sapa tau apa jadi kes nih? selepas ditahan reman dan katanya tunggu perbicaraan pastu senyap terus....dlm news xde highlight, thread lama dlm forum nih nk cari blk pn x jumpa...ke mmg dirahsiakan? dh jatuh hukuman ke belum?
Suspek bunuh ketua jururawat berdepan hukuman mati
SEPANG: Lelaki warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh ketua jururawat, Siti Khairina Mohamad Kamarudin, 40, yang ditemui mati pada 15 Mei lalu. Suspek utama kes, Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36, dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan. Tertuduh dilihat hanya menundukkan kepala sepanjang pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret A Akhiruddin Acho. Tertuduh tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.50 pagi menaiki van diiringi 2 kereta peronda polis.
Selain lelaki Nigeria berkenaan, turut ditahan susulan penemuan mayat Siti Kharina ialah wanita warga Nigeria dan lelaki warga Pakistan. Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua suspek itu akan dibebaskan dengan jaminan mahkamah. “Bon akan disempurnakan di Mahkamah Sepang pada tarikh yang sama,” katanya. Mahkamah menetapkan 31 Julai untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, forensik rakaman litar tertutup (CCTV), laporan data telefon bimbit dan laporan kimia. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nasharina Mazlan. Manakala tertuduh belum diwakili mana-mana peguam. Setakat hari ini, pengakuan dan kenyataan tertuduh tidak direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/27/suspek-bunuh-ketua-jururawat-berdepan-hukuman-mati/
|