CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2665|Reply: 4

Kenapa Setiap Anak Berbeza Personaliti? 7 Parenting Style Ini Sebabnya

[Copy link]
Post time 25-2-2020 09:59 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: magicmaman.com





Gaya keibubapaan, atau parenting style, memang wujud dalam kalangan ibu bapa dan ia berdasarkan cara yang ibu bapa telah tentukan untuk membentuk anak-anak mereka.

Parenting style yang berbeza membentuk anak dengan personaliti berbeza. Kita akan lihat beberapa jenis parenting style yang wujud berdasarkan teori psikologi.




Authoritative



Kredit foto: hellodoktor.com




Ibu bapa akan bertegas kepada anak-anak, tetapi lebih terbuka. Ibu bapa akan meletakkan sasaran untuk anak-anak cepat matang, tetapi dalam masa sama, tebuka untuk menerima kesilapan dibuat anak dan bersedia untuk memberi sokongan penuh.


Mereka membenarkan anak untuk melontarkan pandangan, tetapi masih bertegas dalam mengajar anak-anak untuk hormat kepada yang lebih tua. Hukuman kepada anak kerana kesilapan tetap ada, konsisten tetapi mengikut keadaan dengan memastikan kualiti hukuman tersebut cukup untuk menyedarkan anak kepada kesilapannya.




Authoritarian





Kredit foto: THE COMPLETE GUIDE TO TYPES OF PARENTING, cadence-education.com





Ibu bapa bukan sahaja bertegas kepada anak-anak, malah tidak responsif ataupun tidak terbuka untuk mendengar luahan anak-anak. Ibu bapa akan membuat anak-anak patuh kepada arahan tanpa melakukan penjelasan secara lisan membuatkan anak-anak yang masih mentah tertanya-tanya 'kenapa mereka dihukum sebegitu'.


Tujuan utama gaya ini untuk mengajar anak-anak berkelakuan baik, tahu untuk menjaga diri sendiri, dan mampu untuk hidup dalam persekitaran negatif dengan cara memukul dan memarahi anak-anak sehingga anak itu sedar dengan kesalahannya.




Indulgent atau Permissive





Kredit foto: kinbox.com





Ibu bapa bersikap terbuka kepada anak-anak, tetapi lembut dan tidak akan bertegas. Ibu bapa sanggup mendengar luahan anak-anak, sanggup menurut apa yang mereka mahukan dan tidak suka memarahi jika anak melakukan kesalahan.


Berbanding menjadi 'ibu bapa', gaya keibubapaan ini menunjukkan ibu bapa cenderung menjadi 'kawan' kepada anak-anak.


Biasanya, ibu bapa sebegini sudah biasa hidup susah dan selalu dikongkong sewaktu kecil, jadi mereka tidak mahu anak pula dikongkong. Disebabkan sayang kepada anak, mereka sanggup berikan segalanya.




Overparenting




Kredit foto: medium.com





Ibu bapa cuba untuk terlibat dalam segala urusan anak, dari segi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Anak tidak bebas untuk membuat keputusan.


Perkembangan teknologi kini lebih membantu ibu bapa untuk memantau prestasi anak-anak terutamanya di sekolah dan membuat keputusan sendiri mengenai masa depan anak tanpa mendengar luahan mereka.




Positive Parenting



Kredit foto: muhealth.org





Hampir sama dengan authoritative, positive parenting juga memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat keputusan, memberi sokongan dan membimbing mereka pada setiap peringkat pembesaran.


Concerted cultivation adalah salah satu bentuk positive parenting yang mencungkil bakat anak melalui aktiviti ko-kurikulum seperti belajar tentang muzik, sukan dan akademik.




Slow Parenting





Kredit foto: www.familymattersswitzerland.ch





Ibu bapa kurang mengatur perkara yang perlu dan tak perlu untuk anak mereka, sebaliknya memberi anak peluang untuk menikmati zaman kanak-kanak dan berkembang secara sendiri. Barangan elektronik seperti telefon pintar kurang didedahkan kepada anak, sebaliknya permainan yang biasa diberikan.


Anak-anak bebas meminati apa sahaja yang dia mahu dan membesar menjadi dewasa dengan setiap masa bersama keluarga. Biasanya, ibu bapa gunakan cara ini untuk ajar anak-anak supaya pandai menjaga berdikari.




Ethnic Minority




Biasa diamalkan  keluarga dengan latar belakang pendidikan yang cemerlang. Sama dengan authoritative, ibu bapa akan terbuka mendengar luahan anak-anak.


Bezanya, permintaan anak-anak tidak akan diletakkan sebagai prioriti utama dan anak-anak diletakkan harapan yang tinggi untuk berjaya, biasanya dalam bidang akademik.


Pernah tak anda jumpa adik-beradik yang semuanya sama personaliti? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 10:10 AM | Show all posts
Good info.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:38 PM | Show all posts
yg pasti semua ibu bapa inginkan yg terbaik n sentiasa cuba buat yg terbaik utk anak2 mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I prefer positive parenting. Ramai yg amalkan positive discipline ni terkejut rupanya boleh ajar anak dengan cara lembut dan memahami tapi anak ikut cakap kita. Yg penting kita kena empathy. No marah2 pukul2. Authoritative pun ok juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 12:04 PM | Show all posts
I try my best..sekejap lembut, skjp tegas, skjp marah, skjp tegas..just harap anak i tau apa i buat hanyalah yg terbaik utk dia...n dia akn jd manusia yg berguna bila bsr nnt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.067502 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list