View: 3852|Reply: 17
|
Kurung Anak Beruang, Zarith Sofia Berdepan Penjara Kalau Tak Bayar Denda RM27,00
[Copy link]
|
|
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Zarith Sofia untuk membayar denda RM27,000 kerana menyimpan dan mengurung seekor anak beruang matahari.
Kredit foto: BH Online
Menurut laporan Berita Harian, pemilik nama sebenar Zarith Sofia Mohd Yasin, 28, itu dijatuhkan hukuman berkenaan selepas bekas peserta program realiti 'Rockanova' terbabit menukar pengakuannya kepada bersalah ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula.
Bagi kesalahan menyimpan anak beruang matahari, mahkamah memutuskan hukuman denda RM20,000, manakala denda RM7,000 dikenakan bagi pertuduhan mengurung haiwan itu.
Zarith juga berdepan penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.
Penyanyi itu didakwa mengikut Seksyen 69(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa permit khas.
Manakala, bagi kesalahan mengurung anak beruang matahari itu di dalam premis yang tidak sesuai, Zarith dituduh mengikut Seksyen 86(1)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 86(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Foto: Facebook Ida Shareena
Menurut laporan, kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kediamannya di Sentrio Pandan, Jalan 3/76D, Desa Pandan, di sini, jam 8 malam pada 6 Jun tahun lepas.
Lapor BH, Zarith sebelum ini menerusi peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri memohon dikenakan hukuman denda memandangkan ia kesalahan pertama dan tidak mempunyai rekod lampau.
"Niat tertuduh hanyalah untuk menyelamatkan haiwan berkenaan dan tiada niat mendapatkan sebarang keuntungan," katanya yang memaklumkan haiwan itu dalam keadaan sihat ketika ditemui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Pegawai Pendakwa Jabatan PERHILITAN, Nazarudin Kamarudin bagaimanapun membantah rayuan itu dan memohon Zarith dikenakan hukuman berbentuk pengajaran kerana jenayah membabitkan hidupan liar adalah kesalahan yang dipandang serius. - CARI
BACA JUGA: Artis Wanita Ditahan Beruang Matahari Ditinggal, 'Menangis Minta Makan'
BACA JUGA: "Saya Tak Bela Beruang" - Artis Lain Aniaya Haiwan, Ara Johari Yang Kena MakiBACA JUGA: "Beruang Bukan Kucing Kurap" - Maya Karin Tak Setuju Simpan Beruang, Sharnaaz Suruh Sangka Baik
BACA JUGA: "Saya Sangka Anjing, Rupanya Beruang" - Zarith Sofia Jelaskan Dia Keliru Pada Ketika Itu |
Rate
-
1
View Rating Log

ni baru boleh dipanggil retis who are yousss |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nak selamatkan beruang tu dari apa bodo? Sah2 la itu haiwan liar tmptnya di dlm hutan bukannya dlm apartment. Bangang abadinya ko! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak memasal kena bayar rm27k + legal fees. Dia ni lah yg cakap dia ingatkan itu anjing. |
|
|
|
|
|
|
|
Hm dari kurung anak beruang, better sheols kurung iolsIols rela dan xkan hulur kepala luar tingkap. Promise
|
|
|
|
|
|
|
|
Victorioussss: Hm dari kurung anak beruang, better sheols kurung iolsIols rela dan xkan hulur kepala luar tingkap. Promise
sampai 2 kali kau send.. nak sangat kena kurung ke ni @Victorioussss |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 15-1-2020 01:55 PM
sampai 2 kali kau send.. nak sangat kena kurung ke ni @Victorioussss
Nak laa
Xzabar nk dibelai dlm sangkar |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.. nak tersembur yaqlioq aku baca tang xkn hulur kepala luar tingkap tuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
selamatkan?? mana dpt anak berung dlm bandor ni?? nipu je manjang retis ni.. agaknye 27k payment dari berapa drama ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tukar2 pngakuan ni baik dilempang la kepalanye pakai selipar kayu yg org pakai kt mesjit tu. Bebal. Nk selamatkan konon. Jumpa kt tepi highway ke anak beruang tu? Kalo betul nk selamatkan, xdenye ko letak dlm apartmen siap pakai sangkar kucing lagi. Xde plak ko report kat perhilitan. Ehh nape eh makin bnyk yg bodo arammjadah skrg ni. Perosak sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Hipsssturrrr nya nama loyer dia
Melayu spesis hybrid kah?
Semoga keduanya berjodohan. Sorang nama rare, sorang pulak ada hobi rare selamatkan anak beruang dgn kurung dlm sangkar kucing & dibiarkan dalam rumah sendirian berharian while dia berjimba pegi balik kampung |
|
|
|
|
|
|
|
beruang di sangkanya anjing tuk di selamatkan...kesian sgt mangkuk ni tak tau nak beza haiwan |
|
|
|
|
|
|
|
Sekalipun ko nak pura2 beruang tu anjing. Ape motif ko sbg seorang beragama Islam nak bela anjing dlm rumah? Nak menipu tapi nmpk makin bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Kurung vokuru xsalah sebab dia bukan haiwan liar |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh2 je terbang duit dekat 30k..banyak tu,dah boleh beli kereta cash sebijik..nak wat kenduri kahwin pon boleh.nak melancong keliling eropah pon boleh..tu lah,acah nak bela exotic pet tapi bengap..ko bela kucing jelah senang.ni orang kata takde pasal carik pasal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Serve her right! Kalau nak selamat, patutnya dh lama she report perhilitan bukannya kurung dlm sangkar ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|