk bab hukum ni ada banyak masaail (permasalahan)  bersadarkan hukum yang di-istinbat (dikeluarkan) dari Al-Quran dan Hadith. Orang awam mungkin akan bertambah persoalan, jika tak mendalami kaedah-kaedah istinbat hukum.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 03:18 PM | Show all posts
persoalan persoalan  tentang :

okay ke tak baca qunut
okay ke tak baca surah
okay ke tak baca doa iftitah

adalah persoalan tentang fiqh ibadah dan teori tentang

PERKARA WAJIB / RUKUN SOLAT
ni harapnya kita semua ambil maklum , saya ingatkan diri saya sendiri juga



DAN JUGA TAHU perkara perkara  sunat  yg mana perkara2 sunat ini boleh terbahagi kepada  dua :

sunat haiah dan ab ad

sila rujuk thread ini
ya
https://mforum.cari.com.my/forum ... read&tid=462317
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 03:19 PM | Show all posts
hope this helps
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 06:25 PM | Show all posts
negeri perlis bukan aswj bahkan mereka wahabi jahil ilmu
pernah negara kita 1 ketika dahulu memberi bantuan pd palestin yg tingaal sekangkang kera
1 bulan ramadhan TAHUN ITU RAKYAT MESIA MEMBACA QUNUT NAZILAH tanpa henti
dan israel terkesan selepas dr itu
dan mereka mula merancang agenda mereka pd malaysia
peristiwa itu sebelum syria mula diserang...
tak nampak lagi bantuan dr segi doa...mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 10:13 AM | Show all posts
mast3rshad0w replied at 2-3-2020 06:25 PM
negeri perlis bukan aswj bahkan mereka wahabi jahil ilmu
pernah negara kita 1 ketika dahulu memberi ...

Qunut Nazilah beza dengan qunut Subuh bang oii.. Qunut Nazilah dibaca pada setiap waktu solat..


wahabi tetap qunut dan aminkan qunut dibelakang imam yang baca qunut subuh, takda masalah.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2020 04:49 PM | Show all posts
Kilokahn replied at 10-3-2020 10:13 AM
Qunut Nazilah beza dengan qunut Subuh bang oii.. Qunut Nazilah dibaca pada setiap waktu solat..
...

tawler qunut nazilah tu berbeza
dan perlis mmg tak baca doa qunut subuh la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 02:45 PM | Show all posts
byk perbezaan dlm mempraktiskan ibadah (spt qunut) disebabkan kepatuhan pecahan ummah kepada 4 mazhab.
kini begitu ramai cendiakawan islam, mufti2 berkelulusan PhD, kenapa tidak dibincangkan perbezaan antara 4 mazhab tersebut & dicari penyelesaian berdasarkan Quran, hadis, kajian?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2020 12:50 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 24-4-2020 12:52 PM
Decon replied at 23-4-2020 02:45 PM
byk perbezaan dlm mempraktiskan ibadah (spt qunut) disebabkan kepatuhan pecahan ummah kepada 4 mazhab.
kini begitu ramai cendiakawan islam, mufti2 berkelulusan PhD, kenapa tidak dibincangkan perbezaan antara 4 mazhab tersebut & dicari penyelesaian berdasarkan Quran, hadis, kajian?

1. Bukan tak ada perbincangan, isu ini melibatkan isu taqleed. Cuba buat kajian dan baca dengan mendalam pasal isu taqleed ni. Dan dalam isu taqleed ni berlaku dari zaman sahabat lagi, kerana bukan semua orang mujtahid (yang mampu keluarkan hukum dari Al-Quran dan Sunnah).
2. Kalau semua orang nak jadi macam imam mujtahid pula, dengan kefahaman yang rendah, makin banyak la pandangan2 dan cara-cara yang masing-masing rasa diri sendiri paling betul. Walhal para Imam Mujtahid (Imam-imam mazhab) merupakan orang yang pakar dalam bidang hukum, yang juga pakar dalam A-Quran dan Hadith.
3. Perbezaan yang berlaku antara sunat dan tak sunat. Bukan hal rukun. Isu sebegini diraikan, bukan diperbesarkan.



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 04:23 PM | Show all posts
mnm77 replied at 24-4-2020 12:50 PM
1. Bukan tak ada perbincangan, isu ini melibatkan isu taqleed. Cuba buat kajian dan baca dengan me ...

kenapa berlakunya perbezaan yang nyata? contoh: jika terlupa baca doa qunut, kena sujud syahwi. tak buat, solat subuh tak sah. bila diperhalusi, sujud selepas tahiyat akhir dh langgar rukun solat yg 13 tu.

kita tak boleh membuat andaian ahli keluarga & sahabat Rasul esp. khalifah rasyidin "melihat perlakuan Rasul" seperti org buta mengecam seekor gajah yang mana hasilnya adalah berlainan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 05:35 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 24-4-2020 05:37 PM
Decon replied at 24-4-2020 04:23 PM
kenapa berlakunya perbezaan yang nyata? contoh: jika terlupa baca doa qunut, kena sujud syahwi. tak buat, solat subuh tak sah. bila diperhalusi, sujud selepas tahiyat akhir dh langgar rukun solat yg 13 tu.


