Bagi anda yang lahir pada tahun 90-an, anda masih ingat siaran animasi di televisyen seperti TV2 dan TV3 yang ditonton pada awal pagi dan juga petang hujung minggu?
Kita akan tengok 7 animasi dari Jepun (anime) yang pasti menggamit memori anda.
Mon Colle Knights
Kredit foto: Cartoon Heroes - Mon Colle' Knights AMV - SacredVox, youtube.com
Mengisahkan tentang Mondo dan Rokuna bersama ayah Rokuna, Profesor Ichiroubei yang mengembara yang mengembara ke Dunia Enam Pintu untuk bertemu dengan pelbagai makhluk ajaib. Tugas mereka ialah mencari barang-barang Mon yang apabila dicantumkan, mampu gabungkan Dunia Enam Pintu dengan Bumi demi kebaikan. Mereka bersaing dengan Putera Collection dan dua konconya yang juga memburu barang Mon ini.
Mirmo Zibang
Kredit foto: Mirmo Zibang! | Brazilian Portuguese opening (English CC), youtube.com
Pernah ditayangkan di TV3, anime ini mengisahkan tentang seorang perempuan, Kaede Minami yang membeli mug berwarna biru dari sebuah kedai misteri. Kerana sebuah mesej yang tertera di mug itu, Kaede tuangkan koko ke dalam mug dan menyebut sepotong ayat. Tiba-tiba, seekor pari-pari bernama Mirmo keluar dari mug itu.
Mirmo ialah seorang putera raja muglox yang melarikan diri dari dunianya kerana tidak mahu berkahwin dengan bakal pengantinnya, Rirumu. Berkawan dengan Mirmo mengubah kehidupan Kaede dan rakan-rakan sepenuhnya.
Grander Musashi
Kredit foto: Super Fishing Grander Musashi episode 21, simkl.com
Pernah ditayangkan di TV2, anime ini mengisahkan tentang Musashi dengan ayahnya yang berpindah ke kawasan pedalaman dari Tokyo. Di situ, Musashi tertarik untuk belajar memancing daripada seorang individu, kerana gayanya memancing. Musashi juga dapat tahu yang datuk sebelah ibunya ialah juara memancing.
Dengan memancing, dia putuskan untuk mencari ibunya yang lama hilang, dan mula mengembara dengan rakan baru, Mio dan Suguru untuk mencari ikan yang terkuat, dan juga menjadi pemancing terbaik di dunia.
Inuyasha
Kredit foto: InuYasha, netflix.com
Pernah ditayangkan di NTV7, anime ini mengisahkan Kagome, pelajar sekolah tinggi yang dapat pergi ke sebuah dunia silam melalui sebuah perigi misteri di rumahnya. Di dunia silam itu, Kagome berkenalan dengan seorang lelaki yang mempunyai baka separuh syaitan separuh anjing, Inuyasha.
Kagome adalah kelahiran semula Kikyo, seorang wanita yang mempunyai kuasa istimewa dengan anak panahnya, dan mengenali Inuyasha. Kagome dan Inuyasha mengembara bersama untuk mengumpul serpihan Permata Shikon.
Ragnarok The Animation
Kredit foto: Watch Ragnarok - The Animation Episodes Sub & Dub, funimation.com
Anime ini mengisahkan tentang dunia Rune-Midgard. Dark Lord, entity yang jahat, cuba untuk kuasai dunia dan buat huru-hara dengan bantuan tujuh kristal yang mewakili tujuh impian. Kristal-kristal ini yang pernah mengunci dirinya dari dunia luar untuk bertahun lamanya.
Dunia ini juga didiami oleh watak Roan, yang juga seorang swordsman, bersama kawan sejak kecilnya, Yuufa, seorang acolyte (penyembuh). Mereka mengembara dan berjumpa dengan watak lain seperti Takius (mage/ahli sihir), Maaya (merchant/saudagar) dan Iruga (assassin/pembunuh).
Daigander
Kredit foto: Daigunder, tvtime.com
Mengisahkan tentang Akira yang tinggal pada zaman di mana terdapat robot yang boleh bercakap. Akira merancang untuk memenangi Titan Belt, hadiah untuk kejohanan antara robot. Dengan bantuan unit Daigunder, yang terdiri daripada Daigu, Ryugu, Trihorn, Despector, Bonerex, Drimog, Eaglearrow dan Bullion, unit ini boleh bergabung untuk membentuk robot Daigunder.
Prince of Tennis
Kredit foto: Prince of Tennis third OVA reveals posters and promotional video, thegeekherald.com
Mengisahkan tentang Ryoma Echizen yang memasuki akademi Seishun, atau Seigaku, yang terkenal dengan kelab tenis yang mantap. Ryoma yang pernah menetap di Amerika Syarikat, pernah memenangi kejuaraan tenis junior di Amerika. Ryoma mempunyai misi untuk bantu Seigaku menjadi akademi tenis terbaik seluruh Jepun dengan menyertai banyak pertandingan tenis berpasukan. - CARI
|