Mohonlah kepada semua pengunjung di Taman Empangan Putrajaya dapat menggunakan kios buku ini dengan lebih berhemah.
Belum sebulan, pintu dah tercabut, buku di dalam kios dah bersepah.
Demi kesejahteraan semua, perlulah kami datang perbaiki.
#MalaysiaMembaca
#KLWBC2020
Setakat yang kami periksa hari ini, hanya Kios Buku di Taman Seri Empangan Putrajaya saja yang sedikit rosak.
Alhamdulillah, kios buku di 4 lokasi lain dalam keadaan baik.
1- Laman SGD, Kompleks Perbadanan Putrajaya (di depan Maybank)
2- Taman Wetland (walaupun di sini ada banyak monyet)
3- Cruise Putrajaya
4- Taman Saujana Hijau
Apa-apapun, kami tetap berdoa semoga semua kios buku ini dapat memberikan manfaat besar kepada penggunanya, dan semoga tidak ada tangan-tangan yang sampai hati mencuri buku dan merosakkan kios.
Kami percaya ... orang yang membaca buku mempunyai akal budi yang tinggi. Orang yang membaca buku tidak akan mencuri buku. Orang yang membaca buku tidak akan merosakkan harta benda awam.