|
Hingga ke hari ini, masih menjadi teka-teki siapakah jejaka yang berjaya mencuri hati pelakon paling popular, Mira Filzah.
Antara khabar angin terbaru seperti yang dilaporkan MalaysiaKini, lelaki tersebut merupakan anak seorang ahli parlimen.
Foto: IG Mira Filzah
Sejak dia mengakui dirinya dalam proses mengenal hati budi seseorang, pelbagai spekulasi timbul termasuklah pengarah yang berharap Mira tidak terlalu awal menamatkan zaman bujang.
Menurutnya lagi, dia sedar lagi lama perkara ini disimpan, lagi banyak desas desus yang akan timbul dalam kalangan peminat.
Bukan dia tidak mahu dedahkan, namun Mira sangat menghormati permintaan kedua-dua belah keluarga yang tidak mahu perkara ini menjadi kecoh.
Dia juga tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan mana-mana pasangan juga pasti mahu melangkah ke alam perkahwinan apabila sudah tiba masanya.
Makin berdebar pula nak tahu siapa anak ahli parlimen yang berjaya mencuri hati Mira dalam diam. Beruntunglah lelaki tersebut! - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|