Kisah buli tidak pernah berakhir dan akan berterusan jika tindakan tegas tidak diambil.
Terbaharu, seorang kanak-kanak tahun 1 telah dicucuk matanya oleh rakan sekelasnya dengan pensil warna menyebabkan anak mata mangsa bertukar menjadi hijau.
Twitter
Malahan, ia bukan kes pertama kerana ia dilakukan sejak mereka di taska lagi.
Menurut warganet bernama Violet ini, kejadian yang berlaku terhadap sepupunya itu kritikal kerana perlu melalui pembedahan. Ini disebabkan pensil warna tersebut telah merosakkan saraf anak mata mangsa.
Setakat artikel ini ditulis, keluarga mangsa masih menunggu laporan perubatan mengenai keadaan mangsa sama ada boleh pulih atau keadaan menjadi lebih teruk iaitu hilang penglihatan.
Bagaimanapun, ramai warganet bersetuju supaya menyaman keluarga tersebut. Alasan bahawa budak tersebut hanya tinggal dengan pengasuh (kerana ibu bapanya sibuk meniaga) tidak boleh dibiarkan.
Seterusnya ramai warganet turut berkongsi pengalaman adik mereka dibuli. Ada yang diseterika, dijatuhkan kerusi dan sebagainya.
Twitter
Bukan hanya ibu bapa kanak-kanak sepatutnya dipersalahkan. Pihak sekolah seharusnya bertanggungjawab mengendalikan kes sebegini. Jangan tutup mata sebelah sahaja, kelak ia lebih parah kerana orang lain pula yang akan menjadi mangsa.-CARI
|