Musim kembali ke sekolah saban tahun dihiasi dengan gelagat dan kerenah anak-anak yang ada masanya lucu dan menghiburkan.
Bagaimanapun, bagai nak gugur jantung ibu bapa apabila menyaksikan sendiri anak nyaris menjadi mangsa culik pada minggu kedua sekolah kembali dibuka.
Ihsan Zainal menerusi Facebook berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya nyaris diculik individu tidak dikenali yang datang ke sekolah kononnya untuk menjemput kanak-kanak itu, semalam.
Kredit foto: FB Ihsan Zainal
Kebetulan ketika kejadian, isterinya berada di belakang individu terbabit dan terdengar dia menyebut nama anaknya yang diterbalikkan.
Mujur guru pantas bertindak dan menghalang individu berkenaan daripada meneruskan niatnya ekoran mengenali siapa ibu bapa kanak-kanak terbabit.
Kredit foto: FB Ihsan Zainal
Lantaran itu, Ihsan berpesan kepada orang ramai supaya peka dengan perkara itu dan elakkan daripada kerap berkongsi gambar dan perihal anak di media sosial. - CARI |