CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dahlia.Julia

Catatan-catatan Gangguan.

  [Copy link]
 Author| Post time 22-3-2020 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni tgh pening.. dah 2 malam tak dapat tido. Asal nak lelap je, mula la keluar macam2 bunyi atas syiling rumah. Bunyi pintu berdentum, bunyi besi berlaga, bunyi mcm org pulas kepala paip berkarat..

Bunyi tu dtg kejap2 je.. Bila bukak mata, hilang. Bila nak terlelap, dia ada semula. Sampai pagi tak dpt tido sbb asyik terkejut.

Mende tu marah aku bukak thread ni kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
TT smbg pls
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 11:59 AM | Show all posts
Gam.Gajah replied at 22-3-2020 09:51 AM
rasanya mmg bnda tu boleh tau n marah bila kita ckp pasal dia. Mcm aku, aku mmg ada saka, byk sgt  ...

allahu..kalau macam ni x de lain..x de ubat lagi..kena sangat2 byk dekatkan dgn Allah..solat malam sangat penting..dan kena kuatkan diri..moga Allah permudahkan urusan ko dik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Gam.Gajah replied at 22-3-2020 09:51 AM
rasanya mmg bnda tu boleh tau n marah bila kita ckp pasal dia. Mcm aku, aku mmg ada saka, byk sgt  ...

Baca komen ni, mmg aku boleh relate sangat2.. Aku ni pun dah lama sbnrnya nak share cerita, cuma baru2 ni je la dapat. Itu pun banyak betul halangan. Aku harap ko kuat. Serius, ko kena kuat, jgn putus asa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:27 AM
Gam.Gajah replied at 22-3-2020 09:51 AM
rasanya mmg bnda tu boleh tau n marah bila kita ckp pasal dia. Mcm aku, aku mmg ada saka, byk sgt  ...


Part yg kita rasa benci tp sayang kat dia.. Yg tu mmg kompleks sikit.

PENGALAMAN RUQYAH

Ada sekali aku gi berubat, lepas yg kes aku nampak muka aku mcm mix singa + aku + serigala kat dlm cermin tu (kisah dalam post #12). Awal2 ustaz baca ayat2 ruqyah, badan aku sejuk n menggigil, tp seluruh badan berpeluh2. Org sekeliling blh nampak tangan aku menggeletar wpun puas aku kontrol.

Tengah2 diruqyah tu, tiba2 aku macam terpikir, kalau ruqyah ni diteruskan apa akan jadi kat jin dlm badan aku? Mesti dia sakit. Terus air mata aku mengalir tak berhenti2. Bongok betul. Puas aku lap ngan lengan baju.

Time tu jugak ustaz serta-merta stop baca ayat ruqyah. Dia pandang aku lama, dgn muka frust. Pastu terus dia rawat org lain. Terpinga2 aku kat situ.

Hari lain, aku tanya la ustaz kenapa hari tu dia tiba2 stop ruqyah. Dia kata, buat apa dia teruskan kalau aku sendiri sayang nk lepas benda tu..

Aku tak sayang punnnn.. Memang nak mende tu hilang tak ganggu aku dah. Tapi tak tau la kenapa time tu tetiba pulak datang rasa kesian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
jue10 replied at 22-3-2020 11:34 AM
TT smbg pls

Hari2 nak sambung, tapi ada2 je halangannya. Hari ni aku cuba insyaAllah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Best citer tt and Gam.Gajah. Dah lama tak de citer pengalaman sendiri mcm ni. Harap boleh terus bercerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Gam.Gajah replied at 27-3-2020 05:52 PM
Tula ni tgh cari kekuatan utk pegi berubat. Last aku berubat aritu dkt puncak alam. Patut kene dtn ...

Ya tuhannn.. Sis, lepas aku baca reply2 ko kat sini, terkedu aku sekejap. Rasa macam baca kisah aku sendiri. Certain2 part mmg sama mcm yg jadi kat aku, or at least hampir sama.

