Baru-baru ini, sebuah telefilem bertajuk Mak Nak Peluk Boleh arahan Rashid Sibir yang dibintangi pelakon hebat Rita Rudaini telah ditayangkan di slot cerekarama di TV3.
Namun, yang menarik perhatian adalah kemunculan seorang lagi aktres iaitu Nasha Aziz. Selain bakat lakonannya yang tidak perlu dipertikaikan lagi, aktres itu masih mengekalkan kejelitaan beliau sejak era 90-an lagi.
Kredit foto: Hangat.com
Mungkin juga Nasha jarang sekali mengemas kini laman sosialnya membuatkan ramai peminat ternanti-nanti kemunculan aktres ini dalam mana-mana telefilem ataupun drama.
Meskipun sudah menginjak usia 49 tahun, model jelita itu lebih gemar memuat naik gambar promosi karya lakonan beliau seperti foto bersama rakan selebriti di set penggambaran.
Jaranglah kita lihat Nasha 'upload' swafoto atau gambar ahli keluarga.
Mengimbas kembali laporan BH Online sebelum ini, Nasha Aziz ataupun nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz itu mengakui bahagia bersendirian tanpa ditemani insan bernama lelaki.
Ramai peminat dan pengikut Nasha di media sosial merindui lakonannya dan memuji aktres itu sentiasa kelihatan awet muda walaupun sudah lanjut usia.
Apa-apapun, doakan yang terbaik untuk Nasha dan semoga berbahagialah hendaknya. Mana tahu, tahun ini tahun terakhir Nasha hidup membujang kan? - CARI