Kredit Foto - Instagram Sharnaaz Ahmad
Jenaka mengenai kereta terbang tular di media sosial ketika menyambut kehadiran tahun 2020 beberapa hari ini.
Ini kerana masyarakat pernah disogok dengan kabar angin kononnya akan wujud kereta terbang menjelang 2020 sebagai hasil kepesatan teknologi.
Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang menganggap jenaka kereta terbang pada tahun 2020 adalah satu perkara yang agak membosankan.
Perkara ini diluahkan menerusi laman Twitternya.
Menurutnya lagi, masyarakat harus berusaha untuk mencapai impian dan bukan menjadikan perkara itu sebagai bahan tawa.
"Troll kereta terbang tu agak membosankan, dari buat lawak pasal kereta terbang, baik pikirkan dan usahakan mimpi yang kita hajati itu terbang menuju kejayaan.
"Lets dream big rather make jokes of people dreams.
"p/s Car will fly, that is peoples dream too. Work it out geng," tulisnya.
Dulu projek kereta nasional dibangkang dan diperlekehkan kononnya tidak akan laku. Hari ini, Proton adalah satu entiti yang berjaya.
Begitulah juga kereta terbang yang menjadi bahan jenaka pada masa kini berkemungkinan menjadi kenyataan dan penting pada masa depan. - CARI |