Setahu saya tidak terdapat perbezaan ini. Dari mana saudara ambil hukum ni? Dalam mazhab Shafi'i qunut dalam solat subuh tu sunat muaqqad. Kalau terlupa pun disunatkan sujud sahwi, bukannya kalau sujud sahwi terlupa jadi batal. Sebab asalnya sunat Qunut tu.

Tak terjadi pun langgar rukun solat, kalau lupa qunut dan juga lupa sujud sahwi.

kita tak boleh membuat andaian ahli keluarga & sahabat Rasul esp. khalifah rasyidin "melihat perlakuan Rasul" seperti org buta mengecam seekor gajah yang mana hasilnya adalah berlainan.

Yang saya nampak saudara ni macam KELIRU bab hukum Qunut, lalu buat analogi yang tak elok pula macam kenyaatan di atas.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 06:14 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 8-1-2020 11:21 AM
Kamu ulang cite lama la kilo..tadak yg baru

Rebranding je modernist..mcm keadilan..tp sme tu taik ...

dan puak extremist syafie pula dok serang tak abis2 puak lagi satu tuh sebab masih nak mendakap keKUASAan macam UMNO kan....

inilah masalah umat islam dan berlaku di middle east... masing2 guna ugama utk dapatkan kekuasaan

menda boleh bertolak ansur, buat apa nak bergaduh....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 04:49 PM | Show all posts
Edited by mast3rshad0w at 4-1-2021 04:51 PM

perbezaan 4 mazhab tu bukan masalah besar
kerana 4 imam tu semuanya ade sanad perjalaanan tarekat
yg mana mereka adalah ULAMA SUFI kalau nak tahu
kerana itu mereka itu IMAN TAQWA DAN AKAL MEREKA BERLAInan dr manusia yg tiada landasan tarekat
cuba tgk murid imam syafie ,iaitu imam ahmad hambali itu penghafal 1 juta hadis...
bila murid ade kelebihan 1 juta hadis, bermaksud gurunya adalah 10 kali ganda juta hadis
hubungan ruhaniah guru murid ni, adalah jalan sufi....murid akan membawa 30-40% bakat2 guru baik dari segi ilmu dan amal beserta backup2 dr dunia ghoib rijalullah sampai ke nabi agung muhammad saw....

inilah apa yg akal takleh capai, sptmana pelajaran kisah perjalanan musa as dan khidr...
halus tu....
bab2 ruhaniah yg tak mampu dimengerti oleh jasad, akal ,nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 04:57 PM | Show all posts
mnm77 replied at 2-1-2020 08:12 AM
Salam... bab ni memang agak mengelirukan kalau cakap ringkas.... Dalam hadith pun ada Nabi ber Qun ...


ramai manusia skang terrrlaaaalu jauh baik dari segi jarak masa
apatah lagi dgn landasan ilmu dan AMAL SEBENAR NABI SAW DAN SAHABAT
hanya ulama pewaris nabi sahaja yg tahu betapa teruk kejahilan umat skang
itupon ramai mudah2 nak sembang cakap ikut alquran hadis
senangkan ulama lama tidak dihormati, sedangkan IMAN DAN TAQWA MEREKA MELEBIHI org2 skang...
sbb tu ramai tidak tahu pengajian sifat 20 3 lapisan....apatah lagi nak mudah2 cakap
kena ikut mazhab jika tiada kefahaman dan amal ilmu sptmana org2 terdahulu
jgn ambil mudah...
jika tiada tahjud setiap mlm, zikir 3 jam...jgn sembanglah ikut alquran dan hadis,
terlalu jauh, apatah lagi tiada ilmu sptmana ulama terdahulu...
jauh sangkaan hayal akal....nak lawan nafsu berjaga bangun tahjud pun dah tak mampu
apatah lagi nak sembang ikut alquran dan sunnah nabi saw...
manusia semakin lalai lemah, dan amalan tidak menghasilkan nur iman...


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalammualaikum w.b.t.

Ini pula pandangan saya.
1) ikutilah imam dan apa yang dikerjakannya didalam solat.
2) ada qunut atau tidak, ibarat biasa atau tak biasa sahaja
3) bila ada pertanyaan perihal qunut atau tidak, terus bertanya imam yang terlibat.
4) bagi saya, media massa itu sebagai "last choice" tempat untuk bertanya "jika imam tidak mampu menjawab persoalan yang berkaitan". Boleh ikut urutan ini imam-mufti-media massa

Itu sahaja yang hendak dinyatakan disini. Tqvm


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 06:18 PM | Show all posts
keh keh keh

sembang pasal qunut lawan wahabi pun tergagap...
apalah nak didakwahkan agaknya...

Muhammad s.a.w buat masa perang...
hambali tak buat
shafie r.a buat setiap subuh..

tapi..kenapa di baca?
itu lah jawapan kepada persoalan buat at buat ni...
faham kenapa ianya di baca..maka fahamlah lu nak kena buat atau tidak..

