"Ada ramai owner produk kecantikan tengah push saya untuk jadi duta tapi saya tetap setia dengan produk ini walaupun tidak dibayar ribuan ringgit seperti artis lain."
Ketegasan pelakon Balkisyh Semundur Khan dilontarkan menerusi laman Instagramnya. Turun sebanyak 31kg kerana satu produk jus kurus membuatkan dia mahu berkongsi dengan semua orang mengenai rahsianya itu. Namun apabila ramai yang bertanya dan mahu turut menjual, pelakon drama bersiri Mok Cun ini menjelaskan yang setiap orang wajib menggunakannya barulah orang lain boleh percaya dan bukannya cakap kosong sahaja.
Malahan Balkisyh turut menegaskan yang dia bukannya duta jus tersebut sebaliknya mengeluarkan duit poket sendiri untuk mengamalkan produk itu. Ini kerana pemilik produk itu sendiri tidak membayar artis kerana kualiti produknya. Bagaimanapun dia tetap setia dengan produk yang merubah dirinya sekaligus menolak tawaran produk lain biarpun ianya sangat lumayan.
IG
Bagi Balkisyh, dia tidak mahu menipu pembeli dengan produk yang tidak pernah diamalkannya, jadi dia tetap setia dengan jus kurus sedia ada walaupun dalam masa sama dia perlu membeli produk tersebut.
IG
Selain itu Balkisyh turut berterus terang yang dia tidak mengamalkan sebarang suntikan kerana tidak mampu, sementelah lagi kulitnya yang sensitif dan hanya boleh menggunakan produk organik sahaja. Untuk siaran di laman sosial, dia terpaksa menyunting gambar jenama produk kerana mahu menjelaskan sendiri kepada mereka yang berminat. Apatah lagi, dia bukannya duta produk tersebut.
NO SPONSOR daripada owner produk. Kalau saya tak rasa produk tu bagus, saya tak akan maintain guna sampai sekarang walaupon harga dia boleh tahan 😅..baik saya amik dengan orang lain yang boleh offer & bagi say a FOC."
Dari 86kg ke 55kg
IG
Wah! bukan calang-calang perubahan Balkisyh ya, bukan sahaja kurus, kulit wajah pun nampak lebih berseri dari dahulu. Tapi katanya kena DM lah pula kalau nak tahu produk apa yang digunakan. Jadi, tunggu apa lagi, DM sahaja lah kan? - CARI
|