CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11568|Reply: 69

Ibu kandung yang biased

  [Copy link]
Post time 27-2-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam.
Saya berusia 29 tahun dan telah berkahwin hampir 3 thn yg lalu dan dikurniakan seorang anak berumur hampir 2 thn.

Saya anak ketiga dari 4 beradik. Kami semua telah berumahtangga. Masalah yg saya hadapi sekarang ialah sikap ibu yang selalu membandingkan suami dgn menantu lelaki yg lain.

Menantu pertama (suami kakak) pegawai di sebuah agensi kerajaan dan menetap di KL, menantu kedua (suami adik) berniaga dan menantu perempuan (isteri abg) bkerja sbg mak andam. Manakala suami sy hanyalah seorang mat despatch di sebuah syarikat swasta. Sy pula bkerja sbg eksekutif dan tentulah gaji sy lbh besar dr suami.

Memahami kewangan suami tak sebanyak sy, maka sy yg byk contribute dlm rumahtangga. Dlm masa yg sama, suami masih memberi nafkah utk sy dan anak walaupun tak banyak. Tanggungjwb dia masih dijalankan walaupun sedikit.

Oleh kerana itu, layanan ibu sy terhadap suami saya sedikit berbeza. Apa yg sy perhatikan, kalau kami dtg rmhnya (jarak dr rumah sy ke rmh dia dlm 10 mnt), tidak dilayan spt dia melayan kami anak2 dan menantu2 yg lain.

Thn pertama perkahwinan sy pjj dgn suami. Stiap 2@3 minggu sekali suami akan balik ke rumah. Stiap kali balik memang kami akan singgah atau dtg melawat ibu. Tapi kadang2 bila kami dtg dia tak masak apa2. Makan tengahari pn dia tak sediakan.

Sy tidak sesekali mahu ibu melayan suami mcm raja, tapi sekurang-kurangnya menghargai menantu yg dtg menziarah dan melayan semua menantu sama rata. Berbeza kalau anak menantu lain dtg, dia akan masak lauk yg sedap2,rajin buat kuih dan mcm2 menu disediakan.

Suami tak pernah bercakap mengenai layanan ibu terhadap dia. Maaf ckp suami sy seorang yg sedikit lurus. Dia tak pernah terasa hati atau berjauh hati apabila sy marah atau menegur tindakan dia. Dlm rumahtangga mmg sy yg dominan. Sy lbh byk menentukan keputusan dan tindakan dan dia byk mengalah serta menurutinya. Namun sy tetap menghormati dia sbg suami dan melayan dia dgn baik. Sy pernah berckp mengenai ketidakpuasan hati mengenai layanan ibu apabila kami melawat dia. Tp suami beranggapan ibu tak cukup duit utk membeli barang2 dapur ditambah kesihatan dia yg terbatas.


Sekarang sy dan suami sudah tidak pjj lgi dan stiap minggu kami dtg melawat ibu. Tp perasaan tak puas hati yg terpendam tu menyebabkan sy dah sedikit jauh hati dan sekarang hanya ke rumah ibu 2 kali sebulan. Kdg2 dtg pn hanya beberapa jam kemudian terus balik.

Sy tahu ibu seperti tidak berpuas hati dgn pilihan jodoh sy sbb dia menganggap sy yg byk menanggung belanja dlm rumahtangga. Pernah kami adik beradik berbincang utk mengadakan kenduri arwah ayah dan berpakat utk share kos kenduri. Tp sy cakap bulan ni sy tak cukup duit sbb sy kena guna duit utk kperluan lain. Terus ibu sy ckp takkan suami sendiri takde duit. Takkan nk buat belanja kenduri pn nak guna duit isteri (lebih kurang begitulah dialog). Malu sy depan adik beradik yg lain. Nasib baik suami dan menantu yg lain berada di ruang tamu.

Sedih hati sy apabila diperlakukan begitu. Dulu sebel kahwin, sy yg byk menanggung keluarga. Bawa ibu makan angin,bli brg2 rmh. Bab duit mmg sy tak berkira dgn fmily sendiri. Cuma bila dah sy trpaksa utamakan fmily sndiri. Duit bulanan masih sy bg pd ibu.

Kdg2 sy seolah2 menyalahkan takdir kenapa tak dipertemukan jodoh yg berduit atau bkerjaya bagus. Kerana jodoh sekarang hubungan sy dan ibu sedikit renggang.

Sekarang sy rasa down dan sedih dgn layanan ibu. Dlm masa yg sama sy ingin menyalahkan suami krn tak pandai cari peluang pkerjaan yg lbh baik (sedangkan sy tahu rezeki itu hak Allah). Sy mohon nasihat forumer utk kuatkan semangat,kuatkan hati dan cekal dgn kehidupan berumahtangga. Sy juga sedang cuba menerima takdir yg menentukan jodoh sy.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pengalaman aku yg selalu lepak wad.

