Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad bercakap pada sidang media berkenaan insiden yang berlaku ketika beliau berada di Kuala Terengganu di Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam, Selangor.
kerajaan PeeH bagi duit pada sekolah persendirian cina tu bukan main kaum ka? wakakakakakkakakakaka
SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meminta maaf serta menarik balik kenyataan kontroversinya terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menimbulkan rasa tidak senang hati terutamanya dalam kalangan penyokong kuat parti Islam itu.
Beliau berkata, kenyataan mengatakan 'Presiden Pas sudah tidak centre' itu langsung tidak berniat untuk membuat serangan peribadi terhadap Abdul Hadi, namun tetap mempertahankan hujah bahawa Pas bukan model politik Islam.
Ini kerana menurutnya, Abdul Hadi telah mengkhianati perjuangan Pas yang ingin menghayati perjuangan Islam sebenar apabila bekerjasama dengan UMNO dan menyertai kerajaan Perikatan Nasional.
"Sejak awal lagi, ketika kepimpinan Allahyarham Datuk Mohamad Asri Muda ditolak perwakilan Pas pada 1982, perjuangan yang ingin dibawa adalah perjuangan Islam yang bebas daripada perkauman dan penyelewengan.
"Oleh itu sikap bersama kerajaan pintu belakang atau 'tebukan bumbung' Perikatan Nasional adalah jauh tersasar daripada perjuangan yang dibawa kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Muhammad Noor dan Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya pada sidang akhbar khas di Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam, di sini hari ini.
Terdahulu, Khalid membuat laporan polis selepas diprovokasi beberapa individu ketika menghadiri pertemuan bersama ahli Pakatan Harapan (PH) di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 10.45 malam di hadapan Pejabat Parti Amanah Negara, Jalan Persinggahan, Ladang Tok Pelam selepas Ahli Parlimen Shah Alam itu menghadiri pertemuan secara tertutup di situ.
Era PAS dibawah pimpinan TGHH lah aku dengar macai PAS BBNU di tempat kerja aku kata kita kena sokong melayu sbb hanya dgn jaga melayu kita menjaga ISLAM....aku kata alasan tu dah lama UMNO guna tp sbb alasan tu lah dulu UMNO digelar assobiyyah sesat lah , kerajaan toghut lah....
BTW, PAS versi TGHH adalah bayangan UMNO tapi versi lebih ISLAMIK berserban dan berjubah....nothing more
Post time 17-3-2020 06:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa dia belum ditangkap sebab menghina agong? Sebab tu orang lain suka2 tuduh kerajaan sekarang pintu belakang. Orang politik macam dia sebut merata pun tak kena apa2 tindakkan.