Kecuali part single mother tu tak sama. Ko single mother, aku just 'single' je..haha. Part aku single ni pun kadang2 sedih jugak   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:29 AM
Gam.Gajah replied at 27-3-2020 05:44 PM
Betul, tp kan sometimes ada masa2 dia kita akan rasa takut sgt nak solat. Taktau nak ckp mcmana ta ...


MAKHLUK MERAH

Hmm.. Kalau nk cerita pasal gangguan masa solat, macam2 jenis aku kena.

Mcm yg aku pernah cerita kat awal2 thread ni, aku ni jenis boleh 'nampak' benda dalam bentuk bayangan or semi-transparent.

Ada sekali tu tgh solat, aku baru nak turun sujud, tetiba muncul makhluk muka bengis rambut menggerbang warna merah, betul2 depan muka aku. Dia menyeringai mcm nk terkam. Memang terkejut la, tp aku cuba jugak utk tak stop solat. Mujur dia muncul sekejap je. Aku teruskan je sujud n benda tu pun hilang. Tapi sepanjang nak habiskan solat tu, memang hati langsung tak tenang, terbayang2 je memanjang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2020 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Gam.Gajah replied at 27-3-2020 05:44 PM
Betul, tp kan sometimes ada masa2 dia kita akan rasa takut sgt nak solat. Taktau nak ckp mcmana ta ...

Takpe2.. Menyelit je la takde hal... Kalau ada benda nak share, share je. Aku suka baca pengalaman org lain sbb benda2 gangguan ni wpun macam sama, tapi kisahnya berbeza tiap2 orang.

Btw anak yg perempuan tu umur berapa skrg? Maaf aku tak tau, tak kenal lagi forumer senior hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
juliesha replied at 28-3-2020 11:22 PM
Best citer tt and Gam.Gajah. Dah lama tak de citer pengalaman sendiri mcm ni. Harap boleh terus berc ...

Tq. InsyaAllah nnt aku cerita lagi. Aku ni memang pengalaman sendiri je la yg ada, itu pun tak seberapa. Pengalaman org lain aku tak tau sangat. Sbb kalau ada org nk bukak cerita pelik2 atau seram2, awal2 lg aku taknak dengar. Aku tak suka, tak tau kenapa. Tapi kalau baca, aku suka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:25 PM | Show all posts
Gam.Gajah replied at 27-3-2020 05:44 PM
Betul, tp kan sometimes ada masa2 dia kita akan rasa takut sgt nak solat. Taktau nak ckp mcmana ta ...

citer laa..kalu u x citer ..lega la..ramai je kat porum ni yg byk pengalaman gini..i really simpati
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:29 PM | Show all posts
Gam.Gajah replied at 29-3-2020 05:15 PM
My baby girl tu dah 3yo. Now aku perasan bila kat umah dia suka bckp sorng2 mcm bg kwn minum la mk ...

ye sis..sorang bukan makna x bahagia..kadang2 ia lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:41 PM | Show all posts
Gam.Gajah replied at 27-3-2020 05:48 PM
Ye betulkan sama la mcm aku. Aku xnak pon tu bila nak berubat bila nak ruqyah tu aku akam jerit na ...

ye..saka ni perjanjian nenek moyang kita dolu2..kdg2 kita pun x tau keujudan dia..sekarang kita dah byk belajar,,dan kita tau hanya Allah je yg Maha Mmelihara..hasbunallah wa nikmal wakeel..cukup la Allah sebagai penolong dan Dia lah sebaik2 pelindung
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:48 PM | Show all posts
Dahlia.Julia replied at 29-3-2020 04:44 PM
Hmm.. Kalau nk cerita pasal gangguan masa solat, macam2 jenis aku kena.

Mcm yg aku pernah cerit ...

ya Allah..kesiannya macamana lah kami nk menolong..kesian sgt kat korang you and @Gam.Gajah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:31 AM
Gam.Gajah replied at 29-3-2020 05:16 PM
kan bab single ni sedih sikit hahaha. Btw kan ko tau x apa nama yg jadi pendamping ko?


