CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11973|Reply: 58

Di mana Allah ?

[Copy link]
Post time 3-2-2020 04:41 AM | Show all posts |Read mode


In this connection, a hadith has been related by Malik in his Muwatta' and by Muslim in his Sahih, that Muawiya ibn al-Hakam came to the Prophet (Allah bless him and give him peace) and told him, "I am very newly from the Jahiliyya, and now Allah has brought Islam," and he proceeded to ask about various Jahiliyya practices, until at last he said that he had slapped his slave girl, and asked if he should free her, as was obligatory if she was a believer. The Prophet (Allah bless him and give him peace) requested that she be brought, and then asked her, "Where is Allah?" and she said, "In the sky (Fi al-sama)"; whereupon he asked her, "Who am I?" and she said, "You are the Messenger of Allah"; at which he said, Free her, "for she is a believer" (Sahih Muslim, 5 vols. Cairo 1376/1956. Reprint. Beirut: Dar al-Fikr, 1403/1983, 1.382: 538).

Imam Nawawi says of this hadith:



This is one of the "hadiths of the attributes," about which scholars have two positions. The first is to have faith in it without discussing its meaning, while believing of Allah Most High that "there is nothing whatsoever like unto Him" (Qur'an 42:11), and that He is exalted above having any of the attributes of His creatures. The second is to figuratively explain it in a fitting way, scholars who hold this position adducing that the point of the hadith was to test the slave girl: Was she a monotheist, who affirmed that the Creator, the Disposer, the Doer, is Allah alone and that He is the one called upon when a person making supplication (du'a) faces the sky--just as those performing the prayer (salat) face the Kaaba, since the sky is the qibla of those who supplicate, as the Kaaba is the qibla of those who perform the prayer--or was she a worshipper of the idols which they placed in front of themselves? So when she said, In the sky, it was plain that she was not an idol worshipper (Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi. 18 vols. Cairo 1349/1930. Reprint (18 vols. in 9). Beirut: Dar al-Fikr, 1401/1981, 5.24).

So what your vote?

Single Polls, Total 14 Users voted View Voters

Poll is finished

50.00% (7)
42.86% (6)
7.14% (1)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2020 03:34 PM | Show all posts
Di atas Arasy Nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 03:43 PM | Show all posts
Tajuk: "'Arasy Adalah Simbolik Bagi Ilmu, Kemuliaan, Kebesaran Dan Kerajaan Allah Swt Semata-Mata"?

Tidak ada mufassir yang menafsirkan 'Arasy hanya sebagai simbolik bagi ilmu, kebesaran, kemuliaan atau kerajaan Allah Swt semata-mata. Yang sahih 'Arasy adalah satu makhluk yang paling besar, paling atas dan paling tinggi di antara semua makhluk.

Imam ath-Thabari ketika menjelaskan ayat al-Quran: "Dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat melingkar di sekeliling 'Arasy, bertasbih sambil memuji Tuhannya lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan 'Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam'." (Qs. Az-Zumar 39: 75)

Beliau berkata: "Dan yang dimaksudkan dengan al-'Arasy adalah as-sarir (singgahsana). (Tafsir ath-Thabari, 24/37-38)
[Ruj: Arasy Allah, hlm. 16. Terbitan: al-Mihrab]

Imam Ibnu Katsir berkata: "Sesungguhnya 'Arasy adalah singgahsana yang memiliki tiang-tiang dan laksana kubah bagi alam semesta. Kewujudannya menjadi atap bagi seluruh makhluk." (Al-Bidayah wan Nihayah 1/12)
[Ibid, hlm. 17-18]

Mentakwilkan 'Arasy Allah Swt sebagai ilmu, kebesaran, kemuliaan atau kerajaan Allah Swt Semata-mata hanyalah takwilan golongon pengecut di zaman ulama salaf. Mereka mahu lari daripada menjisimkan Allah -menurut sangkaan mereka- jika mengisbatkan Allah Swt beristiwa' di atas 'Arasy (singgahsana). Tetapi mereka tidak berani untuk mentakwilkan Istiwa' sebagai Istaula. Kerana mentakwilkan Istiwa' sebagai Istaula jelas menyerupai takwilan kaum Jahmiyyah yang dikafirkan ulama salaf, maka mereka mentakwilkan 'Arasy sebagai Ilmu, Kerajaan dan lain-lain.

