CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7067|Reply: 11

[Budaya] Manisan tradisional negara diperkenalkan kepada generasi baru

[Copy link]
Post time 4-2-2020 03:07 PM | Show all posts |Read mode
KALAU berkelana ke luar negara sudah cukup tiga hari pun, apabila melihat rakan-rakan muat naik gambar manisan tradisional Malaysia di media sosial, pasti mengundang rasa terliur. Apatah lagi yang dihidangkan itu hasil air tangan ibu tersayang.

Rasanya, resipi turun-temurun dari satu generasi ke generasi tidak pernah hilang kelazatannya. Kadangkala terfikir juga, bagi sesetengah individu seperti penulis yang tahu makan sahaja, di mana agaknya resipi itu akan diturunkan kelak.

Paling ‘sadis’ jika tiada pelapis pembuat manisan tradisional itu nanti, mungkin juga generasi akan datang tidak tahu gamaknya nama manisan yang pernah dihidangkan si nenek kepada ibu atau ayahnya.

Sebenarnya, bagi anda yang tidak tahu pencuci mulut tempatan juga dilindungi di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) antara fungsinya supaya ia tidak pupus meskipun zaman berubah.

Malah, Jabatan Warisan Negara turut bekerjasama erat dengan pelbagai entiti di Malaysia termasuk institusi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang menjadi pelapis menghasilkan makanan itu.

Antaranya, baru-baru ini dalam satu acara pameran pencuci mulut tradisional Malaysia untuk kanak-kanak yang dianjurkan sekumpulan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menjemput 15 sekolah di sekitar ibu negara bagi memberi pendedahan mengenai pencuci mulut tempatan.

Dalam acara itu penulis berkesempatan menemui Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Adat dan Budaya Jabatan Warisan Negara, Junaidah Salleh yang turut memberi perkongsian mengenai makanan itu kepada pengunjung cilik yang dijemput pelajar tahun akhir berkenaan.



Junaidah berkata, terdapat jawatankuasa pakar yang menilai mengenai makanan dan minuman tradisional. Setakat tahun lalu, terdapat 18 makanan dan minuman tempatan diiktiraf sebagai warisan dan 213 jenis diwartakan sebagai warisan kebangsaan.

“Terdapat pelbagai segmen pencuci mulut yang termasuk di bawah warisan berkenaan antaranya puding seperti puding buah. Dalam segmen bubur pula seperti bubur jagung, bubur pisang, bubur anak lebah dan bubur kacang.

“Makanan terbabit bukan sahaja tertumpu kepada makanan Melayu, tetapi semua kaum di negara ini. Kami membuat kajian mengenainya termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Acara pameran itu, Nurul Fatehah Hamizan berkata, dalam acara berkenaan mereka mengetengahkan makanan manisan lima etnik di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.


MURID sekolah dapat melihat acuan kuih tradisional dalam pameran. FOTO Nurul Shafina Jemenon


Katanya, dalam acara itu terdapat 108 pencuci mulut warisan dan warisan kebangsaan dihimpunkan untuk diketengahkan kepada kanak-kanak yang menjadi tetamu utamanya seperti kuih sagu, onde-onde dan kuih ketayap.

“Dalam acara ini kami membuat pameran untuk kanak-kanak ini dapat melihat lebih dekat makanan manisan ini, mendengar mengenai maklumat mengenainya dan turut terbabit dalam proses pembuatannya.

“Kami juga mengadakan pertandingan memasak atau membuat kuih tradisional membabitkan lapan sekolah di sekitar Kuala Lumpur bagi membolehkan mereka dapat mengasah bakat menghasilkan makanan berkenaan yang paling terbaik,” katanya.

Tambahnya, kanak-kanak sekolah penting bagi mengetahui manisan tradisional negara kerana mereka akan menjadi pelapis atau generasi baru melindunginya pada masa depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
pencuci mulut traditional yg kaka suka adalah bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang, bubur durian cicah roti serta kuih Lopez
suka juga puding tp lg suka yg leh hirup2 tu rs heaven sgt
tp klu suh msk tu hah mmg ler kem. salam sbb kaka cuma suka mkn jer sbb tu bdn pun dah cam tong drum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 03:00 PM | Show all posts
Saya suka serawa, pengat, semua jenis bubur termasuk bubur sum-sum, kuih qasidah, puteri mandi cuma ada kala kena kurangkan manis sikit... Serawa durian best, boleh makan dengan pulut ataupun roti jala  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Naper dia x senaraikan 18 tu? Curious
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2020 01:35 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 5-9-2020 06:17 PM
Naper dia x senaraikan 18 tu? Curious

Google jumpa ni ada 17 je...


https://saji.my/makanan-tradisional-malaysia/



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-9-2020 01:35 PM
Google jumpa ni  ada 17 je...