Ada seorg makcik ni.. Menantu lelaki dia jaga waktu siang.. Menantu lelaki dia mcm suami ang lurus.. Dan masa tu dia baru berhenti kerja. Anak perempuan makcik tu kerja pegawai kerajaan dan opkos bukan saja taeaf pendidikan lagi tinggi tapi gaji pun lebih byk dari si suami. Nak cari menantu perempuan jaga mak mentua susah.. Ni kan pulak nak cari menantu lelaki yg bukan saja jaga tapi cuci berak mak mentua pun dia buat lagi la sangat RARE.

So berbalik pada mak ang.. Ang kata kat dia.. Jangan bezakan menantu.. Sebab biasanya aku jumpa menantu atau anak yg dibenci tu la akan cuci berak mak ang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bertahan je la.. asalkan ko laki bini bahagia, so yg lelain tu pejam mata je la tambah2 pulak pd mak kandung.. sabar je la byk2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah sebijik pulak dgn kisah aku..cuma bezanya, aku dh xkisah mak nk bayes..ikut mak la nk buat cm ner pn..huhhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn fikir kenapa mak ITU Dan ini...nnti ko stress...ade sebab Allah jodoh Kan ko dgn laki ko...Allah lebih tahu apa yg terbaik utk Kita..mana tahu entah ko kawen laki berduit ko merana mkn hati..entah kaki perempuan entah anak mak..entah mak ko kikis laki ko sampai ko lagi stress Dr sekarang...jgn mengeluh selalu nnti rezeki susah nk masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:04 PM | Show all posts
Edited by Victorioussss at 27-2-2020 10:07 PM

allahu

suami puan mmg baik. lelaki yang tak banyak songeh, tak melawan, dan bole didominasi oleh puan. dia still bagi duit kat puan walau keje dia gaji kecil

contohnya
suami gaji 10k bagi puan 2k sebulan, dia hnya bagi 20% gaji dia
suami gaji 1000, bagi puan 500 sebulan, dia dah bagi 50% gaji dia

hm sikitnya nafkah bini dan anak 500

jgn tengok amount, tapi tengok la berapa bnyk % yang dia tak berkira

tambah lagi bila puan jadi batu api pada suami tentang layanan ibu puan yang berbeza pada dia compare dgn layanan ibu mertua pada menantu yang lain. suami puan dgn rilek takde rasa tak de rasa nak tuduh dan mengiakan batu api puan tu

siap bagi alasan xpela mgkin ibu penat, mgkin ibu takde modal nak masak best2
lelaki mcm mana lagi yang pun nak kalau ni bukan yang terbaik?

ye dia mungkin lurus dimata puan
tapi dimata saya, dia ni sabar yang cukup tinggi, bersangka baik pada orang lain walau dia terasa hati

ye dia pun boleh terasa hati. cuma dia cakap "im okay" sambil senyum
bersyukurlah





iols sndiri xmampu jadi macam dia
sebab iols dah pilih untuk menangis dalam ferrari, dari bahagia dalam kelisa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 27-2-2020 10:04 PM
allahu

suami puan mmg baik. lelaki yang tak banyak songeh, tak melawan, dan bole didominasi oleh  ...

Perghhhh.. Sekali vics komen.. Iols kagum
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:21 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-2-2020 10:11 PM
Perghhhh.. Sekali vics komen.. Iols kagum

abis la lepas ni bnyk la PM dari bini orang, andartu, single mom, awek2 hot muda2 dan acik2 kepam masuk dlm msg iols


sigh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 27-2-2020 10:21 PM
abis la lepas ni bnyk la PM dari bini orang, andartu, single mom, awek2 hot muda2 dan acik2 kepam  ...

Ok la tu Vics.. Boleh la jadi calon.. Uols kan terhangat dipasaran.. Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:24 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-2-2020 10:21 PM
Ok la tu Vics.. Boleh la jadi calon.. Uols kan terhangat dipasaran.. Hahahah

xminat pn any of them chuols

ape  yang dorang nampak kat iols dlm forum ni hnya fake dan imitation semata2
never trust anyone in forum kekdahnya

lgpun iols komen berdasarkan ape yang iols fikir dan rasa

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 27-2-2020 10:24 PM
xminat pn any of them chuols

ape  yang dorang nampak kat iols dlm forum ni hnya fake dan imitat ...

