CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2066|Reply: 11

[Tempatan] Drama Band trauma kemalangan

[Copy link]
Post time 16-3-2020 02:07 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kumpulan Drama Band trauma apabila kenderaan dinaiki dilanggar sebuah kereta ketika melalui terowong di Jalan Tunku Kudin, Pulau Pinang, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Aepul Roza, Daus dan Fadhil mengalami calar-calar di badan akibat hentakan kuat. Namun, kereta jenis ‘pickup’ yang dinaiki mereka rosak teruk.

Aepul memberitahu, mereka baru tiba dari Kedah menuju ke lokasi penginapan di Pulau Pinang, apabila kenderaan dinaiki dilanggar sebuah kereta yang didakwa melalui selekoh berkenaan dengan laju.

“Kami keluar dari kenderaan dan sempat berjumpa dengan pemandu kereta terbabit dan penumpangnya.

“Apabila didekati dan ditegur, kami dapat hidu bau seperti alkohol daripada mulut pemandu dan teman-temannya. Bagaimanapun, belum sempat apa-apa, mereka meninggalkan lokasi kejadian.

“Tetapi kami buat laporan polis dan menceritakan apa yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Aepul berkata, dia, Daus dan Fadhil bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan di hospital berikutan tidak mengalami cedera teruk.

“Biar apa pun yang terjadi, persembahan malam ini tetap diteruskan. Kami tidak mahu menghampakan peminat,” katanya.

Drama Band sedang dalam rangka promosi DramaTour 2020 di enam lokasi bermula di Perlis pada 13 Mac lalu hingga akhir bulan ini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2020 02:09 PM | Show all posts
ini kan lagu depa? wakakakakkakakakakakak


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kumpulan ni yang jadi lidah dapig sampai buat show pun bawak fitnah dapig kat Najib kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 02:37 PM | Show all posts
nampak bosskur update pagi tadi..

semua pakat letak emoticon ketawa

cash ke credit ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2020 02:39 PM | Show all posts
Themilo replied at 16-3-2020 02:37 PM
nampak bosskur update pagi tadi..

semua pakat letak emoticon ketawa

overdraf wakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnyCastle replied at 16-3-2020 02:39 PM
overdraf wakakakakakakkakakaka

kesian depa kemalangan pun kena troll
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-3-2020 02:48 PM | Show all posts
dino replied at 16-3-2020 02:40 PM
kesian depa kemalangan pun kena troll

nak buat lagu mana dinosoq...kalau tak popular jangan mencapab cari gaduh dengan oghang popular...wakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 02:51 PM | Show all posts
puak2 sewel ni buat persembahan kat mana dalam wabak mcm ni.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2020 02:59 PM | Show all posts
kesian... tulah  ketulahan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2020 03:04 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 16-3-2020 02:51 PM
puak2 sewel ni buat persembahan kat mana dalam wabak mcm ni.

kat Pulau Pinang yang penganut seramai 30k tu kot ceq...wakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 08:30 AM | Show all posts
JohnnyCastle replied at 16-3-2020 03:04 PM
kat Pulau Pinang yang penganut seramai 30k tu kot ceq...wakakakakakakakaka

berani nya ambil risiko.  depa tak tau ka benda ni mudah spread?  jahil sungguh perangai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 12:29 PM | Show all posts
dino replied at 16-3-2020 02:40 PM
kesian depa kemalangan pun kena troll

depa dok troll orang jugak kan. lump sum lagi VC & show AJL tu ramai2.

pokjib wish baik2 je. iols nak wish satu je.

CASH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061994 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list