Menurut kajian oleh 89 saintis diseluruh dunia, bongkah ais di Greenland kini dilaporkan mencair sebanyak 7 kali ganda lebih pantas berbanding rekod pada tahun 90-an, lapor jurnal Nature.
SUMBER - BUSSINESSINSIDER
Pencairan ais itu merekodkan bacaan dua kali ganda pada setiap dekat, daripada 33 billion tan setahun pada tahun 90-an, kepada purata sebanyak 254 billion tan ais yang mencair kini.
foto: reddit.com
Sejak dari tahun 1992, lebih 4 trillion tan ais daripada Greenland telah memasuki ruang lautan, dan secara tidak langsung meningkatkan aras air laut sedunia sebanyak beberapa sentimeter.
Peningkatan aras air laut sebanyak beberapa sentimeter ini mungkin kedengaran sedikit, namun setiap 1 sentimeter air laut yang meningkat memberi kesan kepada 6 juta orang di seluruh dunia, seperti banjir dan bencana alam yang lain.
foto: Twitter
Pencairan ketul ais di Greenland ini juga menunjukkan kesan kepada pemanasan global yang terjadi masa kini.- CARI
Sumber: Nature
|