TEORI PERAWAT

Aku tak sure pasal pendamping tu and aku tak pernah tanya pun.

Actually aku dah berubat dgn 4 org perawat. Mcm2 pendapat. Dua org perawat kata aku kena sihir; sihir oleh manusia & oleh jin.

Perawat 1 (ust Bakri) kata aku disihir oleh org yg pernah suka kat aku dulu. Ada dendam. Sbb tu skrg jodoh aku mcm susah. Dia kata aku ni masih sihat and waras sbb aku jenis baca al-Quran hari2.

Perawat 2 (ust Ghani) kata, tak mustahil aku ni disihir oleh bangsa jin. Pulak.. Mungkin sebab tu aku selalu 'terjebak' ke dunia lain. Wallahualam.

Perawat 3 (aku lupa namanya, perawat Darussyifa'). Dia tak bgtau apa puncanya. Dia just ajar amalan2 yg boleh aku buat, sambil dlm masa yg sama pesan supaya aku tak putus asa. Aku suka ustaz ni. Positif sangat orangnya.

Perawat 4 (ust Muhammad). Ustaz ni kata ada kemungkinan aku ada gangguan saka, sihir & jin asyik. Ambik kau.. pakej.

Kesimpulannya, aku tak tau apa yg ganggu aku. Awal2 dulu aku ingat aku kena kacau dgn jin2 sesat yg saja2 nak mengusik. Tp nampaknya mcm lebih drpd tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 30-3-2020 12:41 PM
ye..saka ni perjanjian nenek moyang kita dolu2..kdg2 kita pun x tau keujudan dia..sekarang kita da ...

Dulu aku ingat saka ni memang benda yg tak kan ada kesudahan. Tp satu hari tu aku tengok video ust mokhtar kassan, dia cerita pasal org yg sembuh dr gangguan saka. Mmg kena usaha keras sikit la.. Kena konsisten berubat, jaga amalan etc. Aku terus macam nampak ada harapan sikit kat situ. Lagipun kalau Allah nk bagi kesembuhan, macamana mustahil pun bagi manusia, senang je bagi DIA kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 30-3-2020 12:48 PM
ya Allah..kesiannya macamana lah kami nk menolong..kesian sgt kat korang you and @Gam.Gajah

Berbanding dulu2, aku dah ok sangat2 dah sekarang ni, alhamdulillah. Kadang2 je ada gangguan sikit2. Tak teruk.

Last aku berubat 12/02/20 hari tu. Ni dah nak masuk bln 4. Kira satu perkembangan positif la jugak.. Kalau dulu, hampir tiap2 minggu kena gi berubat. Lama sikit tak pegi, mula la jadi macam2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:36 AM

ALAM TENGAH-TENGAH

Salah satu effect gangguan aku ialah masalah tidur. Paling lama, aku pernah tak tidur hampir 2 bulan. Lelap kejap2 je. Asyik terkejut. Mmg macam org sewel. Muka pucat, mata sembab n lebam. Jalan pun terhuyung-hayang.

Bila aku nak tidur, dalam kepala aku datang suara2 org bertekak sampai aku serabut. Kepala rasa nak pecah.

Atau yg kerap jadi ialah aku macam termasuk ke alam tengah2 - dunia separa sedar. Masa ni aku akan nampak macam2 benda pelik. Aku pernah nampak perempuan kat tepi hutan, dari kedua2 belah mata dia keluar anak buaya. Bayangkan.. macam org beranak, tp melalui mata dan yg keluar ialah buaya. Sengsara aku tgk dia..

Aku pernah nampak periuk besar mcm kat kenduri. Bila aku pergi dekat, dalam periuk tu penuh dengan darah. Ada tulang-tulang besar terapung dlm darah tu. Tulang manusia. Darah n tulang tu berpusar dlm periuk, seolah-olah ada org kacau. Tp tak ada sesiapa kat situ.

Macam2 lagi la yg pelik2 aku nampak..

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa mco sekarang gangguan teruk? Kalau dirasuk, macam mana nak dapat bantuan...dah la susah nak keluar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.094390 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list