CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Noraniza_Iblis

Tiada bacaan Doa Qunut di negeri Perlis

  [Copy link]
Post time 26-9-2021 11:53 AM | Show all posts
hihahiha replied at 7-9-2021 08:51 AM
I’m not the only that labels him W. Ramai ustaz2 & ulama2 label dia sedemikian sbb dia bwk ajaran ...

Imam kagum dengan hujah kamu .

Cuma Imam keliru dengan kenyataan kamu berkaitan campur aduk mazhab.. kamu berkata tentang syafiee, Imam ingin bertanya.. zakat, urusan jual beli, pembankan Islam dan beberapa hukum terutama hukum musik di Malaysia ini, adakah ikut mazhab Syafiee ? ..

Tentang Qunut, Imam pernah singgah di bumi Perlis, Kerana lewat Solat Subuh di Masjid... Imam terlepas solat jemaah.. jadi Imam dan para Sohabah, kami solat kumpulan kami dengan bacaan Qunut... tiada seorang orang di masjid ketika itu memandang serong atau mengatakan bidaah kepada kami.. apa yang Imam faham, solat Subuh rasmi masjid di Perlis, tiada bacaan Qunut.. tetapi tiada larangan kepada sesiapa untuk membaca Qunut Subuh jika jemaah di luar waktu Solat Subuh rasmi di sana... jangan laa kamu berprasangka buruk terhadap benda yang kamu kurang mengerti atau faham, barangkali ia boleh menjadi Fitnah Besar dan memecah belahkan kesatuan ummah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 11:58 AM | Show all posts
BOLEHKAH saya delete thread ni kerana authornya penampilan noraniza iblis tu menunjukkan seorang yg rebel dan tidak hormat pd Tuhan dgn memakai nama demikian.....


sy nak elakkan normalisasi kepada orang orang yg melampaui batas begini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ImamKampong replied at 26-9-2021 11:53 AM
Imam kagum dengan hujah kamu .

Cuma Imam keliru dengan kenyataan kamu berkaitan campur aduk maz ...

Hukum hakam bab lain tu sy taknak komen sbb thread ni cerita psl qunut specifically. Kalau nak bahas bab lain bukak la thread lain. Dlm bab solat Malaysia ikut mazhab syafie jd, kita raikan lah mazhab ni dlm negara kita. Knp perlu nak berbeza dgn org lain? Sedangkan semua negeri di Malaysia ikut mazhab syafie tp perlis je taknak ikut, atas sbb apa? Bukan ke perbuatan ni yg memecah belahkan masyarakat?

Fekah lain yg you senaraikan tu sy taknak komen sbb luar bidang. Tp apa yg Sy belajar psl perbezaan mazhab ni kebanyakan dlm bab ibadat agama contoh cara wuduk , cara mandi wajib, cara istinjak etc. Wlpn cara berbeza, tp rukun tetap sama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:10 PM | Show all posts
hihahiha replied at 26-9-2021 12:24 PM
Hukum hakam bab lain tu sy taknak komen sbb thread ni cerita psl qunut specifically. Kalau nak bah ...

Kenapa kamu sempitkan dalam skop ibadat sahaja? sedangkan semua mazhab rangkumi semua... jika kamu hendak bicara tentang Qunut, perlu adil secara menyeluruh termasuk usul fiqh lain... Kamu canang tentang mazhab syafiee, tetapi ibadat ambil syafiee.. bab zakat ambil mazhab lain, pembankan Islam lain, jual beli lain ... jadi itu bercampur aduk...

Siapa cakap rukun sama dalam semua mazhab? kamu baca tentang rukun nikah atau  rukun solat sendiri berbeza ikut mazhab... tu Imam cakap kita jangan terlalu berprasangka buruk dan terlalu sempit kerana kita kurang ada ilmu...

Jika kamu benar mahu martabatkan mazhab Imam Syafiee.. ambil semua, tidak boleh campur aduk.. tetapi kurang setuju jika orang lain buat dan mudah label wahabi hanya kerana Qunut Subuh ... Adakah kamu hendak cakap pengikut mazhab Hanafi & Hambali adalah wahabi kerana tidak membaca Qunut Subuh ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ImamKampong replied at 26-9-2021 03:10 PM
Kenapa kamu sempitkan dalam skop ibadat sahaja? sedangkan semua mazhab rangkumi semua... jika kamu ...

Jap, awak ingat sy ckp mazhab2 yg lain tu sesat ke? Sy terima 4 mazhab ahli sunnah wal jamaah (Maliki, Hanbali, Hanafi & Syafie) tp sy tolak mazhab lain. Wahabi ni bkn aswaja pun & gerakan diorang tgh aktif memecah belahkan masyarakat lebih2 lg yg kurang ilmu agama. And tak perlu pun nak ckp sy berprasangka buruk. Sy dh penah gi umrah ikut solat jemaah dgn Imam masjidil haram. Takde sikit pun sy buruk sangka dgn diorang wlpn cara tu ada sikit berbeza tp rukun solat tetap sama.

