Edited by natrahn at 23-1-2020 03:11 PM
Kadang-kadang, kita teringin nak buat kek sendiri tapi tak ada ketuhar pula untuk membakarnya. Jangan bimbang. Tiada ketuhar, tiada masalah!
Ada sesetengah kek yang tidak memerlukan anda untuk menggunakan ketuhar langsung, seperti kek keju.
Kalau anda ingin cuba buat kek keju yang mudah dan tak perlu dibakar-bakar, ikutlah resipi kek keju mudah ini.
Kek Keju Baldu Merah Tanpa Bakar (Red Velvet Oreo Cheesecake)
Bahan-bahan bes Oreo
- 1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
- 3 sudu besar mentega (dicairkan)
Bahan-bahan krim keju
- 500 gram krim keju
- 200 ml krim putar
- Krim putih Oreo
- 2 sudu besar jus lemon
- 3 sudu besar gula kastor
- 1 sudu besar serbuk gelatin
- 2 sudu besar air
- 1/2 pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)
Cara membuatnya:
- Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya.
- Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk.
- Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati.
- Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6" dan tekan sehingga mampat.
- Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
- Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul.
- Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan.
- Seterusnya, gabungkan gelatin dengan air suam.
- Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati.
- Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit.
- Masukkan adunan krim keju ke atas bes Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda.
- Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Sedia untuk dihidangkan. Rasa krim keju dengan biskut Oreo Red Velvet memang ngam. Tidak cukup nikmati sepotong sahaja!
Bagai kena dengan tema merah sempena Perayaan Tahun Baru Cina, marilah kita sama-sama mencuba. - CARI
|