View: 8723|Reply: 63
|
Cetus kebimbangan: Video kaki dan tangan di klia sedang tidur
[Copy link]
|
|
Video kakitangan ‘tidur’ cetus kebimbangan pelancong sakit terlepas pemeriksaanNicholas Chung -
January 13, 2020 10:47 AM
Seorang lelaki tidur di meja, manakala rakannya menatap telefon bimbit, dalam tangkap layar video yang dirakam pada 26 Dis.
PETALING JAYA: Satu video muncul memaparkan seorang pengendali di pengimbas haba klia2 tertidur di meja, menimbulkan kebimbangan akan kemungkinan pelancong-pelancong yang menghidap penyakit berjangkit menyusup melepasi langkah-langkah yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan, di sebalik ketakutan mengenai wabak influenza dan polio di Sabah.
Video itu diambil pada 26 Dis, pada hari pegunjung musim cuti bergerak ke terminal klia2. Video itu juga menunjukkan seorang lagi kakitangan di ruang itu sibuk dengan telefon bimbitnya.
Pengimbas haba dipasang di lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengekang penyebaran penyakit berjangkit, membolehkan kakitangan menghalang mana-mana orang dengan suhu badan melebihi 37 darjah Celcius memasuki negara.
Minggu lepas, 2 kes polio baru dikesan di Sabah melibatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Kinabatangan dan seorang lagi berusia 8 tahun dari Sandakan.
Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesahkan kes-kes itu secara genetik berkaitan dengan strain virus polio yang dikesan di selatan Filipina. Ramai orang juga sedang dirawat kerana Influenza A, dan beberapa sekolah ditutup dan hospital melaporkan kekurangan ubat-ubatan virus selesema.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gitu le stok2 keje makan gaji buta nih
mohon pecat jah org2 mcm ni
ni mesti spesis masuk keje pakai kabel |
|
|
|
|
|
|
|
KKM lebih pentingkan menyaman perokok. masuk sampai ceruk tok kun.
yg buat kerja kat epot tak penah jengah. daily report pon takde kot.
duktur tak cukop takpa. janji tukang saman perokok cukup.
prrffthhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
ngantok ke kejenya tgk org lalu lalang saje? |
|
|
|
|
|
|
|
kann... lagi satu ni KLIA kot.... gaji takkan la biasa2 RM34 sebulan....memang makan gaji buta sungguh...
kalau takat di tempat lain yang bukan pelancong lalu masuk tu boleh la jugak ko nak tido ke apa kalau dah penat sangat...
|
|
|
|
|
|
|
|
yg main fon tu, tgh layan forum ke tu???
ramai yg berforum time waktu kerja kalau nak tahu tapi takleh sound, nanti mod2 semua sentap
maklum, kena geng sendiri, mengelupur la
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jcopy replied at 13-1-2020 04:21 PM
yg main fon tu, tgh layan forum ke tu???
ramai yg berforum time waktu kerja kalau nak tahu tapi ...
Entah2 itu reporter cari tengah cari gossip untuk publish artikel... Muahahahaha jahat meolssss |
|
|
|
|
|
|
|
keje la tu.. keje makan gaji buta |
|
|
|
|
|
|
|
maybe
maybe gak mod cari, tgh baca semua posting
mana satu nak pangkah, mana satu nak bagi kredit
dgn harapan dalat piala juara mod terbaik 2019/2020
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mampuusss la kena tatatertib ni
tido & main hp tak beragak dah
menjawab leerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Forummer mana lah tu tengah godek ci. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa staff tu pun meluat dah nak buat kerja bila dah bagi PRC masuk ramai sgt.
padan kan muka rakyat malaysia dpt menteri tak berapa cerdik. |
|
|
|
|
|
|
|
tido aku x pernah nampak lagi tapi kalau main hp tu mmg cnfrm..even yg scan bag pun main hp |
|
|
|
|
|
|
|
Baru dpt wasap tadi
Dah ada 1 kematian akibat influenza A kat daerah p.gudang, daerah aku duduk ni
Adik Nur Dinie Damia
Tapi lum nampak mana2 kenyataan rasmi dari men.kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai Tidur, Main Telefon Bimbit. KKM Jalankan Siasatan
Didakwa bermain telefon bimbit dan tidur di kaunter imbasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), dua pekerja pengendali pengimbasan terma kini disiasat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak memandang serius kejadian yang tular di media sosial itu.
Memetik laporan Harian Metro, dua pegawai tersebut sudah diberikan surat amaran dan tunjuk sebab.
Kredit foto: suara perak
Pihak kementerian juga sudah memberikan taklimat kepada semua petugas kesihatan yang menjaga kaunter.
“Ini bagi memastikan saringan serta pemantauan dijalankan dengan lebih efektif.
"Saya sudah menonton video yang ditularkan itu. Ternyata ia memberi satu perspektif yang tidak baik kerana tidur dan bermain telefon bimbit di kaunter berkenaan.
"Bagaimanapun saya tidak mengetahui keadaan sebenar. Jika kita bersangka baik mungkin pegawai yang sedang tidur itu sakit atau sebagainya. Namun tindakan pegawai yang bermain telefon bimbit itu tidak boleh diambil mudah,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan dua pegawai di kaunter imbasan terma sedang tidur dan bermain telefon bimbit ketika bertugas.
Masyarakat menyatakan rasa bimbang jika kemasukan pelancong asing tidak diawasi boleh membawa penyakit berjangkit kerana tidak disaring sebaiknya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit berjangkit tu sbb pati bkn kt klia sbb xde sape pantau pati2 tu vaksin ke bawak penyakit ke apa masuk malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|