Jika 'Arasy hanya sekadar simbolik bagi ilmu, kebesaran, kemuliaan atau kerajaan Allah Swt, bagaimana untuk menafsirkan ayat-ayat tentang malaikat pemikul 'Arasy?

Daripada Jabir bin Abdullah Ra; Rasulullah Saw berdabda:

"Aku telah diberi izin menceritakan tentang sosok malaikat daripada malaikat Allah yang bertugas membawa 'Arasy. Sesungguhnya jarak antara hujung telinga dengan bahunya adalah perjalanan tujuh ratus tahun."
(HR. Abu Daud, no. 4102)

"Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan 'Arasy tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu."
(Qs. Al-Haqqah 69: 17)

Adakah ini akan ditafsirkan bahawa malaikat memikul ilmu, atau kebesaran atau kemuliaan Allah Swt? 'Arasy adalah makhluk Allah Swt, adapun ilmu, kebesaran dan juga kemuliaan adalah sifat Allah Swt. Layakkah malaikat sebagai makhluk menanggung sifat ilmu, kebesaran dan kemuliaan Allah Swt? Dan jika 'Arasy ditakwilkan sebagai kerajaan pula, adakah kerajaan Allah Swt hanya dipikul oleh lapan malaikat?

Dan juga terdapat riwayat yang jelas mengabarkan bahawa 'Arasy Allah Swt memiliki tiang. Nabi Saw bersabda:

"Manusia semua akan mati pada hari kiamat lalu aku orang pertama yang sedar (dihidupkan semula), di hadapanku ada Nabi Musa As yang sedang memegang salah satu daripada tiang 'Arasy. Aku tidak mengetahui adakah dia lebih dahulu sedar (dihidupkan) sebelum aku atau dia termasuk orang yang dikecualikan daripada kematian saat kegoncangan hari kiamat."
(HR. Bukhari, no. 3146)

Adakah ini pula akan ditafsirkan bahawa ilmu, kebesaran, kemuliaan atau kerajaan Allah Swt memiliki tiang? Ataupun akan ditafsirkan bahawa Nabi Musa As memegang tiang ilmu, kebesaran, kemuliaan, atau tiang kerajaan Allah Swt?

Dan bagaimana pula dengan ayat:

"Dan adalah 'Arasy-Nya di atas air."
(Qs. Hud 11: 7)

Adakah akan ditafsirkan bahawa ilmu, kebesaran, kemuliaan dan kerajaan Allah Swt di atas air?

Jelaslah bahawa mentakwilkan 'Arasy Allah Swt akan menatijahkan penafsiran yang batil. Dari penafsiran yang batil akan membawa kepada tafsiran batil yang lain untuk menyelaraskan dengan takwilan dan tafsiran batil yang awal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 03:51 PM | Show all posts
Istiwa' ALLAH di atas Arasy adalah sahih, sabit dlm wahyu secara qat'ei. Mengingkarinya atau mentakwilnya adalah kufur riddah mengeluarkan seseorg dari Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2020 05:07 PM | Show all posts
Imam  Abu Hasan As'ari rahimahullah berkata

"Maafkan kesilapanku kerana mendakwa Allah SWT tidak bertempat dan menyalahi SALAFI.Mulai hari ini jangan ikut pegangan salah aku dan peganglah dengan akidah SALAFI .Benar kata Imam Malik rahimahullah Allah itu berada di atas arasy dan mentakwilnya adalah BIDAH dan tidak mempercayainya adalah KAFIR "

Al Fatihah buat rahimahullah



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2020 05:12 PM | Show all posts
Ketika Nabi SAW pulang dr isra; Mi'raj dan bercerita ttg perjalanan ke Baitul Muqaddis,org Mekah bertanya Abu Bakar as Siddik r.a

"kau percaya Mohamad pergi Baitul Muqaddis malam balik Subuh ?"