Yg ni lebih kpd Malaysian food, yg senarai tu manisan kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2020 03:41 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 7-9-2020 02:30 PM
Yg ni lebih kpd Malaysian food, yg senarai tu manisan kan?

Syok dok cari

Berikut adalah antara lima jenis kuih tradisional lazat daripada 80 kuih dari sembilan negeri yang boleh dikatakan sangat jarang ditemui atau sudh tidak lagi dibuat, menerusi projek buku Around West Coast Malaysia In 80 Kuih.
Maklumat menarik ini dikongsikan oleh Yayasan Hasanah, iaitu organisasi yang didorong program berimpak tinggi dan juga merupakan entiti Khazanah Nasional Berhad.

Bunga Pudak
Kuih bunga pudak daripada Kedah.

Berasal dari Kedah, kuih segar ini yang berintikan kelapa manis diberi nama selepas pokok ‘pudak’ dan memerlukan tangan yang mahir untuk menyediakan kuih ini. Enak dimakan terus daripada ketuhar!

Serak Jagung
Kuih serak jagung mempunyai nilai eksklusif yang hanya dinikmati oleh golongan diraja Perak.

Penyediaan kuih dengan jagung parut dicampur dengan kelapa, gula dan garam sebelum digulung dalam sekam jagung, merupakan hidangan para golongan raja. Ya, sememangnya ianya satu fakta bahawa kuih ini dihidangkan secara eksklusif dan hanya dihidangkan di Istana Perak.

Tepung Kulit
Kuih tepung kulit ini seperti 'Chinese roll cake' versi Melayu.

Kuih kenyal ini terkenal dengan pola berputar yang dihasilkan dengan mengadukkan dua campuran adunan yang berbeza. Biasanya hanya dibuat berbalut daun pisang supaya ia tidak akan merosakkan kuih semasa proses membuat kuih. Macam iras kuih 'Chinese roll cake', bukan?

Kacau Keledek
Kuih kacau keledek pula berasal daripada negeri selatan Semenanjung Malaysia, Johor Darul Takzim.

Makanan istimewa dari Johor ini lazimnya digunakan untuk majlis-majlis khas sebagai hantaran atau untuk acara diraja. Nama kuih ini berasal daripada penghasilan kuih ini yang harus dikacau secara berterusan selama dua jam sehingga ia kental.

Halwa Maskat (Muscat)
Kuih halwa maskad dari Pulau Pinang ini pula boleh diibaratkan seperti manisan Turki versi Malaysia.

Sejenis kuih klasik dari Pulau Pinang, pemanis mulut ini boleh dikatakan seperti Turkish Delight versi Malaysia! Proses pembuatannya memakan masa yang lama untuk menghasilkannya kerana campurannya perlu disimpan semalaman sebelum dikacau dengan api yang rendah selama 5 jam.
Pada masa kini, kuih-muih berkenaan hanya terdapat di kedai-kedai khusus tertentu di negeri asalnya dan Kuih ini juga mampu menjadi pembuka bicara yang hebat di rumah terbuka, dan siapa yang tahu kuih-muih ini juga membangkitkan minat para tetamu yang menjamahnya.
Anda boleh mengikuti media sosial Yayasan Hasanah untuk mengetahui cara membeli buku resipi melalui Facebook atau Instagram.

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-9-2020 03:41 PM
Syok dok cari

Berikut adalah antara lima jenis kuih tradisional lazat daripada 80 kuih dari  ...

Wah,  Semua manisan ni x penah dgr @ tgk sblm ni. Thx for sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2020 03:51 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 7-9-2020 02:46 PM
Wah,  Semua manisan ni x penah dgr @ tgk sblm ni. Thx for sharing

Kuih kacau & Halwa Maskat pernah rasa...yg lain memang baru tahu




Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-9-2020 03:51 PM
Kuih kacau & Halwa Maskat pernah rasa...yg lain memang baru tahu

Kuih pudak tu cantik. Rupa mcm kukus tp bakar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 01:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Guys siapa boleh tolong recall dia macam kuih. Dia bulat warna putih and bila gigit bunyi grr, and letak like sauce dia dekat atas. Kuih itu start huruf B. Anyone can help me to recall tak? Haha. Dia serupa macam putu mayam tapi bukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.066704 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list