Adapun sebagian besar ulama fiqih, berpendapat bahwa Qunut dilakukan hanya untuk musibah besar yang menimpa umat Islam


faham tak pandangan diatas?
jika faham, maka fahamlah kenapa nabi buat waktu perang..
dan kenapa shafie buat setiap subuh...

musim dan berubah...
samakah umat musim sekarang dengan umat musim nabi?
tapi lu orang asyik baca quran cari dalil...
siddiq dulu...baru Allah kurnia amanah pada diri tu....

keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2021 05:49 PM | Show all posts
lama dah Kak oi..

dan ada dah thread sebelum sebelum ni ttg ini d sub biard board agama sebelum ni

well

dia bukan satu masalah yg besar

back  to basic juga

sunat dalam solat kan terbahagi kepada dua haiah dan ab'ad.

so tak jadi hal pun perkara furuk macam ni.


ada beberapa hal lin yg Perlis ni different
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 2-1-2020 12:19 PM
Ko mmg kuo gua...perlis darul wahabi..tadak sambut maulidur rasul..tadak talkin..tadak doa lepas sol ...

Baru perasan thread ni & rasa nak baca. Komen2 awal tu sy baik sangka lg la dgn org yg tak tahu al kisah perlis & mufti dia. Dtg your posting I rasa nak shake hand dgn you. Bitter truth but mufti perlis mmg geng W. Mula2 Sy tahu Sy cari video dia kt YouTube nak sahihkan btl ke tak org dk claim dia W. Dgr2 tu mmg tak dpt dinafikan lg. Dan Dia pun sbb rujuk Ibnu Taimiyah sbg sumber ulama dia walhal Ibnu Taimiyah tu ulama kontroversi pd zaman dia. Mntk jauh la drpd W ni. Makan dalam diorang ni. Kesian bdk2 muda terjebak dlm ajaran diorang. Nak kenal diorang ni, diorang selalu ‘liberal’ kan sesuatu isu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 09:51 PM | Show all posts
hihahiha replied at 22-8-2021 03:46 PM
Baru perasan thread ni & rasa nak baca. Komen2 awal tu sy baik sangka lg la dgn org yg tak tahu al ...

berat sangat tuduhan tu.. saya ok saja dgn org yg digelar wahabi ni walaupun saya berpendapat mereka bukan wahabi. saya dengar penerangan dan ceramah mereka di ytube. bagi saya tak ada yg pelik pun. sekurang2nya kita org awam ni bila nak beramal ibadah tidaklah lagi pening nak ikut ustaz kata apa sbb macam2 ustaz, macam macam pula ajarannya. kalau kita berpegang dgn sesuatu yg ada dalil jadi kita lebih yakin dgn ibadah kita.

lagi satu kita tak lah menghukum org lain dgn mudah. dulu masa saya kecik2 saya ada jiran org pakistan. selalu nampak nenek jiran ni solat tapi nampak kaki sbb dia pakai baju tradisional dia ja. balik rumah terus tanya orang tua kita pula. mak saya kata, salah apa yg jiran tu buat, solat batal. tapi skrg saya tahu kalau ikut mazhab hanafi, kaki wanita tu bukan aurat... ini hal khilaf.. raikan sajalah.. imam hanafi pun ulama besar. apalah sangat kita ni nak kata dia salah ke apa. tapi saya sendiri pilih kaki tu aurat.. dan pakai ja stoking.

dan berbalah pasal qunut ni is so yesterday. nak baca qunut bacalah, tak mau baca toksah baca, kalau imam baca kita pun baca juga, imam tak baca toksahlah baca dan kalau nampak org solat subuh tak baca qunut chill ja lah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 6-9-2021 09:51 PM
berat sangat tuduhan tu.. saya ok saja dgn org yg digelar wahabi ni walaupun saya berpendapat mere ...

I’m not the only that labels him W. Ramai ustaz2 & ulama2 label dia sedemikian sbb dia bwk ajaran bertentangan dgn ASWJ. Tak percaya? Cari la kt YT. Sy tak kata dia tak blh diikuti & semua kata2 dia tak blh pakai. Cuma kalau kita ni blh bezakan antara org W & aswj kita tahu lah nak tapis nak mana baik yg mana buruk. Kalau org yg tak tahu, tak ke kesian diorang ikut Ustaz yg bg ajaran liberal. Bkn la semua benda dia ckp tak baik takleh ikut.

Contoh org Pakistan yg you bg tu perbezaan mazhab which is berlainan dgn geng W ni. Perbezaan mazhab hanya pd sudut fekah. Tp perbezaan aswj & W ni dari sudut tauhid, which is the fundamental basic in islam. Tauhid salah, maka terbatal la iman kita. Sbb tu ulama tentang hbs2 geng diorang.

My issue is with the W geng only. Qunut tu suka hati org muslim la nak buat ke tak. Sy pun dulu tak buat tp lama2 kesedaran dtg & sy buat sampai la skrg. Kita dk di Malaysia bermazhabkan Imam Syafie so kita raikan lah mazhab rasmi kita, bkn ikut mazhab org lain atau nak campur2 mazhab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.068165 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list