FYI, ulama tak larang kita campur aduk mazhab tp jgn campur dlm 1 ibadat. Maksudnya, kalau kita solat cara Imam Syafie, ikut Imam Syafie secara keseluruhan. Bknnya time takbiratul ihram ikut Syafie tp time rukuk ikut Imam Hanafi. Yg ni jd makruh. So tak jd mslh nak campur aduk mazhab cuma kita kena lebih tahu & lebih peka ibadat mazhab syafie sbb itu mazhab rasmi negara kita. Sbb ni jgk ulama ambik keputusan utk ajar masyarakat 1 cara je supaya tak menjadi kekeliruan antara kita. Bila semua org nak ikut kepala masing2 jd mcm ni la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 04:03 PM | Show all posts
Edited by ImamKampong at 26-9-2021 04:07 PM
hihahiha replied at 26-9-2021 03:33 PM
Jap, awak ingat sy ckp mazhab2 yg lain tu sesat ke? Sy terima 4 mazhab ahli sunnah wal jamaah (Mal ...

Jadi apa bukti kamu berkata mereka Wahabi? kamu sendiri cakap berdasarkan tajuk thread ni yakni tidak ada bacaan Qunut di Perlis... secara tak langsung kamu cuba justifikasi golongan tidak baca Qunut Subuh adalah Wahabi...
  
Kamu pasti rukun solat di Tanah Suci adalah 100% sama dengan di Malaysia? .. Kamu boleh semak hukum bacaan bismillah di antara mazhab...


Kamu faham apa itu Wahabi? buku atau kitab Wahabi mana kamu baca untuk pastikan mana-mana golongan itu adalah Wahabi? Ulama mana yang cakap begitu yakni tidak boleh campur aduk bab ibadat? boleh kamu share nama atau sumber.. boleh Imam cross check untuk pastikan tiada unsur-unsur fitnah dan kepalsuan ..


Benda ini tiada isu di tanah Arab dan banyak tempat lain kerana mereka raikan and berilmu... jika kita rasa masyarakat kita tidak berilmu,tugas orang-orang agama dan sesiapa sahaja yang ada ilmu untuk kongsikan pada masyarakat agar hormat dan faham kenapa jadi begitu.. bukan memberi alasan kurang berilmu sebagai hujah konon pemecah ummah... punca pecah ummah adalah tidak berilmu dan golongan yang konon berilmu juga begitu tidak mampu menerima perbezaan pendapat, terus label orang lain secara tidak adil..

Imam tidak menuduh kamu berkata begitu... cuma Imam berkata kamu sendiri tidak faham perbezaan antara mazhab tetapi mahu label orang lain... kamu juga cakap ikut syafiee... tapi ikut mana kamu mahu ambil... jika orang lain ambil lain .. kamu label wahabi... untuk pengetahuan kamu, mazhab yang diiktirah Ahlul Sunnah Wal Jamaah bukan 4 sahaja... ada lain lagi.. cuma 4 ni paling popular dan ramai pengikut...   



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 10:51 AM | Show all posts
ussopp replied at 26-9-2021 11:58 AM
BOLEHKAH saya delete thread ni kerana authornya penampilan noraniza iblis tu menunjukkan seorang yg  ...

Secara umumnya kiota ketahui bahawa tidak boleh guna nama iblis dan seumpama.  Hukum guna nama iblis saya jumpa dari MUI yang ini:
Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Barat menyatakan haram hukumnya memberi nama sebuah produk dengan nama neraka, setan, dan iblis. Utamanya untuk produk makanan, minuman, obat-obatan, kosmetik, dan pakaian.

Alasannya dilarang di dalam Islam yaitu "Manhiy ‘Anhu".

"Kalau menyangkut hal-hal yang prinsip di dalam Islam terkait soal akidah seperti kata neraka, setan, iblis maka hukumnya haram," kata Ketua Umum MUI Sumbar, Gusrizal Gazahar dihubungi dari Padang, Minggu (29/9/2019).


Mengikut procedure CARI yang saya faham, kita boleh menasihatkan atau bertindak terhadap username sahaja.  Tidak sampai delete thread.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:58 AM | Show all posts
Saya sangat tertarik dengan kenyataan @hihahiha yang ini
Bknnya time takbiratul ihram ikut Syafie tp time rukuk ikut Imam Hanafi. Yg ni jd makruh.


boleh kah di perincikan cara
1- takbiratulihram shafie dan hanafi
2- ruku' shafie dan hanafi

atau kalau boleh dijelaskan satu persatu perbezaan cara berdiri, ruku', sujud, duduk kedua-dua imam?

Dan apakah hukumnya pula, mencampurkan cara solat imam-imam mazhab dengan cara solat diri sendiri?  Contohnya:  waktu menggerakan jari telunjuk semasa tahiyat.

Terima kasih sekiranya dapat dikongsikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mazhab2 ni buat umat bertelagah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
delsmomm replied at 2-1-2020 11:20 AM
jgn la terkejut..

kat perlis, talkin pun xde tau..

Aku suka style ni tkyah kenduri2
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:24 AM | Show all posts
salam

yang mengerti .. yang memahami ..
tidak ada isu ..
  • 4 mazhab satu pengadap
  • 4 kitab satu pendapat


wassalam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051520 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list