CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35941|Reply: 114

Catatan-catatan Gangguan.

  [Copy link]
Post time 17-3-2020 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Dulu-dulu bila ada kejadian2 pelik, aku selalu confused& terpinga2 sendiri. Masa tu aku tak tau apa2 tentang gangguan jin. Aku ingatgangguan jin tu cuma berbentuk histeria je.. yang jenis jerit2 kena rasuk tu. Disebabkantu, aku tak dapat nak pastikan bila gangguan kat aku ni bermula.
Yang aku ingat, kejadian 2007. Kat rumah sewa. Bangunanni dua tingkat, design macam rumah kedai. Ada 6 rumah. (3 buah rumah di tingkatbawah, 3 kat tingkat atas), ada satu tangga kat hujung. Setiap rumah ada 3 bilik.
Masa tu malam, lepas isyak. Aku duduk dalam biliklayan laptop sorang2, housemate semua keluar. Bosan. Penat meniarap, aku duduk, pastumengiring, pastu menari, menggeliat. Macam2 gaya la pendek kata. Tiba2, masa tengah menggeliat tu akudengar suara lelaki tergelak besar. Suara tu datang dari atas syiling betul2atas kepala aku. Syiling rumah tu rendah je. Rumah tengah sunyi, memang kuat la suara tu. Sumpah terkejut!

Mana taknya, bangunanyg kitorg sewa tu tak ada lelaki. 6 buah rumah, penyewa semuanya perempuan. Pasturumah aku tu kat tingkat atas, dari tangga rumah paling hujung. Kalau betul ada lelaki nakduduk atas syiling bilik aku tu, dia kena panjat ke tingkat dua dan merangkak atas syiling merentas dua buah rumah. Apa kejadah. Baik dia sekodeng rumah paling tepi lagi senang.
Aku dongak tengok, kot2 kat syiling tu ada lubangke.. mana la tau ntah ada mamat tengah mengintai, nampak gelagat sewel aku dia gelak terbahak. Tapi takde! Aku pandangkeliling bilik, sah2 la takde orang. Suara tu memang jelas. Sampai sekarang akuingat cara dia ketawa.
..Dan itu bukanla kali pertama & terakhir akudengar suara yg tak tahu siapa pemiliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2020 03:08 PM | Show all posts
Mintak maaf kalau susah nak baca. Masa taip elok je, bila post lari pulak alignment ngan perenggan nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2020 03:13 PM | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:13 AM

PEJABAT BERKUNCI

Aku pernah jadi RA (research assistant) kat satu uni ni. Masa tu Ketua Jabatan bagi aku guna satu bilik ofis kat fakulti. Actually tu bilik untuk lecturer, tapi kosong. So dapat la kat aku.

Bilik ni kat tingkat 3. Fakulti aku pulak terletak paling hujung kalau kat uni tu. Luar waktu pejabat, memang sunyi.

Ada satu pagi, macam biasa, aku gi lepak ofis untuk study sambil siapkan kerja. Aku suka lepak kat ofis tu sebab internet laju & ada air-cond. Untuk keselamatan, aku kunci la pintu sebab hari tu cuti, kat kampus takde orang.

Tengah2 buat kerja, tiba2 aku jadi mengantuk & penat sangat padahal masa tu masih pagi. Aku pun baring je kat lantai (ada karpet) dgn niat nak rehatkan badan sekejap. Aku terlelap.

Aku tersedar bila rasa macam ada orang masuk ofis tu. Aku celik mata, nampak ada sorang lelaki berdiri kat hujung kaki aku. Siapa pulak? Aku cuba bangun tapi badan rasa lemah sangat. Dia berdiri je kat situ sambil perhatikan aku. Lama. Aku nak pandang muka dia, tapi tak nampak dengan jelas. Aku terlelap semula..

Bila terjaga, lelaki tu dah takde. Aku tengok pintu masih berkunci macam tadi. Barang2 dalam ofis pun takde apa yang berubah.

Aku yakin tadi tu bukan mimpi.

Persoalan aku pada waktu tu, itu siapa dan macamana dia boleh ada?

(edit 4/7/20: kejadian hampir serupa. Update di post #77)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 04:06 PM | Show all posts
lecturerla tu masuk pejabat tengok ada org guna ofis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2020 05:44 PM | Show all posts
aiva replied at 17-3-2020 04:06 PM
lecturerla tu masuk pejabat tengok ada org guna ofis

Tak. Yang ada akses ke bilik/ofis aku tu cuma aku sorang je. Setiap lecturer ada bilik ofis masing2, tak share ngan lecturer lain.
Lagipun bilik tu jenis tertutup penuh. dari luar mmg tak nampak kat dalam ada orang ke tak.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2020 05:50 PM | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:17 AM

PIKNIK

Kejadian ni baru berlaku beberapa minggu lepas.

Aku & kawan2 (dalam 10 orang) pergi bercuti kat satu kawasan air terjun / jeram. Kitorang pilih piknik kat kawasan yang airnya tak terlalu deras.

Alhamdulillah sepanjang kat situ, semuanya ok.

Sehinggalah bila dah balik rumah. Aku asyik ternampak2 bayangan perempuan berambut panjang tengah duduk berhampiran tempat kami piknik tu. Dia duduk atas batu membelakangkan aku, kaki tenggelam dalam air sungai. Aura dia lain macam. Aura ‘hantu’ dan seram. Walaupun berdebar, aku tetap tak berganjak. Aku tunggu je dia berpaling sebab aku nak tengok muka dia.

Macam tau je apa aku fikir, perlahan-lahan perempuan tu menoleh. Aku dah start nervous. Hampir2 nak nampak muka dia, perhatian aku tiba2 beralih dan tertumpu pada satu objek yang terapung kat depan pompuan tu.

