Edited by Syd at 16-3-2020 01:05 PM
Seremban, 12 Mac 2020 - Susulan situasi semasa COVID-19, semua program yang melibatkan orang ramai di Negeri Sembilan, termasuk sambutan Israk Mikraj yang dijadualkan 20 Mac ini, ditangguhkan.
Menteri Besar Dato' Seri Aminuddin Harun berkata keputusan menangguhkan program itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dan sebagai usaha mengelak COVID-19 daripada merebak dalam komuniti di negeri tersebut.
“Hanya program tertutup melibatkan program jabatan sahaja akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun atau dengan menggunakan cecair pembasmi kuman. Orang ramai yang ingin maklumat lanjut mengenai COVID-19 boleh menghubungi Infoline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di talian 03-8881 0200 / 03-8881 0600 / 03-8881 0700 atau e-mel ke [email protected].
|