Abu Bakar menjawab "Kalau Mohamad yang berkata,jangankan Baitul Muqaddis,hujung dunia pun aku percaya"

Itulah kisah Abu Bakar digelar as Siddik .

Kisah Isra; Mikraj jelas bahawa Nabi Mohd SAW ke Arasy bertemu Allah SWT tanpa perantaraan .

Ketika Musa A.S memohon bertemu Allah SWt tanpa perantaraan,Allah perintahkan Musa menaiki gunung ....

Bacalah kisahnya dalam Quran .

Quran diturunkan untuk dibaca.difahami,diamalkan,disebarkan dan dijaga amanahnya hingga kiamat.

Bukan dijadikan koleksi dalalm rak rumah dan pejabat .

Terima kasih


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2020 05:45 PM | Show all posts
nak pelajari alquran dan hadis, wajib ade mursid, merbahayaa tiada suluhan guru...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 03:07 PM | Show all posts
sangat bahaya implikasi poll macam ni sebab Aliran ASWJ dah sepakat dalam ha ni dalam hal di mana ALLAH
tolonglah jgn buat poll mcm2 ni.


kalau terkene yg jahil maka siapa yg nak tanggung.

rata rata yg faham Islam dah tahu dah ALLAH itu dengan sifat- sifat_NYA dah boleh jawab soalan tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2020 09:45 PM | Show all posts
Terjemahan Fi Assama disebutkan "In the sky" boleh jadi mengelirukan.  Di dalam terjemahan Al-Quran bahasa inggeris disebutkan "heavens". Terjemahan bahasa melayu "langit".
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 11:40 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 9-3-2020 11:57 AM

Salam....

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi beberapa potong ayat Al-Quran berkaitan hal ini... walaupun bebenang berkaitan tajuk ni dah ada,  akan tetapi bebenang tersebut dah lama dan telah mendap ke bawah....

Berkaitan dakwaan:



TANPA melakukan sebarang TAKWILAN, lihat ayat-ayat Al-Quran berikut juga:

وَهُوَ ٱللَّهُ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَفِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ يَعۡلَمُ سِرَّكُمۡ وَجَهۡرَكُمۡ وَيَعۡلَمُ مَا تَكۡسِبُونَ
Dan Dia lah Allah di langit dan di bumi, Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan, dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan (Al-An'am, 3)

يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Al-Hadeed, 5)


Dalam Al-Quran itu sendiri, ada ayat al-quran menyatakan Allah di langit, Allah di bumi, Allah di mana-mana saja kamu berada. Justeru hal ini di luar akal fikiran manusia tentang keberadaan Allah secara Zat. Para salafus soleh tidak membincangkan hal ini, justeru yang terbaik kita juga tidak membincangkan hal-hal berkaitan Zat Allah, apatah lagi menyesatkan orang lain berdasarkan beberapa ayat al-quran, tanpa melihat ayat-ayat yang lain.

Tidak wajar pihak yang melihat ayat "Allah Istiwa 'ala Al-Arsh" mengambil maksud secara zahir sebagai tempat Allah di langit, lalu menolak ayat-ayat di atas pula, atau terpaksa membuat takwilan, sedangkan Istiwa itu pun Imam Malik (Rah) TIDAK buat takwilan!

WAllahu a'lam






Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 12:10 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 9-3-2020 12:14 PM


Dah jelas syarah An-Nawawi yang ditepek dalam post pertama:

So when she said, In the sky, it was plain that she was not an idol worshipper

Maksudnya Allah di Langit tu membawa makna dia mengaku sebagai orang yang beriman, bukannya penyembah berhala yang menyembah berhala-berhala yang berada di bumi. Konteks jawapan hamba perempuan tersebut BUKANLAH bermakna Allah di Langit tu tempat Allah secara Zat, bila dia ditanya 'di mana Allah'?