Tau apa aku nampak? Mayat!

Mayat tu bergerak hanyut ikut arus sungai. Tapi perlahan je, sebab sungai tu banyak batu n pergerakan mayat tu macam tersangkut2. Sebahagian badan macam dah mula mereput. Kulit dan daging dah nak hancur & tercabut. Aku rasa jijik campur takut.

Beberapa hari juga la bayangan tu ganggu fikiran aku. Sehinggalah aku pergi jumpa perawat Darussyifa’ mintak diruqyah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2020 06:34 PM | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:21 AM

DUA ALAM BERTINDIH: HUTAN

Aku ada satu ‘penyakit’. Aku boleh nampak dan bayangkan rupabentuk makhluk yang ganggu aku. Tapi tak la nampak dengan mata kasar atau ‘hijab terbuka’.

Aku cuma boleh nampak benda tu macam separa telap, separa transparent. Seolah2 dua alam bertindih. Katakan la aku ada kat library. Aku boleh nampak makhluk2 tu depan aku, dalam masa yg sama aku boleh nampak juga rak2 buku yang ada kat belakang diorang. Macam tembus pandang.

Pernah sekali, aku dalam bilik, tengah berehat. Tiba2 aku nampak depan aku ada anak sungai, ada ramai perempuan muda berjubah putih duduk atas batu, ada harimau, lelaki bertongkat, anjing dan ada sebatang pokok besar yang ada muka manusia (macam pokok adik-beradik KRU dlm filem Magika tu). Dalam masa yg sama, aku masih nampak dan dengar suasana bilik aku (meja almari, bunyi kipas dan sebagainya). Dua ‘alam’ saling bertindih. Cuma alam yang kedua ni bukan la nampak terlalu jelas. Dalam 10-20% transparency je kot.

Banyak kali dan banyak benda yang aku pernah nampak dengan cara macam ni.

Setakat nampak kelibat atau bayang2 dari ekor mata, itu biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila sambung tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
X tenangnye hidup tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2020 06:49 PM | Show all posts

in sya Allah slow2. tapi tak ikut kronologi la ya. macam2 yg jadi, dah lupa mana awal mana kendian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2020 06:53 PM | Show all posts

benda ni tak jadi hari2.. time kena tu memang terganggu la. waktu2 lain, takde apa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2020 07:10 PM | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:24 AM

WAJAH DALAM CERMIN

Satu kejadian lagi.

Masa tu siang, aku tengah penat & tak larat sebab baru balik berubat. Aku rehat je kat bilik, baring2. Lbh krg 1 meter dari katil aku, ada almari kayu dengan cermin tinggi yang boleh nampak kepala sampai kaki.

Aku bangun duduk bersila atas katil. Aku perhati je dalam cermin tu. Aku sedih tengok diri aku. Tak bermaya dan kena hadap macam2 gangguan sorang2. Masa tu family tak tau ‘penyakit’ aku. Kawan2 pun beberapa org  je yg tau.

Tiba2 je berlaku satu benda pelik. Raut wajah aku dalam cermin tu tak semena-mena berubah jadi bengis terutama area mata/kening. Muka aku, tapi macam dah merged dgn entah makhluk apa. Ala2 singa + serigala. Dia renung tajam, macam marah & benci sangat kat aku.

Aku berganjak sikit dari cermin. Fikiran aku masih proses apa yg aku baru nampak tadi. Pertama kali benda gini jadi kat aku.

Aku tengok semula cermin utk pastikan yg aku tak salah pandang. Memanglah badan aku tapi masih juga wajah tu! Kali ni air muka dia bengis tapi sinis, seolah-olah nak kata kat aku, “Kenapa? Tak percaya?”. Aku beralih lagi sekali. Tengok kali ketiga, muka aku masih macam tadi jugak! Cepat2 aku keluar bilik. Cukuplah. Aku dah risau kot tetiba dia keluar dari cermin datang tercegat depan aku.


[edit 4.7.20 : letak tajuk & paragraph spacing]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah
Semoga gangguan yg tt rasa cepat berlalu pergi.
Serammm
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahlia.Julia replied at 19-3-2020 06:49 PM
in sya Allah slow2. tapi tak ikut kronologi la ya. macam2 yg jadi, dah lupa mana awal mana kendian ...

Ok sambung lagi tt ye, saya suka nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 04:32 PM | Show all posts
kesiannya tt..mohon lebih byk solat n doa..Allah maha melindungi
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik pengalaman tt mengenai alam yg bertindih tu...misteri sungguh.
Tt hijab terbuka ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 20-3-2020 04:32 PM
kesiannya tt..mohon lebih byk solat n doa..Allah maha melindungi

InsyaAllah. Terima kasih.

Actually masa solat pun banyak kali jugak ada gangguan. Lenkali cerita ya, kalo on laptop, ni online guna phone.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2020 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 20-3-2020 05:10 PM
Menarik pengalaman tt mengenai alam yg bertindih tu...misteri sungguh.
Tt hijab terbuka ke?

Tak pasti pulak pasal hijab terbuka tu. Rasanya mcm bukan.. Makhluk tu just manipulasi minda @ pandangan aku je kot..

Ke kalo mcm tu dah kira kategori hijab terbuka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2020 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms tt pegi rukyah tu, jd apa2 x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2020 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
LH76 replied at 22-3-2020 02:44 AM
Ms tt pegi rukyah tu, jd apa2 x

Sejak kena gangguan ni beberapa tahun lepas..dah lbh krg 40x pegi ruqyah.. macam2 jadi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.343275 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list