CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: awefarr8

5G Stand Alone Malaysia?

[Copy link]
Post time 10-1-2020 05:30 PM | Show all posts
chocolate_lava replied at 10-1-2020 11:49 AM
I okey je.. selagi benda tu boleh bagi manfaat dekat kita smua teroskan.. lagipon TM lebih memilih s ...

yaya...5g standalone tm ni mmg baik dr pelbagai segi...walaupun tm perlu labur kos byk utk bina infra, tapi ia blh beri kelajuan internet yg cepat dan cekap...mmg berbaloi la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2020 09:52 PM | Show all posts
FirdausSah replied at 8-1-2020 05:13 PM
Kalau pasang 5G kan line akan jadi lebih bagus, jadi selesailah masalah line 4G yg slow kat kawasa ...

harap2 lah infra 5g stand alone tm tu dpt selesaikan masalah tu...
telco lain aq x berepe harap
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 11:07 PM | Show all posts
AshleyHui replied at 10-1-2020 05:30 PM
yaya...5g standalone tm ni mmg baik dr pelbagai segi...walaupun tm perlu labur kos byk utk bina in ...

aikk aku baca kata stand alone tu maksudnya guna infra sedia ada untuk 5g, ni kata bina infra...mana satu ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 12:50 PM | Show all posts
derickwell replied at 10-1-2020 09:52 PM
harap2 lah infra 5g stand alone tm tu dpt selesaikan masalah tu...
telco lain aq x berepe harap

Sebenarya kalau mereka kerja sekali gus tak payah bazir byk masa kan??
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 01:07 PM | Show all posts
reezalsdoter replied at 10-1-2020 11:07 PM
aikk aku baca kata stand alone tu maksudnya guna infra sedia ada untuk 5g, ni kata bina infra...ma ...

Kalau ada infra sendiri kan best ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 01:09 PM | Show all posts
jessyMin replied at 9-1-2020 11:34 PM
Betul ke ?
sebab aku guna TM juga so far ok lar
sometimes memang mcm tu je semua telko..tapi ken ...

Selain Coverage, lagi best infra sendiri dpt jadikan line tu cpt, dan quota yg banyak utk semua orang dpt guna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2020 01:44 PM | Show all posts
Jadi 5G ni boleh solve problem wireless yang tak stabil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 03:25 PM | Show all posts
Mr_MS replied at 11-1-2020 01:44 PM
Jadi 5G ni boleh solve problem wireless yang tak stabil ke?

line tu stable tak stable mesti slove kan, kalau tak solve tak akan jadi line yg berjaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2020 03:26 PM | Show all posts
sandylim8881 replied at 11-1-2020 12:50 PM
Sebenarya kalau mereka kerja sekali gus tak payah bazir byk masa kan??

Kalau Telco yg besar dpt kerjasama dan line tu mesti cpt dan best
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 03:29 PM | Show all posts
derickwell replied at 10-1-2020 09:52 PM
harap2 lah infra 5g stand alone tm tu dpt selesaikan masalah tu...
telco lain aq x berepe harap

Kita akan guna TM 5G suatu hari nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 10:47 AM | Show all posts
henrytan1234567 replied at 11-1-2020 03:26 PM
Kalau Telco yg besar dpt kerjasama dan line tu mesti cpt dan best

kalau diroang collab dgn tm, kan dah senang dah infra semua dah ada.. ini celcom dgn maxis pi collab mmg ape pon x bleh arr, infra tu kalau nk install bleh je tapi takut org dh nak buat 6G baru siap kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 10:49 AM | Show all posts
henrytan1234567 replied at 11-1-2020 03:29 PM
Kita akan guna TM 5G suatu hari nanti

tm pun elok dah sign memorandum dgn LADA yg pembangunan langkawi tu sbb nak guna 5g kt langkawi.. bnyak gak kes2 yg diorang testing kt sana, yg aku tgk smart city app ada dah.. https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/01/646172/tm-meterai-kerjasama-strategik-untuk-5gdp-di-langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 06:38 PM | Show all posts
Celcom dan Maxis berjaya uji 5G melalui perkongsian rangkaian akses radio

Celcom dan Maxis berjaya uji 5G melalui perkongsian rangkaian akses radio
Pencapaian yang memuaskan bagi tahap awal percubaan 5G MOCN ini menunjukkan daya maju untuk kos yang lebih efisien dalam penggunaan 5G di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Maxis Berhad (Maxis) berjaya menjalankan percubaan 5G Multi Operator Core Network (MOCN) pertama di Asia Tenggara dengan mencapai kelajuan puncak melebihi 1.1Gbps dalam persekitaran luar di tapak percubaan Langkawi, Kedah.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat telekomunikasi dalam merealisasikan pengalaman yang lancar dalam perkongsian aktif infrastruktur 5G.
Ini akan memberi manfaat dan melengkapi cita-cita 5G Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekali gus komitmen dalam melaksanakan inovasi terbaik kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia, menurut kenyataan bersama dikeluarkan, pada Rabu.

Percubaan yang berjaya ini susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara Celcom dan Maxis pada 25 November 2019 untuk menerokai perkongsian aktif 5G RAN pertama di Malaysia.
Melangkah ke hadapan, Celcom dan Maxis juga akan menjalankan percubaan perkongsian aktif RAN menggunakan rangkaian 5G Standalone (5G SA) pada suku pertama (Q1) 2020 akan datang.

MOCN merupakan mekanisme Perkongsian Rangkaian Radio (RAN) yang membolehkan dua rangkaian teras berlainan untuk berkongsi RAN yang sama.

Dengan menggunakan MOCN, Celcom dan Maxis dapat meluaskan liputan 5G di tapak sedia-ada dengan lebih cepat, seterusnya menunjukkan kebolehlaksanaan perkongsian infrastruktur 5G apabila spektrum diperuntukkan untuk kegunaan komersil kelak.

Ia juga menunjukkan keupayaan pelaksanaan serta ketangkasan kedua-dua pihak dalam menyahut kemajuan teknologi untuk pembangunan ekosistem digital negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi berkata pencapaian yang memuaskan bagi tahap awal percubaan 5G MOCN itu menunjukkan daya maju untuk kos yang lebih efisien dalam penggunaan 5G di Malaysia.

"Selaras dengan pengumuman spektrum oleh SKMM untuk 5G, kami bertekad untuk bekerjasama bagi prosedur terbaik untuk membina rangkaian 5G berkos rendah sambil mengelakkan duplikasi infrastruktur di samping terus menambahbaik rangkaian 4G," katanya.

Tambah Idham, itu akan memberi pengguna dan perniagaan pengalaman 5G yang lebih bernilai. Kerjasama dan inovasi antara perniagaan dengan teknologi 5G merupakan faktor kejayaan utama dalam pembangunan ekosistem digital negara dalam era IR 4.0.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, kami amat gembira dengan keputusan percubaan itu dan akan terus meningkatkan usaha kami dalam menyegerakan pelan pelaksanaan 5G.

"Kami amat teruja untuk menuai faedah perkongsian rangkaian yang membolehkan lebih banyak pelaburan untuk perkhidmatan demi pelanggan," katanya

Beliau berkata 5G akan memainkan peranan penting dalam menyediakan platform teknologi untuk perniagaan yang lebih cekap dan inovatif, justeru membantu pembinaan ekonomi digital yang lebih berdaya saing.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058267 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list