Imam  Abu Hasan As'ari rahimahullah berkata

"Maafkan kesilapanku kerana mendakwa Allah SWT tidak bertempat dan menyalahi SALAFI.Mulai hari ini jangan ikut pegangan salah aku dan peganglah dengan akidah SALAFI .Benar kata Imam Malik rahimahullah Allah itu berada di atas arasy dan mentakwilnya adalah BIDAH dan tidak mempercayainya adalah KAFIR "

Al Fatihah buat rahimahullah

Macam tak berapa betul copy paste yang ni. Sebabnya:

Kumpulan 'salafi' ni kumpulan yang timbul zaman sekarang (yang jauh terkemudian) yang mereka mendakwa ikut para salafussoleh. Mana mungkin Imam Abu Hasan menyalahi 'salafi' zaman sekarang?

Imam Abu Hasan sendiri lebih salaf dari 'salafi' zaman moden sekarang.... hmmm...

Sama juga dalam internet, pun ada kenyataan Sheikhul Islam Ibnu Taymiyyah bertaubat dari aqidah yang salah. Kita kena tabayyun (periksa, selidik) dan berhati-hati dengan kenyataan-kenyataan yang diambil dari internet berkaitan tokoh-tokoh agama sebab aliran yang tak suka tokoh-tokoh tertentu biasanya akan menyerang dengan kenyataan-kenyataan memburukkan tokoh-tokoh tersebut...

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:18 PM | Show all posts


Penjelasan berkaitan Hadith Jariah


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 10:46 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-3-2020 03:07 PM
sangat bahaya implikasi poll macam ni sebab Aliran ASWJ dah sepakat dalam ha ni dalam hal di mana AL ...

ramai tak mengaji ilmu sifat 20 akan jadi keliru
ataupun tak mengaji kitab syeikh ahmad alfathoni iaitu faridatul faraid...
atau tak mengaji ilmu dari ulama sufi Pak Da eil Mekah...

orang skang suka berdalil tapi SUMBER TIADA BERSANAD WASILAH DARI MURSID YG SAMPAI PD NABI SAW...
maka, kekeliruan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 10:49 AM | Show all posts
mana boleh bandingkan kenyataan yg nabi saw tanya pd seorg budak di zaman itu
dengan SEORANG LELAKI DEWASA YG CUKUP MATANG SEMPURNA SIFAT AKAL DAN AGAMANYA...

mana bole bandingkan pengorbanan seorang ibu yg bersalin membesarkan anak dgn seorg ayah...

mana bole bandingkan penat lelah seorg CEO dgn operator...
sbbtu suruh mengaji cari guru mursid supaya mengerti bab HATI AKAL NAFSU JIWA ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 11:53 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 12-4-2020 11:56 PM
Kilokahn replied at 3-2-2020 03:51 PM
Istiwa' ALLAH di atas Arasy adalah sahih, sabit dlm wahyu secara qat'ei. Mengingkarinya atau mentakwilnya adalah kufur riddah mengeluarkan seseorg dari Islam

Kamu berhukum mengeluarkan seseorang dari Islam dengan kenyataan di atas. Dengan menggunakan kenyataan KAMU SENDIRI, saya amat khuatir kamu menghukum diri kamu sendiri TERKELUAR dari Islam tanpa kamu sedar.
Bagaimana?

Begini saya jelaskan....

Ahli Sunnah wal Jama'ah secara jumhur berpegang kepada aqidah Allah tidak bertempat, yakni Allah tidak dihadkan kepada tempat tertentu kerana tempat itu merupakan ciptaan Allah (ciptaan Allah merupakan makhluk). Atas kekuasaan Allah, maka sesuai dengan keagungan Allah, jika Allah memberitahu kita Allah di Langit, di Bumi, di mana-mana saja kita berada, lebih dekat dari urat leher, di atas Arasy yang Mulia, semua ini Ahli Sunnah beriman dengannya, tiada masalah pun kerana Allah tidak dihadkan pada tempat-tempat.

