CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3703|Reply: 32

[Dunia] Coronavirus? Info terkini jualan daging kelawar tidak terjejas

[Copy link]
Post time 11-2-2020 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Coronavirus tidak jejas jualan daging kelawar



MANADO: Daging kelawar masih menjadi makanan kegemaran di beberapa wilayah di Indonesia meskipun wabak coronavirus di China disahkan berpunca daripada haiwan itu.

Walaupun kajian membuktikan coronavirus baharu (2019-nCoV) itu mungkin berasal daripada kelawar sebelum menjangkiti manusia, ia tidak menjejaskan jualan daging hidupan liar itu.

Kelawar adalah makanan tradisi masyarakat Minahasan di Sulawesi Utara, yang memasak gulai di panggil Paniki, di mana keseluruhan kelawar termasuk kepala dan sayapnya dimasak.

Penjual kelawar, Stenly Timbuleng, yang mempunyai gerai di Tomohon, sebuah bandar di Sulawesi Utara, di selatan Manado, berkata coronavirus tidak memberi kesan terhadap perniagaannya.

“Malah, perniagaan agak bagus, semuanya sentiasa habis dijual, yang mana secara purata saya jual antara 50 hingga 60 ekor kelawar sehari tetapi boleh meningkat sehingga 600 pada hari keramaian,” katanya.

Penulis buku masakan, William W Wongso, memberitahu Reuters bahawa kelawar adalah sumber protein masyarakat setempat, terutama di Sulawesi Utara.

“Bahagian yang saya sukai ialah sayapnya. Kelenjar di pangkal lengan dan leher kelawar dibuang terlebih dulu supaya tidak berbau.

“Kemudian, ia boleh disalai atau dibakar bagi membuang bulunya sebelum dipotong kecil serta dimasak bersama herba, rempah dan santan,” katanya yang juga pakar masakan Indonesia menghasilkan lebih enam buku masakan.

Di China, coronavirus mengorbankan lebih 1,000 mangsa dan menjangkiti lebih 42,700 orang manakala 319 kes coronavirus dilaporkan di 24 negara lain, termasuk dua kematian.

Walaupun tiada kes dilaporkan di Indonesia, penularan wabak itu mendorong sebahagian besar restoran Manado di Jakarta tidak lagi menghidangkan daging kelawar.

Bagi warga Manado, Jufry Mantak, kaitan antara kelawar dan coronavirus tidak menjejaskan seleranya untuk menjamah makanan kegemarannya.

“Tiada kes coronavirus di Manado setakat ini, maka kami di sini masih terus memakannya (kelawar) kerana ia bagus, terutama bila dimasak dengan santan,” katanya. REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon kuat.. biarlaa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 10:58 PM | Show all posts
indon kebal penyakit.....biar laa dia org makan sampai mampus
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 08:39 AM | Show all posts
patut yindog sorok jumlah nCoV dkt indon.....sbb masih asyik makan kelawar ropanya @pyropura
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 10:42 AM | Show all posts
soalan jujur...  camne deme makan kelawar berbulu2 tu eh?  tak geli ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 12:10 PM | Show all posts
bodoh...tak boleh diajar & tak mau belajar dari peristiwa lepas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2020 12:12 PM | Show all posts
YUCK!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 12:20 PM | Show all posts
lenkali masak mcm indon fully cook.. nie makan stok stok mcm makan sushi slamon mmg la bley k.o.. heheh lenkali goreng garing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus, makanlah semua benda kat dunia. Semoga kenyang. Eeeuwww.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tikus terbang. Geli la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 01:39 PM | Show all posts
ermmmm x boleh kata apa dah kalau nak makan... virus ke tak..semua letak tepi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 01:48 PM | Show all posts

Besar manalah sangat isi daging kelawar yang dia orang ni selok nak makan? besar lagi daging burung puyuh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
geli yer. ...bukan yer nk ambil precaution . skrg masih ade virus coronavirus.
manusia xde akal{:stress
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Xprovn pun drpd kelawar kanz..makan jah xda siapa halang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 02:45 PM | Show all posts
teruskan lah makan binatang2 eksotik tu, kalau kena virus jangan bawak kat sini pulak. Harap dibakar hidup2 sebelum tular.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2020 02:51 PM | Show all posts
Kan org kata...mencegah lebih baik dr mengubati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok gambo pon dh loya
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 03:46 PM | Show all posts
akak gundu baju itam tu kemain tunjuk2 nak kelawar gemuk kekdahnya..jangan kak, saya tengok akak pun da cam kelawar bunting..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 04:05 PM | Show all posts
famri7 replied at 12-2-2020 01:56 PM
Xprovn pun drpd kelawar kanz..makan jah xda siapa halang.

Provenla, n baru2 ni tenggiling pulak detected pembawa virus tu.  aneh2 je. xcukup byk ke makanan kat muka bumi ni nak makan menda pelek2.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.350305 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list