CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2841|Reply: 8

Mati-mati Ingatkan Rusuhan, Rupa-rupanya...

[Copy link]
Post time 11-1-2020 01:34 PM | Show all posts |Read mode

Foto Kredit: Pixabay




Walaupun 2019 sudah melabuhkan tirai dan 2020 menjelma, namun beberapa isu masih hangat diperkatakan.


Antaranya, kisah seorang pelajar jurusan perubatan yang memohon sumbangan secara maya bagi melunaskan yuran pengajian di Universiti Al-Azhar.


Ramai yang bersimpati. Tak kurang yang mengeji. Habislah kisah si pelajar dikorek dan dihebah. Ada yang berkata, pelajar tersebut siap pergi melancong sedangkan duit perlu disimpan untuk perkara lebih berfaedah.


Ekoran itu, seorang warga Malaysia meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada seorang teman yang juga merupakan penuntut di Mesir. Dia rasa sakit hati dengan tindakan kebudak-budakan pelajar itu.




Smber: Whataap






Temannya tidak melatah, malah menerangkan kesukaran pelajar-pelajar Malaysia di sana.



Sumber: Whataap








Tapi yang menariknya, isu ketidakpuasan hati berkaitan derma, bertukar ceria setelah melihat sebuah video yang berdurasi pendek yang telah dikongsi oleh temannya dari sana.


Video itu  seakan-akan memaparkan kekacauan yang sedang berlaku  di  Universiti Al-Azhar, Mesir.
Kalau dilihat, seolah pelajar-pelajar bertempiaran lari menyelamatkan diri, padahal mereka sebenarnya berlari untuk beratur di barisan paling hadapan pejabat  pendaftaran universiti.


Jangan terkejut kalau seawal jam lima pagi mereka sudah berkejar ke sana. Walhal pejabat tidaklah dibuka seawal itu.








Menurut temannya, bilangan pelajar yang ramai untuk jurusan tertentu menjadi pencetus fenomena ini. Katanya, sistem di sana tidak seperti di Malaysia.





Sumber:Whataap




Diharap, video ini dapat mengurangkan sedikit kemarahan warganet.


Nak salahkan pelajar sepenuhnya pun tak tergamak. Orang muda, bila lagi hendak menjelajah dunia. Namun, keseimbangan dalam berfikir perlulah ada bagi mengelak membebankan diri sendiri dan keluarga di kemudian hari. Tentukan dengan betul apakah matlamat dan sasaran ketika mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Kalau setakat nak nampak gah dan bersuka-suka, baiklah belajar dalam negara sahaja. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2020 08:55 AM | Show all posts
x pyh pusing ceter psl lain la... kte cter psl yuran x cukup byr pahtu blh g melancong plk. ape ko inga aku yg susah pyh bekerja ni ada mas ake nk travel sana sini? duit yg ada byk lg komitmen wey. ko yg study senang2 pegi jalan2 sana sini..

dh acap sgt baca kes pljr luar negara mtx duit utk byr pengajian. kenapa kita nk tlg yg luar negara je? ape ingat student IPT malaysia ni xde y kena tlg ke??? ke sb duk malaysia so x semenggah nk ditolong?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2020 01:32 PM | Show all posts
chinta89 replied at 12-1-2020 08:55 AM
x pyh pusing ceter psl lain la... kte cter psl yuran x cukup byr pahtu blh g melancong plk. ape ko i ...

Betul tu Chinta89. Semoga mereka lebih berfikir selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup.org cerita psl lain.dia pusing kot lain
Kalau ko mampu g melancong sepatutnye ko mampu byr yuran.ramaiiii lg yg dok dlm malaysia xprnah naik pon kpl terbang.mkn pon brcatu sbb nk teruskan bljr.
Org2 ni xmntak pon derma/sedekah

Jenis yg pndai2 spin cerita ni ada harapan jd menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 09:49 AM | Show all posts
itu je kesusahan dia

dia tak tau kot, kat sini orang beratur nak amek ptptn dulu pon dari 4 pagi beratur
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 11:32 AM | Show all posts
sedara mara aku pun ramai lg yg hidup susah
tu pun nk balajar dlm malaysia jerk
minta maaf la x dapek la menderma kt ko org yg pegi blajar jauh2 tu
bca pulak ko org bleh lg g melancong serata alam... lagi la aku x nak tolong
dlam malaysia pun aku x abis lg jalan2 nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2020 04:56 PM | Show all posts
aku igtkan kesusahan dia pada exam dia tu, mana tau susah tahap langit ke 7 dari pada uni2 lain yg ada kat planet bumi ni.


sekali kesusahan yg lebih kepada perangai manusia yg mcm sakai, hidup mcm takde system
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 12:14 PM | Show all posts
panjang sangat la nak baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2020 12:00 PM | Show all posts
haryatie replied at 13-1-2020 11:32 AM
sedara mara aku pun ramai lg yg hidup susah
tu pun nk balajar dlm malaysia jerk
minta maaf la x da ...

baru-baru ni aku benti kat rnr...dah lupa kat mana
ada budak tu mintak derma sebab nak belajar ke luar negara

anak aku ckp kat aku...
kalau dah tak ada duit, belajar je la dlm negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055663 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list