Ohhh.. But entah iols rasa u baik sebenarnya Vics..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kureng ngan cerita akak je
Somi akak keje kilang.. nak bandingkan dgn adik  beradik geja lecturer mmg tak sama le layanan
Nanti bila dah sakit baru nampak sapa nak boleh jaga dan mandikan
Akak percaya somi adik jenis ringan tulang
Time kenduri org cemgini penting hokay
Kalau semua dok ralit nyembang sapa nak basuh pinggan dok?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:27 PM | Show all posts
cerita kat mak awak kisah ikan tembakul ikan bawal, yang mana anak dia lari masuk gua mak dia kena sumpah jadi ikan tembakul interim
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersabarlah tt. Ade hikmah disebalik aturan Allah. Just focus on your marriage, happy2 things sudah. Tt lyn mak mcm biasa je. Kalau tak mampu nk mesra2 mcm tu, lyn la atas dasar hormat dan menhargai ibu tt semasa dia masih hidup.

Kalau tt rs suami tt patut buat part time job, tt brainstorm dgn husband, tgk apa yg dia boleh dan nak buat based on his passion or interest. My friend’s husband keje ofis 8-5, mlm2 dia rajin promote brg online, mula2 dia dropship produk mknn. Lps tu dh ada modal skit dia beli buat readystock. Dia ckp boleh la dpt RM1++ seminggu dan walaupun maybe bg ramai org amaun tu tak byk, tp bg dia amaun ni memadai utk wat tambah belanja. Since tt ckp suami tt jenis lurus, biasanya org mcm ni kena bg idea2, dorongan dan bimbingan utk dia mulakan sesuatu.

Bak kata pepatah, hendak seribu daya. Semoga tt sekeluarga kekal bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak dia. Ibu mana yang tak sakit hati tengok anak sendiri yang menanggung keluarga.

Baharu kahwin 3 tahun bertenang dulu boleh tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy mmg tak pernah berkira dgn ibu. Selama bujang mmg sy yg byk support fmily setelah arwah ayah meninggal dunia 5 thn lps.


Disebabkan itu lah ibu seolah menganggap kedudukan kewangan sy sgt stabil. Sehinggakan prbelanjaan perkahwinan sy langsung tidak usik duit ibu walau 1 sen pn dan dia pun slalu berkira dlm perkara melibatkan sy.,Contohnya kl sy minta tlg masak lauk, dia akan minta duit utk bli brg masak. Tapi kalau anak menantu lain minta dia masak apa2, takde pulak diminta duit.

Adik beradik lain ada menyumbang tp hanya sesekali. Bukan niat sy mengungkit, tp kalaupun tak nak mengenang sedikit pn pengorbanan sy slama ini (walaupun mmg tanggungjwb anak berbakti pd ibubapa), tp sekurangnya hormatilah suami sy sbg menantu dia.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm maybe mak tt rasa suami tt bnyak 'gunakan' tt lah tu. X payah nak ambik pusing sgt dgn mak tu. Nak2 dia mak kandung. Bnyak2 aje doa yg suami makin murah rezeki. Point dia sbb gaji sikit pun dia still x culas dlm hal nafkah. Sbb ada aje suami lain yg gaji kepuk2 pun x guna kalau berkira bab nafkah.

Kes mak tt ni kebanyakan yg makan hati menantu mcm mertua aku jenis kalau boleh smpai nak timang menantu yg jenis selalu hulur. Haa yg mcm tu mmg dia syglah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-2-2020 09:14 PM
Ni pengalaman aku yg selalu lepak wad.

Ada seorg makcik ni.. Menantu lelaki dia jaga waktu siang ...

Selalunya insaf tu dtg lambat... Dah sakit, dah kena buang dgn menantu yg kaya.. baru insaf kak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
lwyl replied at 27-2-2020 10:52 PM
Ibu mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak dia. Ibu mana yang tak sakit hati tengok anak sendiri ...

Macam mak i la.... Suami akak i pinjam kereta akak i... Sebab kereta dia masuk bengkel, accident.... Itupun mak i dah risau dah....
Orang lain mungkin pikir yg mak i ni mesti berkira...
Tapiiii... Mak ckp risau dgn akak i tu...mcm mana dia nak pergi kerja, mcm mana dia nak balik keje... Risau menantu dia tu dating dgn perempuan lain guna kereta tu.. Risau menantu dia habis kan duit anak perempuan dia...
Gitu lah... Kadang2 kita sbg anak ni tak terpikir apa yg mak kita pikir..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 27-2-2020 11:26 PM
Selalunya insaf tu dtg lambat... Dah sakit, dah kena buang dgn menantu yg kaya.. baru insaf kak... ...

Betul.. Masa sihat mmg tak sedar la.. Bila sakit jadi kain buruk.. Baru la nak insaf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.262134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list