"Vape is much better than cigarattes konon, have some knowledge on this please."
Wah! Bunyinya marah betul pelakon Nina Iskandar di laman IG Story. Rupa-rupanya dia meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir individu yang menghisap rokok elektronik (vape) berdekatan dengan orang ramai. Sikap mementingkan diri ini lah yang akan membahayakan nyawa orang ramai terutamanya pada bayi yang tidak mempunyai apa-apa antibodi.
Bagi Nina, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, tetapi bila berlaku situasi ini, semuanya jadi huru hara kerana ada penghisap vape beranggapan rokok elektronik itu sendiri selamat berbanding rokok. Segala-galanya ditulis di Instagram Stories.
IG
"Kita yang mengandungkan dia sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan dia, senang-senang je orang sekeliling nak dedahkan dia dengan asap rokok dan vape."
Walaupun vape dikatakan lebih baik berbanding merokok, ia tetap kata Nina membahayakan kesihatan pengguna dan individu sekeliling. Ini kerana kesannya kepada mereka yang terhidu tetap membahayakan kesihatan. Jika sikap sambil lewa ini berterusan, akan terjadi perkara yang lebih buruk seperti bayi terkena penyakit lelah dan sebagainya.
ig
"Tolonglah berilmu sedikit. Sedari bahawa ia tetap membahayakan kesihatan. nanti apabila bayi terkena asthma atau perkara lebih buruk baru menyesal. Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati!"
ig
Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqi.
Bukan Nina seorang ja mengalami masalah ni, rata-rata ibu bapa turut berhadapan situasi sama. Jadi, buat perokok dan juga yang menghisap vape, eloklah jauhkan diri anda daripada orang ramai. Cari tempat yang lebih sesuai untuk aktiviti tersebut. Maklumlah kes 'second smoker' di hospital sekarang makin meningkat, jadi mencegah lebih baik dari merawat ya.- CARI
|