|
View: 4894|Reply: 25
|
[Tempatan]
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
[Copy link]
|
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-2-2020 04:21 PM
Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi...pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Faddan Acey.
innalillah.....
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alfatihah untuk abam bocey.
Shocking sangat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sakit apa tu?? demam??? corona??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Abam Bocey meninggal dunia
Ridzuan Abdul [email protected]
PELAWAK popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.
Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Allahyarham tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh.
Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dikatakan demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.
Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan hari ini.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.
Dalam kumpulan Bocey, selain Abam ia turut dianggotai Fad dan Acey.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 9:56 A
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Norhayati Nordin
[email protected]
DUA anggota kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad tak terkata dan hanya melinangkan air mata apabila berkongsi berita kematian sahabat mereka, Abam di Instagram masing-masing pagi hari ini.
Dalam perkongsian video berdurasi 23 saat itu, Achey menangis dengan suaranya tersekat- sekat dan menutup muka.
“Guys (anda semua), Abam dah tak ada,” katanya ringkas.
Achey turut menulis kapsyen, kenapa awal sangat Bam? Mana janji kau? Ya Allah.
Sementara itu, Fad pula dalam video berdurasi 21 saat berkongsi dia mendoakan Abam yang pulang ke Rahmatullah.
Tulis Fad, Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar.. Innalillahhiwaiinailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu Bam.
“Kenapa tak tunggu aku? Aku jauh ni. Aku nak peluk cium kau,” katanya.
Difahamkan, Fad kini berada di Tokyo, Jepun kerana bercuti bersama keluarganya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan,
dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.
Berita mengejutkan itu dimaklumkan adiknya, Ali Puteh selepas dihubungi isteri Abam memberitahu suaminya tidak sedarkan diri.
Menurut isteri Abam, Nor Hidayah, Allahyarham demam sejak dua hari lalu dan mengadu sakit kepala.
Abam yang kurang sihat, bagaimanapun enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Allahyarham dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kini berusia lima bulan.
Berita berkaitan
• Abam Bocey meninggal dunia
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 11:05 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Norhayati Nordin
[email protected]
PELAKON popular Fasha Sandha yang kini hamil berkongsi video Allahyarham Abam Bocey memasak mi rebus istimewa air tangannya untuk Fasha pada 26 Januari lalu. Video pendek dimuat naik Fasha di Instagram itu memperlihatkan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan sibuk di dapur memasak kuah mi rebus.
“Terima kasih Abam masakkan kami mi rebus. Teringin punya pasal,” tulisnya.
Selain itu, Fasha turut memuat naik beberapa gambar termasuk paparan skrin mesej WhatsApp di antara dia dengan Abam mengenai permintaannya supaya Abam memasakkan mi rebus untuknya. “Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam, insan mulia sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Januari sebab kak teringin nak makan mi. “Lepas dua minggu dah pi (pergi) tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah (anak Abam) selalu... Allahhuakbar, ” tulisnya. Fasha turut meminta dan memohon semua pengikutnya di Instagram untuk menyedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada Allahyarham. “Jom semua followers (pengikut) kesayanganku. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat insan baik bernama Syed Umar Mokhtar atau Abam Bocey. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” katanya. Abam dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 8.30 pagi hari ini. Berita mengejutkan itu dimaklumkan adiknya, Ali Puteh selepas dihubungi isteri Abam memberitahu suaminya tidak sedarkan diri. Abam dikatakan mengalami demam sejak dua hari lalu dan mengadu sakit kepala. Abam meninggalkan isteri, Nor Hidayah yang dikahwini pada 2017 dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan. Berita berkaitan
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 2:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GOMBAK - Jenazah pelawak, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan,32 dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat kira-kira jam 11.30 pagi, hari ini.
Kemudian jenazahnya akan dibawa ke Masjid Zakaria untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, dijangka selepas solat asar.
Berita Allahyarham Abam yang meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Gombak tersebar di media sosial kira-kira jam 9 pagi tadi.
Sementara itu kakaknya, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan,41 memaklumkan, Abam hanya berehat di rumah selepas demam dan sakit kepala sejak tiga hari kebelakangan ini.
"Saya ada minta dia ke klinik tapi dia kata tak payah.
"Setahu saya Abam tak ada sakit apa-apa cuma mungkin penat sebab banyak kerja dan kurang waktu rehat," katanya.
Orang ramai hadir menziarahi Allahyarham Abam yang meninggal dunia di rumahnya di Gombak.
Menurutnya, adiknya itu sangat disenangi dalam kalangan keluarga dan pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar.
"Dia seorang yang baik dan tak pernah berkira dengan adik-beradik.
"Kesian mak kerana dia sangat rapat dengan Abam. Anaknya juga masih kecil. Pandang saja mukanya buat saya jadi sebak," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.
Antara rakan artis yang hadir menziarahi arwah di rumahnya di Gombak adalah Along Cham, Mawi, Man Raja Lawak, Shuib dan Achey.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya kan. moga isteri dia tabah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-2-2020 04:23 PM
Duplicate post
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innallilahwainillahirajiun..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baru lalu kat kubur pkl 3 td..rupanya kebumilps asar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Gempak | Februari 10, 2020 09:42 MYT
Pelawak popular Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. -Foto Twitter
PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on Feb 9, 2020 at 5:24pm PST
A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on Feb 9, 2020 at 5:20pm PST
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|