Sebaliknya jika kamu hanya percaya Allah itu tempatnya di langit kerana ambil makna zahir ayat Al-Quran tertentu, maka sudah tentu kamu
MENG-INGKARI ayat Allah yang menyatakan Allah di Bumi, Allah di mana-mana saja kamu berada, Allah lebih dekat dari urat leher. Atau setidak-tidaknya kamu terpaksa MENTAKWIL ayat-ayat tersebut sebagai bukan Allah, tetapi malaikat, atau ilmu.... sedangkan kamu sendiri yang buat ketetapan sesiapa yang INGKAR atau TAKWIL, adalah kufur riddah mengeluarkan seseorg dari Islam

Jadi adakah kamu INGKAR atau TAKWIL ayat-ayat berikut:

وَهُوَ ٱللَّهُ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَفِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ يَعۡلَمُ سِرَّكُمۡ وَجَهۡرَكُمۡ وَيَعۡلَمُ مَا تَكۡسِبُونَ
Dan Dia lah Allah di langit dan di bumi, Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan, dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan (Al-An'am, 3)

يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Al-Hadeed, 5)




Ahli Sunnah tiada masalah beriman dengan ayat Istiwa Allah di atas Arasy, sesuai dengan penjelasan Imam Malik (Rah.A). Tidak ambil secara zahir, tidak juga memperinci dengan takwilan.

Ayat-ayat berkaitan dengan Zat Allah, merupakan ayat mutasyaabihat. Ayat-ayat sebegini tidak diambil dengan makna zahir, tidak juga ditakwil. Cukup beriman dengan ayat tersebut dan serahkan pada Allah akan hal-hal yang kita tak tahu. Namun memang ada sebahagian Ulama membuat takwilan untuk menjelaskan hal berkaitan Aqidah ketuhanan, oleh kerana ada juga tokoh ilmuan yang ambil makna secara zahir yang boleh menyebabkan permasalahan dari segi Aqidah.

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 12:26 PM | Show all posts
ilham ladunni dan ayat mutasyabihat hanya layak diterjemah oleh sufi arifbillah
yg telah sempurna fana baqabillah nya beserta musyahadah dan mukasyafahnya

manusia biasa yg belum suci bersih dari najis2 nafsu amarah lawamah mencela keji
belum dibawa masuk ke dalam wilayah lapisan fana
belum memahami hakikat2 wilayah diri nafsu akal ruhaniah..

tahu maseh belum sebenar KENAL...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2020 03:29 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 25-4-2020 03:32 PM

Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2020 04:19 PM | Show all posts
Mulanya mereka menafikan Allah di langit dan akhirnya mereka mengagungkan, memohon serta menyembah makhluk dan mayat di bawah bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2020 04:21 PM | Show all posts
Ijmak Salaf telah dinukilkan oleh Imam Al-Bukhari bahawa Jahmiyyah adalah Kuffar, ia juga fatwa lebih 500 orang Ulama Salaf,tidak boleh solat di belakang mereka,tidak dinikahi,tidak diziarahi & tak dimakan sembelihan mereka!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2020 04:31 PM | Show all posts
Selain akidah Syiah dan Jahmiyyah, akidah " Allah wujud tidak bertempat " dengan maksud bagi menafikan sifat ketinggian Allah secara mutlak atas makhluknya juga merupakan leluhur falsafah Hindu. Falsafah Tuhan tak bertempat inilah akhirnya akan membuka jalan kepada keyakinan berikut:

- Tuhan itu tiada
- Tuhan itu dimana-mana
- Tuhan itu sendiri adalah alam ini (wahdatul wujud).

Ikutilah akidah Al-Quran, Al-Sunnah serta kefahaman Para Sahabat Nabi yang menetapkan Allah tinggi di atas makhlukNya, beristiwa' di atas ArasyNya terpisah dengan makhlukNya, Ilmu dan pengetahuanNya di mana-mana. Jangan ikut falsafah Hindu, Syiah dan Jahmiyyah!

“ Sesungguhnya pada permulaan dunia ini ialah Brahma, Maha Tunggal- tanpa batas ke timur, tanpa batas ke selatan, tanpa batas ke barat, tanpa batas ke mana-mana arah sekalipun. Memanglah bahawa baginya timur dan arah-arah lain tidak wujud, melintang pun tidak, di bawah pun tidak, di atas pun tidak.” -Upanishad-





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081536 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list